Bangunan penting UTM wajar dipulihara, tak perlu diroboh

Tahniah atas pembangunan dan kemajuan yang dicapai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam mengungguli pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi dengan mengeluarkan ramai graduan dan ahli teknokrat negara.

Dengan terlaksananya satu lagi projek menaik taraf dan infrastruktur Kampus Kota yang kini akan dikenali sebagai Kampus Antarabangsa, ia akan lebih memacukan penghasilan ahli profesional terlatih khususnya bagi anak tempatan dan juga kedatangan penuntut luar negara.

Kampus Kota (City Campus) UTM yang ada sekarang adalah kompleks bangunan Maktab Teknik yang dibangunkan pada 1952. Pada 1960, Maktab Teknik menyelaraskan kursus bagi membolehkan pelajarnya menduduki peperiksaan iktisas kejuruteraan untuk Kejuru-teraan Awam, Elektrik dan Mekanikal dari United Kingdom.
Berikutan perkembangan kurikulum yang pesat, Maktab Teknik ini diperakui Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi sebagai Institut Teknologi pada 1969, yang kemudiannya dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan dan seterusnya diberi taraf sebagai sebuah universiti pada 1972.

Ia ditukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1 April 1975, iaitu universiti kelima ditubuhkan di Malaysia.

Seperti lazimnya, apabila sesuatu pembangunan baru dicadangkan, maka jalan mudah bagi merealisasikannya ialah dengan merobohkan bangunan sedia ada yang dikira tidak lagi sesuai dengan tuntutan kehendak kepenggunaan dan keadaan semasa.
Perkara sebegini juga tidak terkecuali berlaku pada pembangunan baru Kampus UTM di Jalan Semarak. Sebagai seorang bekas pelajar jurusan seni bina UTM dan pernah berada di kampus ini pada era 1980-an, saya berasa kecewa kerana pendekatan pemuliharaan beberapa bangunan penting yang mempunyai nilai sejarah tertubuhnya universiti ini tidak diambil perhatian.

Pihak berwajib sepatutnya lebih peka dan sensitif dalam memulihara bangunan yang menjadi nilai sejarah universiti dengan mengubah fungsi kegunaannya agar ia terpelihara dan menjadi mercu tanda tertubuhnya UTM itu sendiri.

Sebagai contoh, bangunan Muzium Elektrik yang dirasmikan pembukaannya pada sesi 1982/1983 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu simbol pencapaian universiti dalam bidang teknologi mahupun dari segi binaan dan juga fungsinya pada ketika itu.

Muzium ini dibina untuk menjadi pusat rujukan maklumat kemajuan teknologi kepada masyarakat pelajar khususnya bagi memupuk minat di dalam bidang sains dan teknologi. Dari segi kecemerlangan seni bina pula, bangunan ini menterjemahkan ciri-ciri seni bina tropika moden dalam mengadaptasikan kesesuaian iklim persekitaran dengan binaan bumbung lebar memayungi ruang bangunan di bawahnya.
Terjemahan ciri-ciri anjung pada ruang legar utamanya antara bangunan muzium dan auditorium mini adalah ruang interaksi yang amat berjaya sebagai ruang sosial pelajar ketika itu. Sistem pembinaan IBS (Industrialised Building System) tampak jelas pada penggunaan blok konkrit lopong pada binaan dinding bangunan muzium dan auditorium serta menjadi identiti bagi bangunan itu.

Penggunaan blok konkrit lopong ini juga membentuk satu penerimaan baru dalam masyarakat bahawa ia bukanlah hanya digunakan pada pembinaan rumah kos rendah semata-mata tetapi juga pada bangunan awam seperti muzium ini .

Lebih istimewanya lagi, bangunan ini adalah hasil reka bentuk bekas graduan seni bina UTM 1979 yang pada masa itu menjadi pensyarah di Jabatan Seni Bina UTM, Allahyarham Sulaiman Sharif.

Seni bina yang terperinci ini menjadi ikon kepada pelajar ketika itu termasuklah diri saya sebagai seorang pelajar di bawah pengawasan beliau.

