lagi gambar2 malam tu

Norhayati Omar dan Roslan Abdullah

Asmah Jaafar

Norhayati Omar, Rohani Abd. Rahim & Yap Kern Ling

Norhayati Abd. Rahman


Zaharuddin Saaya


GAMBAR ALUMNI ISB 84/85









Hai...

for sure ramai yang tak sabar nak tgk gambar alumni nite. ni sebahagian yang ani bole forward kan. azad masih lagi edit gambar2 tu. banyak jugak. nanti kita sama2 tgk video. apa2 rajin2 le masuk blog utk mengikuti perkembangan terkini ya..
wah! mentang-mantang dah tau nak post....






PROPOSED NEXT ACTIVITIES FOR GANG KL ISB 84/85

HAI KEKAWAN...

KAU ORANG DAH KE LUPA 'TEH TARIK SESSION' KITA.. AKU RASA MISS LA PULAK. SMLM AKU DGN SUE KELUAR MAKAN KFC KAT GIANT PERMATA.
AKU SELALU GAK JUMPA SUE. LPS TU TERSEREMPAK DENGAN AINI ALI. SEMBANG2 JAP DENGAN DIA. DIA ACTUALLY NAK JOIN SGT MLM TU, TAPI TAK DAPAT ATTEND COZ ANAK BUAH HUSBAND DIA AKAD NIKAH MALAM TU. MMG DIA FRUSTRATED JUGAK COZ TAK DAPAT JOIN.

SO UNTUK GANG KL, KITA STILL BOLE JUMPA. APA KATA SEMINGGU SEKALI KITA MAIN BADMINTON KAT DEWAN AU5 OR KITA P KARAOKE.. UNTUK MAIN BADMINTON AKU BOLE BOOKING COURT. KAU CAKAP JE BILA NAK MAIN.. TAPI KITA BUAT COLLECTION LA..

SUE ADA CKP NAK P KARAOKE.. TAPI KITA ORG NI BUKAN NYA RETI SGT. SO HARAP2 SGT KAT KO RANG. AKU NAK JOIN JE..

APA PANDANGAN KO RANG, OK TAK?

Dah invite 9 lagi

Aku dah invite 9 lagi kengkawan kita malam ni. harap korang faham macamana nak daftar dan masuk kedalam. Bakhtiar, Rosli, Azam, Zunaidi dan Yatie Rahman dah diterima masuk tapi belum buat posting mungkin ada masalah sikit kut tak apa, nanti kalau senang call aku (time 3pm - 6pm) kita buat 'hands on tutorial' korang mesti online dan aku juga online. 9 yang baru di invite tu adalah shaharin, yahya, somchai, arjuna, ghazanee, rasdi, pokyaz, mail, ahmad razak.

Gambar-gambar yang sempat aku klik pada Malam Alumni Senibina UTM 1984/85 yang telah berlangsung pada 21-6-2008 di Kelab Darul Ehsan, Kuala Lumpur.



Ahmad Bakhtiar sedang memberi ucapan pada Malam Alumni Senibina UTM 1984/85


Jamalee dan Arjuna sedang mendendangkan lagu di Malam Alumni.


Aku bersama Ahmad Fauzi Rahman dan Mohd Fadhil Noh.

Berjaya Akhirnya...

Salam buat semua. Akhirnya berjaya juga 'to add' blog yang Shukor 'create'. Pagi ni Amani datang dengan boss dia Ar. Mohd Khairi. Malam tu nak berbual tak sempat.. bak kata Amani..'bila lama tak jumpa.. lidah kelu untuk berkata-kata'.. he he he..

Sebenarnya.. malam tu semua kita jadi sibuk sebab sibuk memerhati.. ya lah lama tak jumpa.. Fizikal masing-masing yang nyata berubah.. esp Ahmad Razak.. macam cakap dengan orang lain pulak. Tapi kalau cakap melalui phone.. memang sah itu Ahmad Razak.

Buat permulaan ni.. nak post gambar manja I dulu..





Nurul Hana Nadhira ( 6 tahun - my youngest )



Yang depan tu Nurul Izzah Natasha ( 7 tahun )

SORRY POKYAZZ

ASSALAMUALAIKUM,

AKU NAK MINTA MAAF KAT KAU, COZ THAT NIGHT AKU TAK TAU KAU YANG PM AKU. AKU TGK PELIK SANGAT NAMA KAU TU.. YATI PUN TAK INFORM AKU KAU NAK PM AKU.