Ini contoh terbaik yang dapat kita lihat kepentingan nilai sejarah dan warisannya yang patut kita kekalkan. Bangunan yang membawa gaya tropika moden dalam seni bina Malaysia ini adalah wajar untuk berdiri kukuh dalam membuktikan keunggulan Jabatan Seni bina UTM itu sendiri dan Universiti Teknologi Malaysia khasnya .

Sebagai arkitek profesional, saya berpendapat bangunan ini dapat diubah fungsi kegunaannya menjadi Bangunan Pusat Pelajar atau Bangunan Alumni UTM Kuala Lumpur. Ia juga boleh dikekalkan sebagai bangunan muzium iaitu Muzium Seni bina yang dapat mempamerkan karya seni bina Malaysia khususnya yang dihasilkan oleh firma arkitek tempatan yang terdiri daripada graduan seni bina UTM itu sendiri.

Saya ingin memohon jasa baik Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang, yang juga bekas graduan UTM agar dapat meneliti perkara ini dan memastikan sesuatu pembangunan itu dilaksanakan bertepatan dengan kecemerlangan ilmu yang kita pelajari.

Ar. MOHD KAMALUDIN ADAM,
Timbalan Pengerusi
SIG- Senibina Alumni UTM (2008-2009).

MINIT MESYUARAT 2 - (21-3-2009)

ALUMNI ISB 84/85
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh : 21 Mac 2009
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, 2 Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor

Kehadiran :
1. En. Abdul Wahab Basiran (AJK Grafik)
2. En. Kaharuddin Mohamed Sharif (AJK Grafik)
3. Pn. Norhayati Abdul Rahman (AJK Penginapan & Aktiviti)
4. Pn. Ra’alah Mohamad (AJK Penginapan & Aktiviti)
5. Mr. Yap Kern Ling (AJK Sponsor)
6. En. Zairul Hisham Baharudin (AJK Penginapan & Aktiviti)
7. En. Zakaria Mohammad (AJK Grafik)
8. Pn. Zalina Ismail (Pengerusi)
9. En. Zulkifli Aziz (AJK Grafik)


1.0 Pendahuluan

1.1
Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli AJK zon selatan dan mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat 1 diikuti perbentangan kerja oleh setiap AJK kecil.
- Makluman

1.2
Minit mesyuarat 1 di terima dengan sedikit penambahan/pembetulan seperti berikut:-
Perkara 4.2 (minit mesyuarat 1)
AJK penginapan dan aktiviti - ditambah ahli (Pn. Norhayati Abdul Rahman)
AJk Grafik – ditambah ahli (En. Zulkifli Aziz)
- Makluman

2.0 AJK Penginapan dan Aktiviti

2.1
Pn. Ra’alah membentangkan hasil dari mesyuarat AJK Penginapan dan Aktiviti pada 19/3/09, diputuskan bahawa 2 resort sahaja yang terpilih untuk dianjurkan majlis alumni ISB 84/98 2009 iaitu Pulai Springs Resort dan Sofitel.
- Makluman

2.2
Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

2.2.1
Bilik Penginapan yang mencukupi untuk seramai 50 – 60 keluarga.
2.2.2
Mempunyai ruang aktiviti dalaman dan luaran yang boleh menampung majlis yang berkonsepkan hari keluarga.
2.2.3
Kemudahan untuk menyokong aktiviti yang dicadangkan – rekreasi, telematch dan majlis makan malam
- Makluman

2.3
Setelah perbandingan terperinci dibuat, Pulai Springs Resort dipilih kerana:
i) Ianya menyediakan 4x makan lebih (4 extra meals) berbanding Sofitel.
ii) Tempat persekitaran yang lebih kondusif.
- Makluman

2.4
Budget awalan untuk majlis alumni berkonsep keluarga di PS adalah seperti berikut:-
i) RM450++/org (3 hari 2 Malam)
ii) RM250++/org (2 hari 1 malam)
- Makluman