AKU NI FOBIA SIKIT BILA RECEIVED NAMA PELIK2 UNLESS INFORM AKU DULU..
SO SEKARANG NI BILA AKU DAH IGNORE AKU DAH TAK TAU MCM MANA NAK ADD KAU BALIK. AKU NI BARU NAK BELAJAR2 DGN I.T. NI. BARU TUTORIAL DGN SI SHUKOR, BOLE LE AKU POSTING KAT KAU NI. HE..HE..HE.. HOPE KAU FAHAM LAH YA..

WASSALAM.

MENJEJAKI RAKAN-RAKAN

BUAT SEMUA TEMAN,

MASIH RAMAI LAGI KEKAWAN YANG BELUM KITA JEJAKI, SO DI BAWAH NI ADALAH NAMA-NAMA TEMAN KITA YANG 'MISSING IN ACTION' SO SAMA-SAMA LE KITA CARI SEBELUM NEXT ALUMNI....

1. ABDUL HAIYI
2.ABD WAHAB
3.AHMAD ZAKIR
4.ARISSEN
5.AZIZI
6.CHANDRAN
7.FAIZUL
8.FATHI
9.HASHIMAH
10.ZAINON LANI
11.NIK ANUAR
12.SAIFUL BAHRI
13.SUHAILI
14.SYAMSOL ANUAR
15.TAUFAIK
16.NEIL BAKRI
17.ISKANDAR
18.KWAN
19.MARY JEE
20RAFI
21.MEREYATI

SAPA-SAPA YANG ADA CONTACT NO. KAHARUDIN SILA MAKLUMKAN. KWN2 KAT JOHOR MUNGKIN TAU. DAPAT KAN EMAIL NANTI LAGI SENANG KITA BERHUBUNG.

SESIAPA YANG ADA PERNAH BERHUBUNG DENGAN KAWAN-KAWAN DI ATAS SILA MAKLUMKANPADA ANI 012-5223351 OR MAKLUMKAN KAT SHUKOR SO THAT KITA ORANG BOLE UPDATE DATA.

SALAM...BUAT TEMAN.

SALAM PERSAHABATAN

GAMBAR 20 DISEMBER 2007, SEMASA ADIK BERTUNANG

BERSAMA ANAK GADIS KESAYANGAN ( ATAS : NURANIS FADHILAH-ELDEST & NURUL AIMAN -2ND DAUGHTER )


GAMBAR 2008

MY CHILDREN- YOUNGEST- AHMAD FIRDAUS

ASSALAMUALAIKUM...



HOPING THAT U'LL HAPPY WITH OUR ALUMNI ON 21ST JUN 08. FOR ME I'M QUITE NEW WITH THE INTERNET AND I DO APPRECIATED WITH ALL THOSE COZ WE CAN CONTACT EACH OTHER, TO SENT INFO ANY TIME AND ANYWHERE.



I'VE GONE THROUGH WITH THE BLOG THAT SHUKOR CREATED AND SO MANY TIMES I TRY TO COMMENT BUT FAILED TO PUBLISHED. I'M QUITE NEW WITH THE I.T AND MYSELF ALSO AS AN 'I.T' ( HOPE U'LL UNDERSTAND WHAT I MEAN). BUT FOR ME, ITS DOESN'T MATTER, AS LONG I'M HAPPY WITH IT, AND I ENJOY DOING IT.



I WOULD LIKE TO THANKS TO SHUKOR, COZ I JUST CALL HIM AND ASKED HIM HOW TO ACCEPT HIS INVITATION, SO NOW I KNOW HOW TO DO IT. AND I CAN POST MY WRITING TO ALL OF U.



THIS MY NEW PHOTOS AND MY CHILDREN.