2.5
Pihak AJK memilih untuk aturcara 3 hari 2 malam berdasarkan kriteria berikut:
i) ahli yang datang dari jauh dapat beristirehat lebih lama
ii) lebih masa dapat diluangkan untuk beramah mesra
iii) aturcara majlis lebih sempurna
- Makluman

2.6
En. Zairul mengutarakan keperluan untuk diedarkan borang soal selidik bagi menentukan perkara-perkara berikut:

i) Samada alumni untuk ahli sahaja atau beserta keluarga
ii) Bulan/masa yang sesuai untuk diadakan majlis alumni.
iii) Tempoh majlis diadakan samada 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam
iv) Kehadiran ahli samada berminat atau tidak.
- AJK penginapan/Aktiviti (Pn. Ra’alah)

2.7
En. Kaharuddin mencadangkan agar perkara-perkara berikut dapat diperhatikan untuk mengurangkan kos perbelanjaan:-
i) Tinggal di luar Resort (Cuma guna kemudahan yang disediakan – ruang, telematch, makan)
i)Makan disediakan oleh pihak luar seperti catering dewan alumni UTM
- AJK penginapan/Aktiviti

2.8
Pn. Zalina mencadangkan agar ‘cut cost exercise’ dapat dijalankan bagi semua AJK serta kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Resort dapat disenaraikan dalam borang soal selidik.
- AJK penginapan/Aktiviti

2.9
En. Zairul akan membuat senarai nama ahli alumni mengikut zon bagi tujuan pemantauan penyampaian maklumat dan sebagainya.
- Setiausaha (En. Zairul)

3.0 AJK Sponsor

3.1
Mr. Yap menyatakan bahawa nama-nama ahli korporat serta yang memegang jawatan dalam badan kerajaan beserta dengan jawatan masing-masing adalah diperlukan bagi menunjukkan kekuatan ahli alumni kepada sponsor/penderma yang berpotensi.
- Setiausaha (En. Zairul)

3.2
Antara matlamat yang perlu dicapai bagi pihak sponsor adalah untuk menampung perbelanjaan seperti berikut:
i) Cenderahati ‘doorgift’ bagi ahli dan anak-anak.
ii) Penyediaan bas ke UTM (5 bas)
iii) Penajaan makan malam serta cenderahati bagi pensyarah yang dijemput (10 x)
iv) Perbelanjaan bagi penyediaan banner, bunting, buku cenderahati serta
v) Hadiah telematch (21 x) AJK Sponsor (Mr. Yap)

4.0 AJK Grafik

4.1
Logo – En Zulkifli, En. Zakaria, En. Kaharuddin dan En. Wahab dari Pihak AJK grafik mempersembahkan 6 ’board’ persembahan bersaiz A3 untuk logo alumni ’jubilee Perak 25 tahun’. Mesyuarat telah memilih 1 rekabentuk (perlu diperbaiki lagi) dan mengucapkan terima kasih kepada pereka logo yang lainnya.
- AJK Grafik (En. Zakaria)

4.2
Tema/motto – Ahli-ahli AJK diperlukan untuk mencadangkan `motto/tema’ jika ada.
- Semua Ahli

4.3
Letterhead - Cadangan logo terpilih yang telah dibaiki perlu di email kepada AJK alumni 84/85 tahun 2009 secepat mungkin bagi persetujuan supaya ianya boleh digunakan dalam letterhead.
- AJK Grafik

4.4
Banner – sebanyak 2 nos. Banner diperlukan bersaiz (satu darinya untuk dijadikan `backdrop’ 20’ x 8’ majlis makan malam).
- AJK Grafik

4.5
Bunting – En. Zakaria mencadangkan 10 nos. Bunting diperlukan untuk diletakkan di tiang lampu. Pn. Norhayati menyarankan bahawa kelulusan Majlis diperlukan bagi meletakkan bunting di tiang-tiang elektrik. Kemungkinan ianya digunakan di jalan dalam Pulai Springs sahaja.
- AJK Grafik