Ucapan Tahniah dan Terima Kasih buat AJK

Saya dan rakan-rakan alumni ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Makan Malam Alumni Senibina 84/85 Tahun 2008 yang telah berlangsung pada hari Sabtu 21-6-2008 lalu dengan jayanya. Tanpa usaha mereka tak mungkin kita semua dapat bertemu semula dalam suasana yang amat selesa. Terima kasih buat,

AHMAD BAKHTIAR TAPLIL

WAN ARJUNA WAN MUSTAFA

ROHANI HJ. ABDUL RAHIM

KU SURYANI KU YAACOB

MOHD ROSLI SUFII

MAH MADRASDI WAN HAMAT

MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN

DIN BAKAR

GHAZANEE GHAZALEE

NORHAYATI OMAR

usaha-usaha murni anda tetap di kenang dan semoga mendapat berkat ikatan silaturahim
dari Allah s.w.t.

Wan Salman ( Pok Cik ) telah dapat di jejaki.

Aku telah menerima email dari Zunaidi Abd. Wahab seperti di bawah:-

Salam syukok,

Masa majlis alumni hari tu berboraklah kita tentang beberapa member yang missing in action. Juna cakap dia ada dengar cerita Wan Salman ( pok Cik ) ni jadi cikgu, mengajar di sekolah Tg Mahmud, Besut, dekat kampung Juna. Jadi bila balik opis, aku cuba search melalui internet cari no. tel. Sek. Men. Tg. Mahmud, dapat la no.tel sek, lalu aku dail dan kali pertama dail dia orang cakap takde cikgu yang bernama Wan Salman. Aku cuba dail pulak SM Tg. Mahmud 2 ( rupanya ada dua SM Tg Mahmud di sana, SMTM dan SMTM2 ). Aku tanya la dia orang ada tak cikgu yang bernama Wan Salman, dia cakap ada, baru je keluar dari pejabat. Jadi aku mintak la no. HP Wan Salman. Gembira aku dapat no. tel. Pok cik, terus aku tekan no dia, tapi tak dapat, mungkin dia sedang mengajar kot. Tak pe lepas ni aku cuba hubungi dia lagi.

Ini adalah no tel Wan Salman :

No. H/P : 013 9165340
No. Tel Sek : 009 6957158 / 009 6959109
Alamat : Sekolah Menengah Tengku Mahmud 2,
Alor Lintang, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Sambil tu aku terus taip email kepada Syukok, untuk updatekan blog, nak bagi tau Pok Cik dah dapat dijejaki.aku harap kita semua cuba cari memember kita yang lain yang tak dapat dihubungi.

Sekian, Jumpa lagi.

Zunaidi

Tak puas hati tak dapat bercakap dengan Pok Cik, Aku search pula melalui internet yellow pages. Aku masukkan nama Wan Salman dan lokasinya, Terengganu, keluar terus nama dan no tel rumah dia. Aku pun tekan no tel tu tapi pokcik tak balik lagi masa tu dan dapat cakap dengan isteri dia, lalu isteri dia bagi satu lagi no HP pok cik. Aku pun terus contact dan dapat la aku berbual sekejap dengan pok cik. InsyaAllah kalu balik kampung nanti aku nak contact dan jumpa Pok Cik. Kampung orang tua aku di Besut dengan sekolah Pok Cik tak jauh, lebih kurang 5 atau 6 km saja. cuma sebelum ni aku tak tahu dia di sana, aku pun tinggal di Kuantan, sekali sekala je balik kampung.

Dan ini satu lagi no tel Wan Salman ( 019 9048903 )

Nama-nama member kita yang missing in action aku cuba juga search tapi tak dapat. Ok lah kita cuba cara lain pulak.

Zunaidi

Gambar-gambar kenangan dari Mohd Yusof TP




































Gambar-gambar kenangan dari Yatie Rahman



















Masihkah korang ingat ?

Aku rasa korang mesti ingat yang ini .... FAWAZ zaassss...... dia punya trademark zaassss...... aku ingat sampai hari ini.
Dia ni yang mula ajar aku / kita benda baru iaitu multimedia slide presentation. masa tu mana ada Microsoft Powerpoint atau Flash. Aku tak tidok dok syncronize slide dengan muzik. minat punya pasai aku buat sampai jadi. tapi la ni banyak software dah ada, Flash antara yang terbaik. Fawaz, ko telah mendidik asas kepada aku sebagai FLASH ARTIST.

Terima kasih Fawazzzzz.