4.6
Kad Jemputan – hanya 10 nos. Diperlukan bagi menjemput Pensyarah.
- AJK Grafik

4.7
Buku cenderahati – ianya akan memuatkan agenda, gambar-gambar ahli serta penaja.
- AJK Grafik

4.8
`Door gift’ – ianya berupa letter opener beserta business card holder dan pensil faber castell. Pensyarah jemputan juga menerima cenderahati yang sama dengan bungkusan yang lebih menarik (10 nos.)
- AJK Grafik

4.9
Cenderahati anak-anak – masih di dalam perhatian untuk cadangan yang bernas. Mungkin perlu diklasifikasi mengikut katagori umur.
- Semua Ahli

4.10
Tag nama untuk anak-anak ahli – diperlukan bagi mengenali mereka. Nama ahli alumni di atas diikuti nama anak-anak tersebut.
- AJK Grafik

5.0 Perkara-perkara berbangkit

5.1
`Budget’ atau perbelanjaan yang selesa bagi ahli alumni dicadangkan untuk dimuatkan ke dalam borang soal selidik.
- Setiausaha (En. Zairul)

5.2
Pn. Ra’alah mencadangkan agar kutipan derma diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan. Contohnya untuk keluarga Allahyarham En Rajeh.
-Makluman

6.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tarikh 19 April 2009 (Ahad) jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat, No 2 Jalan Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru.
Pengerusi akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan.
- Makluman

Disediakan oleh :
Pn. Zalina Ismail

Disahkan oleh:
En. Zairul Hisham Baharudin & Pn. Ra’alah Mohamad

Salam dari Wan Salman

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,

Cuti sekolah baru-baru ni aku balik kampung di Besut, Terengganu dan berkesempatan jumpa dengan kawan kita Wan Salman yang lama dah tak jumpa. Bermula tahun 2009 Wan Salman mula bertukar mengajar di bekas sekolah aku semasa aku ting. 1 hingga ting. 3 iaitu Sekolah Menengah Kuala Besut. sebelum ini dia mengajar di Sekolah Menengah Tg. Mahmud. ( Dekat dengan kampung Wan Arjuna )

Wan Salman kirim salam kepada semua. Ni dia gambar terbaru Wan Salman.



PENGUMUMAN DARI AJK AKTIVITI

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera

Sebagai makluman setakat ini 'organizing comitee' bahagian Selatan sedang di dalam perancangan untuk menjayakan Majlis bersejarah untuk alumni kita nanti.

Kami dari AJK Aktiviti sedang dalam usaha untuk memutuskan konsep, lokasi dan agenda aktiviti bagi perhimpunan Jubli Perak kita nanti. Oleh itu kami berhasrat untuk mengedarkan borang soal selidik (rujuk attachment Soal Selidik Penganjuran) bagi mendapatkan maklumbalas rakan-rakan tentang penganjuran majlis tersebut. Kami mengharapkan kerjasama rakan-rakan untuk memulangkan borang soal selidik masing-masing secepat mungkin kepada Ra'alah / Zairul ke alamat email citabayu@yahoo.com atau fax ke pejabat Zairul 075271685 selewat-lewatnya 7 April 2009 untuk tindakan selanjutnya.

Bagi melancarkan proses pengiriman email kepada ahli, kami telah mengklasifikasikan ahli-ahli mengikut zon dan melantik wakil-wakil bagi setiap zon untuk menyebarkan borang dan maklumat melalui email (rujuk attachme. Wakil-wakil tersebut adalah

Zon Selatan - Norhayati Abd Rahman
Zon Tengah - Mohd Rosli Sufi dan Rohani Rahim
Zon Utara - Ahmad Abd Razak dan Abdul Shukor (penyebaran thru blog)
Zon Timur - Jamalee Mansor
Zon Sabah Sarawak - Enick Kiron

Saya amat menghargai sekiranya wakil2 zon dapat mengemaskini data yang masih tidak lengkap samada email atau no telefon ahli-ahli di bawah zon mereka dan meng email kembali kepada saya.

Sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi kami di telefon 0137443886 (Raalah) atau 0197553885 (Zairul)

Sekian terima kasih.

Yang benar
Ra'alah



Saudara/i telah dipilih untuk menjadi wakil bagi zon-zon tertentu bagi mengagihkan borang-borang soal selidik untuk Majlis Alumni Jubli Perak

MINIT MESYUARAT 1 - 2009

MINIT MESYUARAT 1
ALUMNI ISB 84/85
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh : 22 Februari 2009
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat,2 Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor

Kehadiran :
1. Kaharuddin Mohamed Sharif
2. Nor Azlin Yunus
3. Ra’alah Mohamad
4. Wan Arjuna Wan Mustafa
5. Yap Kern Ling
6. Zairul Hisham Baharudin
7. Zakaria Mohammad
8. Zalina Ismail

1.0
Pendahuluan

1.1
Mesyuarat ini di pengerusi oleh Zalina Ismail.

1.2
Ra’alah memaklumkan bahawa Goh, Wahab dan Zainal Ngat ada mengirim sms menyatakan tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini atas sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Mereka meminta maaf dan berkirim salam.

2.0
Perbincangan Daripada Pertemuan Awal

Zalina memaklumkan pada 22 Januari 2009, satu pertemuan awal secara kasual telah diadakan di rumah Zainab dan dihadiri oleh Nor Azlin, Ra’alah, Zainab dan Zalina. Susulan daripada itu mesyuarat pertama untuk Alumni 84/85 Zon Selatan ini telah diadakan pada tarikh hari ini.

Antara perkara yang menjadi agenda di dalam perbincangan ini adalah:

-Menekankan bahawa alumni 2009 yang bakal diadakan kali ini adalah bersempena genap 25 tahun (jubli perak) alumni kita

-Cadangan bahawa pertemuan tahun ini mengumpulkan alumni berserta keluarga masing-masing

-Konsep perjumpaan yang akan diadakan berupa konsep hari keluarga, mengambil tempoh 3 hari 2 malam, menginap di resort sekitar Johor Bahru – Skudai

-Lokasi pilihan yang teratas – Pulai Spring Resort, Skudai

Makluman

3.0
Cadangan Tarikh Alumni dan Lokasi Alumni

3.1
Tarikh yang dicadangkan paling sesuai adalah di cuti persekolahan panjang hujung tahun yakni pada 18 hingga 20 Disember (Jumaat, Sabtu dan Ahad) kerana hari Jumaat adalah cuti sempena Maal Hijrah.
-Makluman

3.2
Cadangan awal menjadikan Pulai Spring Resort, Skudai sebagai lokasi alumni tahun ini di persetujui oleh Juna dan disokong oleh Yap. Zairul mencadangkan maklumat lebih terperinci perlu diperolehi terlebih dahulu untuk membantu mesyuarat membuat keputusan samada Pulai Spring adalah tempat yang terbaik. Perbandingan dengan resort lain juga adalah perlu untuk keputusan yang terbaik.
-AJK Aktiviti

3.3
Mesyuarat mencadangkan kita mencari sponsor untuk membantu meringankan beban kewangan bagi menjayakan alumni ini.
-AJK Sponsor

4.0
Perlantikan AJK Selatan Alumni 2009

4.1
Mesyuarat mengenalpasti nama-nama ahli Alumni Zon Selatan. Selain daripada nama-nama yang hadir, mereka ialah seperti berikut:
1. Abd Wahab Basiran - Johor
2. Goh Chung Hee - Johor
3. Hisham Ali - Melaka
4. Mereyati Mapoh - Johor
5. Mohamad Ismail Othman - Melaka
6. Norhayati Abd Rahman - Melaka
7. Zainab Baba – Johor
8. Zainal Ngat - Johor
9. Zulkifli Aziz - Johor
Mesyuarat mengalu-alukan mereka untuk hadir dan memberi input di dalam mesyuarat-mesyuarat yang akan datang.
-Makluman

4.2
Mesyuarat melantik nama-nama AJK dan portfolio jawatan seperti berikut:

Pengerusi – Zalina
Timbalan Pengerusi – Wan Arjuna
Setiausaha – Zairul
Bendahari – Ku Suryani & Rohani (Melibatkan ajk lama untuk kesinambungan)
AJK Aktiviti (Penginapan & Aktiviti) – Ra’alah, NorAzlin, Norhayati Abd Rahman, Zalina & Zairul
AJK Sponsor – Yap, Bakhtiar
AJK Grafik (Grafik, Souvenir, Hadiah, Booklet) – Zakaria, Kahar, Wahab
AJK Publisiti (Publisiti dan Promosi) – Wan Arjuna
Wakil Zon Utara – Shukor, Ahmad Abd Razak
Wakil Zon Timur – Jamalee, Zunaidi
-Makluman

4.3
Mesyuarat mencadangkan kepala surat alumni yang menggunakan alamat 2 Pakis 2 direkabentuk dan disediakan oleh AJK grafik.
-AJK Grafik

5.0
Sasaran ‘Dateline’

-Awal Mac
Penyebaran berita tentang majlis, tarikh cadangan dan Pengesahan oleh AJK

-Akhir April
Pelan kasar mengenai bajet, tarikh, masa dan aktiviti

-Akhir Jun
Pengesahan Kehadiran

Pengerusi meminta setiap AJK mengadakan mesyuarat kecil masing-masing sebelum berlangsung mesyuarat induk rasmi bagi melancarkan perlaksanaan portfolio masing-masing.
-Makluman

6.0
Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengahari.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tarikh 21 Mac 2009 (Sabtu) jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat, No 2 Jalan Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru.

Pengerusi akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan.


Disediakan oleh :
Zairul Hisham Baharudin & Ra’alah Mohamad

Disahkan oleh:
Zalina Ismail

PULAI SPRINGS RESORT


A world-class golf and recreation resort designed as an ancient royal Malay palace. Vaulting roofs, exposed timber structures, ingenious use of traditional motif in the interior design echo traditional graciousness. Intricately carved wooden and parastone murals with exquisite Qing antiques blend with rich themes of the Orient. Truly country club charm with a touch of elegance.

Crafted by international architects and designers such as Chao Tse Ann & Associates, Hirsch Bedner & Associates and Robert Trent Jones Jr., Pulai Springs Resort boasts of architecture and interiors which preserve the diverse mix of ethnic cultures typical to Malaysia and its history.

Further enhanced by its natural setting of flora & fauna nestled at the foothills of Mount Pulai, the Resort and its Golf Courses are naturally endowed with breath-taking views and sweeping panoramas of rolling greens and undulating hills. Incorporating the timeless ambience of an exotic tropical resort, it is dedicated to providing the discerning with an unmatched golfing and recreation experience.

Visit the resort at www.pulaisprings.com

UTM bantu selamatkan Kota Madinah


JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bekerjasama dengan Universiti Taibah, Madinah bagi menyekat aliran naik paras air bumi dan mengelak ancamannya terhadap kota penting umat Islam itu termasuk struktur Masjid Nabawi.

Kajian itu dibiayai dengan kos RM4 juta dan memakan masa selama tiga tahun itu dianggap oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang sebagai cukup mencabar.

"Kita menganggap ia kajian yang sangat penting kerana masalah kenaikan paras air bumi itu boleh menjejaskan banyak kemudahan di Madinah serta struktur Masjid Nabawi," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Pengajian Pasca Ijazah, Universiti Taibah, Prof. Talal Halawani di UTM Skudai di sini semalam

UTM tampil imej baru


JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini berimej baru.
Imej baru itu melibatkan penambahbaikan terhadap logo, slogan dan penampilan yang lebih dikenali dan berdaya saing.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, penjenamaan semula imej tersebut dilakukan bagi memudahkan orang ramai mengenali universiti berkenaan.

Sebelum ini, UTM, katanya hanya memaparkan logo dan agak mengelirukan orang ramai.