Gambar-gambar kenangan dari Ahmad Abd Razak


















Gambar-gambar kenangan dari Norhayati Omar












Gambar masa tahun 2 - semester 1, Group Quek Chai Kim. Jamuan makan kat rumah Kak Masjuita. Barisan hadapan (mencangkung): Mohd Isa, (senior politek - lupa nama), Mek Lin (Norazlin Yunos)Barisan belakang: Razali rahmat (senior), (lupa), (lupa), Roslan Abdullah, Quek Chai Kim, Julie Hanizah, (lupa), masjuita, alamah, muntamah, I dan mereyati.







Group Measured Drawing.
Bergambar depan arkib negara cawangan kedah.
Depan sekali : Adik Ina
Tengah : Ina, I dan Zainab
Belakang: Mat Panjang, (orang arkib), Neil dan Zakir

Masihkah kau orang ingat ?

Masihkah anda ingat orang ini ?
24 tahun lalu ......... setiap pagi di tahun pertama, beliau lah yang memulakan penerokaan kita ke alam senibina. Tak mungkin kita lupa. Dia yang pertama dan banyak memberi introduksi tentang falsafah senibina dan tak dapat disangkal, sedikit sebanyak apa yang ada pada kita hari ini adalah hasil didikan beliau.

Terima Kasih Jak.


Gambar-gambar kenangan dari Helen Paul








Wahab, Zul Aziz, Isa Hussain & Helen Paul






Rizwan, Amir, Helen, Ruslan, Tajuddin







Duduk: Jamalee, Mazlan
Berdiri: Wan Arjuna, Enick, Iskandar, Helen, Hizadin








Depan: Lutfi, Zalina, Helen, Enick
Tengah: Wan Bazli, DN Esham, Mary
Belakang: Norazam dan Yahya Azmudin

Mesyuarat ke 5

TARIKH : 10 JUN 2008
MASA : 9.00 PM
TEMPAT : 8-1, AU 5C/14, LEMBAH KERAMAT ( JUNA’S OFFICE ).


KEHADIRAN :
1. AHMAD BAKHTIAR TAPLIL PENGERUSI
2. WAN ARJUNA WAN MUSTAFA TIMB. PENGERUSI
3. ROHANI HJ.ABDUL RAHIM SETIAUSAHA
4. KU SURIYANI KU YAACOB BENDAHARI
5. GHAZANEE GHAZALEE AJK( CENTRAL REGION )
6. MAH MADRASDI WAN HAMAT AJK ( CENTRAL REGION )
7. ALAMAH MISNI

TIDAK HADIR :
1. MOHD ROSLI SUFII AJK ( CENTRAL REGION )
2. MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN
3. DIN ABU BAKAR AJK ( NORTHERN REGION )

Agenda 1 – Ucapan Pengerusi
Saudara Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan yang hadir serta mengucapkan selamat datang kepada sdri Alamah kerana sudi hadir. Beliau juga memaklumkan Majlis Alumni ISB 84/85 hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja, dan berharap agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Terpulang kepada ahli seterusnya, untuk mengaturkan Majlis yang seumpamanya pada masa akan datang.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincang dengan lebih terperinci Majlis Alumni ISB 84/85 terutamanya agenda berikut :
3.1 Pengesahan kehadiran dan pembayaran.
3.2Aktiviti Alumni Nite
-Buku Cenderamata & Buku kedatangan.
-Door Gift -Presentation
3.3Account Statement

Beliau berharap pengesahan kehadiran dapat dibuat secepat mungkin. Seterusnya beliau membentangkan agenda Bil 4/08, dan meminta AJK menyemak minit yang lepas serta mengesahkan minit tersebut.

Agenda 2- Pengesahan Minit Bil 4/08 :

Timb. Pengerusi memaklumkan bahawa sdr Shukor telah mengendalikan blog untuk ex-student ISB 84/85 iaitu: http://www.architecture-utm-8485.blogspot.com/. Sdri Norhayati Omar memaklumkan juga bahawa website arkitekno@yahoogroups.com telah di’link’kan dengan blog di atas. Semua AJK menghargai dan mengucapkan ribuan terimakasih di atas usaha dan inisiatif sdr Shukor, kerana walaupun tidak dapat hadir utk “Teh Tarik Session“ tapi masih boleh menyumbangkan sesuatu bagi kemudahan dan maklumat semua. Ahli. Beliau mengalu-alukan semua ahli di seluruh Malaysia dapat mengikuti perkembangan terkini aktiviti untuk Majlis Makan Malam ISB 84/85.