"Ini kerana terdapat 20 institut pengajian tinggi awam di negara ini. Bagaimanapun, dengan imej baru ini orang ramai akan dapat mengenali UTM dengan lebih mudah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran imej baru universiti itu di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai di sini semalam.

Menurut Zaini, usaha penjenamaan imej baru tersebut dilakukan sejak empat bulan lalu oleh beberapa pensyarah dan kakitangan universiti.

Katanya, UTM akan menggunakan logo yang mengandungi nama pusat pengajian tinggi itu di sebelah kanan lambang universiti dalam semua urusan.

Pencinta Wanita versi Kelantan

Lagu ini dituju khas untuk member-member kelantan, Mat Jani, Mad Rasdi, Roslee, Haiyi dan Affendi. Dengan ucapan 'Hambo meme suko kat orang tino'

Apo Kono Eh jang

Lagu ini ditujukan untuk member lama orang nogori Ahmad Fauzi Rahman a.k.a GUNTUR. Kalau tak silap aku CHOT yang bagi gelaran GUNTUR ni, dan dia amat meminati lagu dan senikata lagu ini..

Ribaibaru (Revival) - Mayumi Itsuwa

Lagu ni pulak bila aku masuk bilik Azam Towkey. Tak berhenti berkumandang di bilik dia. Irama sedap didengar, tapi tak faham sepatah abuk, hampehh.... Maharaja Hirohito patut bagi sesuatu mengenangkan jasa Azam Towkey. mungkin pedang samurai tak pun selipar jepun.

"Bagaimana hendak jadi kaya?"

We will not go down (Song for Gaza)

Song Title: We Will Not Go Down (For Gaza)
Written and Performed by: Michael Heart
Dedicated to all the Palestinians in Gaza

Lyrics
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

Lagu Mat Lutfi Rock Tangkap Leleh - Di Antara Gadis - Dinamik

Dulu kalau aku masuk bilik Mat Lut, lagu ni lah yang dia dok pasang, sampai BINGIT telinga aku kata Ijad. (tinggal kenangan) Seluar jean ketat hang ada lagi ka?

Doris Day - Que Sera Sera

ESQ LEADERSHIP TRAINING

ASSALAMUALAIKUM....

BUAT TEMAN-TEMAN TERSAYANG, ANI BARU JE BALIK DARI MENGIKUTI KURSUS DI ATAS. SUBHANALLAH.....RASANYA RUGI KALU TAK SHARE DENGAN KALIAN. ACTUALY NAK KATA KURSUS, BUKAN LE KURSUS, NAK KATA BENGKEL, BUKAN BENGKEL, BUT ITS MORE ON TRAINING TO BECOME A GOOD LEADER, U HAVE TO BE GOOD TO YOURSELF. HARUS MENJADI PEMIMPIN KEPADA KEPADA DIRI SENIDIRI, SEBELUM MEMIMPIN ORG LAIN. PERLU MENCARI JATI SENDIRI, MENGENALI ANTARA EMOSI DAN SUARA HATI KERANA IANYA ADALAH 2 PERKARA YANG BERBEZA.