Seterusnya minit mesyuarat Bil 4/08 disahkan dan disokong sebulat suara tanpa bantahan.

Agenda 3-Perbincangan Program :

3.1 PENGESAHAN KEHADIRAN & PEMBAYARAN :

Bendahari telah memaklumkan bahawa semua pembayaran boleh dibuat ke akaun bersama Rohani Abdul Rahim dan Ku Suriyani Ku Yaacob : CIMB- 14340000974208. Bayaran RM 50.00 setiap orang.

Bendahari memaklumkan setakat ini seramai 38 orang ahli dan 7 orang pasangan yang telah membuat pembayaran.

Setiausaha memaklumkan pembayaran 50% deposit iaitu sebanyak RM 1250.00 telah dibuat pada 6 Jun 2008. Setiausaha memaklumkan telah memasukkan nama sdr Zaini atau lebih dikenali dengan nama “Rocky“ dalam senarai ahli.

3.2 Aktiviti Alumni Nite :

Sebagaimana yang pernah dibincangkan sebelum ini terdapat beberapa cadangan untuk malam tersebut seperti berikut :
- Buku Cenderamata
- Door Gift
- Presentation

Memandangkan tidak ada AJK kecil yang, Pengerusi berharap semua AJK dapat berkerja sama bagi memastikan kelancaran perjalanan kerja-kerja yang perlu dibuat.

a) Buku cenderamata & Kedatangan :

Sdri Norhayati akan menyediakan buku cenderamata. Di dalam buku cenderamata perlu dimasukkan aturcara majlis, senarai nama dan gambar AJK, senarai nama dan contact semua ahli. Setiausaha dikehendaki ’update’ data-data dan senarai nama ahli. Ini bertujuan untuk mengeratkan silatulahim sesama ahli.

Memandangkan sdri Norhayati tidak dapat hadir, draf untuk buku cenderamata tidak dapat disemak.

Berikut adalah aturcara majlis :

Terdapat pindaan kepada waktu mula acara majlis iaitu dari 7.30 kepada 8.00 malam seperti berikut :
ATURCARA :

8.00 - 8.30mlm : pendaftaran dan ketibaan jemputan.
8.30 mlm : Ucapan aluan oleh M.C ( Sdr Mail & Juna )
- Bacaan Doa oleh Sdr Isa
8.35 mlm : Ucapan Pengerusi
8.45 mlm : Jamuan makan
8.45 -11.30mlm: Persembahan bermula :
- Sesi bergambar ( 9.30-10.00 mlm )
- slide show presented by Ghazanee Dan
Rasdi
- Karoke session
- Perbincangan ringkas
11.30mlm : Bersurai


Untuk design ’cover’ buku cenderamata, telah dipurtuskan design berwarna biru. Selain dari itu, perlu menyediakan buku sketch sebagai buku kedatangan.

b) Door Gift :

Untuk ”door gift’ berikutan dengan bajet yang terhad, AJK sebulat suara, bersetuju dengan cenderahati berupa ’key chain’ yang tertera dengan tagging
Malam Alumni ISB 84/85
21 Jun 2008
Kelab Darul Ehsan
Dan tempahan sebanyak 60 unit telah dibuat dan akan di bawa pada teh tarik session akan datang.

Disamping itu sdr Ghazanee akan membuat salinan cd sebagai kenangan.

c) Presentation :

Memandangkan terdapat permintaan untuk mengadakan sesi Karaoke, setiausaha telah mendapatkan penaja dari orang perseorangan sebanyak RM 800.00. ( caj karaoke dan caj tambahan oleh KDE kerana peralatan luar digunakan ).

Sekiranya ada mana-mana ahli yang ingin membuat persembahan amatlah dialu-alukan.

3.3 Account Statement

Bendahari memaklumkan jumlah yang diterima setakat ini ialah sebanyak RM 2300.00 dari ahli yang telah membuat pengesahan kehadiran dan juga sumbangan dari sdr Zairul dan Pengerusi sendiri sebanyak RM 1000.00. dengan ini jumlah keseluruhan sehingga tarikh 10 Jun 2008 adalah RM 3300.00.

Pada malam tersebut kutipan derma akan dibuat bagi membantu ahli yang memerlukan.

Hal-hal lain :

4.1 Sebagaimana yang sediamaklum lokasi untuk Majlis Makan Malam Alumni ISB 84/85, akan diadakan di Kelab Darul Ehsan ( KDE ) seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu.
Masa : 8.00pm hingga 11.30pm.
Venue Hall : Seroja / Melati ( perubahan tertakluk
kepada kapasiti ).
Dress code : Smart Casual / Batik.

4.2 Penyediaan makan minum adalah berbentuk buffet. Majlis makan malam akan diadakan dalam konsep santai.

4.3 AJK bersetuju KDE menyediakan ’backdrop’.

4.4 Sdr Ghazanee bersetuju menyediakan banner dengan bajet RM 200.00 .

4.5 Bagi tugasan penyediaan ‘slide show’ akan dibuat oleh Sdr Ghazanee dan Sdr Rasdi. Bahan-bahan telah pun diperolehi dan pada ‘teh tarik session’ akan datang beliau akan ‘present’ dan memasuk muzik dan timing untuk persembahan tersebut. Pengerusi akan membawa

4.6 Sdri Helen telahpun menghantar gambar-gambar melalui email Timb Pengerusi.

4.7 Timb. Pengerusi memaklumkan Malam Alumni PSUTM akan diadakan pada 5 Julai 2008 bertempat di UTM, Kampus Jalan Semarak. Senarai nama ahli telah diserahkan kepada Sdr Mohd Kamaluddin Adam. Pengumuman tersebut akan dibuat oleh Timb Pengerusi pada malam Alumni ISB 84/85 nanti, dan beliau berharap semua AJK dapat hadir pada malam tersebut..

4.8 Timb Pengerusi dan Sdr Fauzi Abd Rahman akan menajai untuk jurugambar sebanyak RM 500.00 ( gambar dan video )

4.9 Setiausaha telah mendapatkan wakil media ( Sinar Harian & Metro ) untuk liputan malam tersebut.

4.8 Senarai semak Kerja-kerja yang perlu dibuat :

a. Buku cenderamata & kedatangan

b. Cenderamata/ Bag/ Borang Maklumat Ahli

c. Karaoke, Backdrop & White Screen

d. Slide presentation

e. Pendaftaran ( Malam Alumni )

f. Penyambut tetamu ( Malam Alumni )


4.9 Semua AJK diminta hadir untuk persiapan terakhir di KDE,
pada 21 Jun ( Sabtu ) jam 3 petang

4.10‘Teh Tarik Session’ Bil 5/08 akan diadakan pada ketentuan seperti berikut :

Tarikh : 15 Jun 2008 ( Selasa )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Juna’s Office
8-1,AU 5C/14, Lembah Keramat.

Agenda 5 : Ucapan Penangguhan
Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan berharap kerja sama semua pihak secara berterusan dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan.
Mesyuarat ditangguhkan jam 10.30 malam.

Mesyuarat ke 4

TARIKH : 23 MEI 2008
MASA : 9.00 PM
TEMPAT : 8-1, AU 5C/14, LEMBAH KERAMAT ( JUNA’S OFFICE ).

KEHADIRAN :
1. AHMAD BAKHTIAR TAPLIL - PENGERUSI
2. WAN ARJUNA WAN MUSTAFA - TIMB. PENGERUSI
3. ROHANI HJ.ABDUL RAHIM - SETIAUSAHA
4. KU SURIYANI KU YAACOB - BENDAHARI
5. NORHAYATI OMAR
6. GHAZANEE GHAZALEE
7. TAJUDDIN
8. YAHYA AZMUDDIN

TIDAK HADIR :
1. MOHD ROSLI SUFII
2. MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN
3. MAH MADRASDI WAN HAMAT
4. DIN ABU BAKAR

Agenda 1 – Ucapan Pengerusi
Saudara Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan yang hadir serta mengucapkan selamat datang kepada sdr Yahaya dan Tajuddin kerana sudi hadir. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincang dengan lebih terperinci Majlis Alumni ISB 84/85 terutamanya agenda berikut :

3.1 Pengesahan kehadiran dan pembayaran.
3.2 Aktiviti Alumni Nite
-Buku Cenderamata & Buku kedatangan.
-Door Gift
-Presentation
3.3 Account Statement

Beliau berharap pengesahan kehadiran dapat dibuat sebelum atau pada 31 Mei 2008. Seterusnya beliau membentangkan agenda Bil 4/08, dan meminta AJK menyemak minit yang lepas serta mengesahkan minit tersebut.

Agenda 2- Pengesahan Minit Bil 4/08 :

Timb. Pengerusi memaklumkan bahawa sdr Shukor telah mengendalikan blog untuk ex-student ISB 84/85 iaitu: architecture-utm-8485.blogspot.com. Sdri Norhayati Omar memaklumkan juga bahawa website arkitekno@yahoogroups.com telah di’link’kan dengan blog di atas. Semua AJK menghargai dan mengucapkan ribuan terimakasih di atas usaha dan inisiatif sdr Shukor, kerana walaupun tidak dapat hadir utk “Teh Tarik Session“ tapi masih boleh menyumbangkan sesuatu bagi kemudahan dan maklumat semua ahli. Beliau mengalu-alukan semua ahli di seluruh Malaysia dapat mengikuti perkembangan terkini aktiviti untuk Majlis Makan Malam ISB 84/85.

Terdapat pembetulan ejaan di agenda 3.3 Aktiviti Alumni Nite iaitu perkataan “.....AJK kecik...“ kepada “kecil“

Seterusnya minit mesyuarat Bil 4/08 disahkan dan disokong sebulat suara tanpa bantahan.

Agenda 3-Perbincangan Program :

3.1 PENGESAHAN KEHADIRAN & PEMBAYARAN :

Bendahari telah memaklumkan bahawa semuapembayaran boleh dibuat ke akaun bersama Rohani Abdul Rahim dan Ku Suriyani Ku Yaacob : CIMB-14340000974208. Bayaran RM 50.00 setiap orang.

Bendahari memaklumkan setakat ini seramai 33 orang ahli dan 7 orang pasangan yang telah membuat pembayaran.

Pengerusi memaklumkan bahawa sdr Fauzi dan Zainal Ngat akan hadir ke Majlis Malam Alumni. Selain dari itu, setiausaha mengesahkan kehadiran sdri Azlina bersama pasangan begitu juga sdr Ruslan Abdullah berserta pasangan.

Timb Pengerusi memaklumkan bahawa nama sdr Zaini atau lebih dikenali dengan nama “Rocky“ tercicir dari senarai nama tersebut dan hendaklah dimasukkan.


3.2 Aktiviti Alumni Nite :

Sebagaimana yang pernah dibincangkan sebelum ini terdapat beberapa cadangan untuk malam tersebut seperti berikut :
- Buku Cenderamata
- Door Gift
- Presentation

Semua AJK bersetuju perlu melantik AJK kecil bagi memastikan kelancaran perjalanan kerja-kerja yang perlu dibuat.

a) Buku cenderamata & Kedatangan :

Sdri Norhayati diminta menyediakan buku cenderamata. Di dalam buku cenderamata perlu dimasukkan aturcara majlis, senarai nama dan gambar AJK, senarai nama dan contact semua ahli. Setiausaha dikehendaki ’update’ data-data dan senarai nama ahli. Ini bertujuan untuk mengeratkan silatulahim sesama ahli. Berikut adalah aturcara majlis :

Terdapat pindaan kepada waktu mula acara majlis iaitu dari 7.30 kepada 8.00 malam seperti berikut :

ATURCARA :

8.00 - 8.30mlm : pendaftaran dan ketibaan jemputan.
8.30 mlm : Ucapan aluan oleh M.C ( Sdr Mail & Juna )
8.35 mlm : Ucapan Pengerusi
8.45 mlm : Jamuan makan
8.45 -11.30mlm: Persembahan bermula :
- slide show presented by Ghazanee Dan Rasdi
- ’flute’ by Goh
- Jamming Unpluged by Hisham, Juna
- Karoke session
- Perbincangan ringkas
11.30mlm : Bersurai

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi akan mendapatkan maklumbalas daripada ahli yang membuat persembahan.

Untuk design ’cover’ buku cenderamata, AJK sebulat suara memilih warna biru. Walau bagaimanapun ’font’ hendaklah ditukar mengikut font dalam blog. Sdri Norhayati diminta menyediakan draf buku cenderamata. Perlu dimasukkan aturcara majlis, senarai nama serta gambar AJK Malam Alumni ISB 84/85 dan juga senarai nama dan contact semua ahli bagi mengeratkan silatulrahim sesama ahli. Selain dari itu, perlu menyediakan buku sketch sebagai buku kedatangan.

b) Door Gift :

Untuk ”door gift’ Timbalan Pengerusi telah membuat survey, dan harganya melebihi bajet yang dicadangkan. Selain dari itu tempahan perlu dibuat dengan kuantiti yang banyak iaitu melebihi 100.

Walau bagaimanapun bendahari telah membuat survey dan beliau memaklumkan terdapat juga cenderahati yang berupa ’keychain’ dan masih dalam bajet yang ditetapkan termasuk dengan tagging. Untuk tagging adalah seperti berikut :
Malam Alumni ISB 84/85
21 Jun 2008
Kelab Darul Ehsan

c) Presentation :

Timb Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat permintaan supaya sesi karaoke diadakan. Sekiranya menggunakan peralatan karaoke dari KDE bayaran RM1000.00 akan dikenakan. Sekiranya peralatan luar digunakan caj sebanyak RM 300.00 akan dikenakan.

Timb Pengerusi akan cuba dapatkan ’quotation’, sekiranya harga sewaan mahal, beliau mencadangkan supaya menyewa dari KDE.

Sdr Goh diminta membuat persembahan dengan tiupan ’flute’.


3.3 Account Statement

Bendahari memaklumkan jumlah yang diterima setakat ini ialah sebanyak RM 2100.00.

Setiausaha memaklumkan telah mengahantar sms no akaun ke semua ahli untuk membuat pembayaran tersebut.

Hal-hal lain :

4.1 Sebagaimana yang sediamaklum lokasi untuk Majlis Makan Malam Alumni ISB 84/85, akan diadakan di Kelab Darul Ehsan ( KDE ) seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu.
Masa : 8.00pm hingga 11.30pm.
Venue Hall’ : Dewan Melati.
Dress code : Smart Casual.

4.2 Penyediaan makan minum adalah berbentuk buffet. Majlis makan malam akan diadakan dalam konsep santai.

4.3 AJK bersetuju menggunakan KDE menyediakan ’backdrop’ dan design akan disediakan oleh Timb. Pengerusi dan Sdr Din Abu Bakar.

4.4 Sdri Yati akan cuba mendapatkan penaja bagi ‘Banner’.

4.5 Bagi tugasan penyediaan ‘slide show’ akan dibuat oleh Sdr Ghazanee dan Sdr Rasdi. Buat masa ini beliau masih menunggu bahan-bahan dari mana-mana ahli yang masih menyimpan gambar-gambar tersebut secepat mungkin.

4.6 Timb. Pengerusi akan mendapatkan gambar-gambar dari sdri Helen.

4.7 Timb. Pengerusi memaklumkan Malam Alumni PSUTM akan diadakan pada 5 Julai 2008 bertempat di UTM, Kampus Jalan Semarak. Senarai nama ahli telah diserahkan kepada Sdr Mohd Kamaluddin Adam.

4.8 Senarai semak Kerja-kerja yang perlu dibuat :

a. Buku cenderamata & kedatangan serta ‘Banner’

b. Cenderamata/ Bag/ Borang Maklumat Ahli

c. Backdrop design

d. Karaoke & Backdrop

e. Slide presentation

f. Pendaftaran ( Malam Alumni )

g. Penyambut tetamu ( Malam Alumni )


4.9 Semua AJK diminta hadir untuk persiapan terakhir di KDE, pada 21 Jun ( Sabtu ) jam 3 petang

4.10‘Teh Tarik Session’ Bil 5/08 akan diadakan pada ketentuan seperti berikut :
Tarikh : 10 Jun 2008 ( Selasa )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Juna’s Office
8-1,AU 5C/14, Lembah Keramat.

Agenda 5 : Ucapan Penangguhan
Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan berharap kerja sama semua pihak secara berterusan dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan. Mesyuarat ditangguhkan jam 10.30 malam.