OVERALL KURSUS INI BANYAK BERMAIN DENGAN HATI DAN PERASAAN DAN MINDA, HUBUNGAN DENGAN ALLAH AMAT DITEKAN DALAM APA2 TINDAKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. DIKUPAS SATU-SATU FIRMAN ALLAH. PERINSIP ESQ 165 MEANS THAT- 1-IHSAN, 6-IMAN, 5- ISLAM. DITERANGKAN JUGA SECARA MENDALAM BACAAN DAN PERLAKUAN DALAM SHOLAT. TERASA BETAPA HINANYA DAN KERDIL KITA DI SISI ALLAH SWT. DIKUPAS SATU-SATU SIFAT-SIFAT ALLAH-ASMA-UL HUSNA, YANG SELAMA NI MUNGKIN KITA AMBIK MUDAH DAN TAK PERNAH MENGKAJI DAN MEMAHAMI APA YANG ADA DIDALAM SIFAT-SIFAT ALLAH. ALLAH UNTUK MENCAPAI INSAN KAMIL PERLU ADA IMAN, YAKNI MERUJUK KEPADA RUKUN IMAN ISLAM UNTUK MENJADIKAN KEHIDUPAN KITA SENTIASA DIREDHAI-NYA. APA YANG TERMAKTUB DALAM RUKUN ISLAM SEBAGAI HAMBA ALLAH KITA WAJIB MEMBUAT PENGAKUAN KEPADA IAITU DENGAN MENGUCAP SHAHADAH. SEBELUM KITA LAHIR KE DUNIA KITA TELAH BERJANJI DENGAN ALLAH, BAHAWA KITA AKAN MENYEMBAH ALLAH DAN AKAN TAAT KEPADA PERINTAH-PERINTAHNYA. DALAM SETIAP SHOLAT KITA AKAN TERUS BERJANJI AKAN TAAT DAN MENYEMBAH ALLAH, SEDANGKAN HIDUP KITA MASIH TERUMBANG-AMBING DENGAN HAL-HAL DUNIAWI. MASIH MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MUNGKAR. APAKAH UCAPAN SHAHADAH KITA HANYA DIBIBIR SAHAJA.

TEMAN YANG DIKASIHI...

MARILAHKITA RENUNGKAN SEJENAK, APA YANG TELAH KITA LAKUKAN SELAMA HIDUP DIDUNIA INI. ADAKAH KITA MENJADI HAMBA YANG TAAT, SEBAGAIMANA BUMI DAN SEKALIAN GALAKSI YANG TIDAK BERHENTI BERPUTAR DI ATAS PAKSI MASING-MASING SAMBIL BERZIKIR KEPADA ALLAH, SEHINGGALAH SEL-SEL DNA KITA YANG SENTIASA BERZIKIR KPD ALLAH. ADAKALA KITA MASIH TERLEKA DAN TIDAK MENYEDARI BAHAWA SEMAKIN LAMA KITA AKAN PERGI MENINGGALKAN DUNIA YANG FANA INI.SESUNGGUHNYA KITA MASIH DIBERIKAN UDARA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...MATAHARI UNTUK CAHAYA, CAHAYA BULAN LAMBANG KELEMBUTAN SETIAP APA YANG ALLAH JADIKAN MEMPUNYAI FUNGSI-FUNGSI TERSENDIRI. DAN SESUNGGUHNYA APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BUMI DAN SEKALIAN GALAKSI BERHENTI BERPUTAR ATAU BERPUTAR TIDAK DI DALAM ORBITNYA....SESUNGGUHNYA LETUPAN BESAR AKAN BERLAKU....AKAN MENGHANCURKAN DUNIA IAITU QIAMAT.. SESUNGGUH ALLAH AMAT MENYAYANGI HAMBANYA. APAKAH YANG TELAH KITA LAKUKAN DEMI BUKTI KECINTAAN KITA KEPADA-NYA. FIKIRKAN LAH....

SESUNGGUHNYA TEMAN......

SEGALA PERLAKUAN KITA DALAM SHOLAT TERDAPAT SIFAT JUJUR, TANGGUNGJAWAB, DISIPLIN, KERJASAMA, PERIHATIN, ADIL DAN SEBAGAINYA. INILAH NILAI -NILAI MURNI DAN MERUPAKAN SIFAT-SIFAT ALLAH. TEMAN APAKAH KITA SEBAGAI HAMBANYA DHAIF SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN DARI-NYA. BETAPA RUGINYA KITA SEKIRANYA KITA MASIH BERSIKAP ANGKUH, SOMBONG DAN BONGKAK TANPA ENGGAN MEMOHON AMPUN DAN TAUBAT KEPADA ALLAH DI ATAS SEGALA DOSA-DOSA YANG TELAH KITA LAKUKAN.

INGATLAH TEMAN...

BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW, ADALAH PEMIMPIN YANG PERLU DICONTOHI-FAST. SEHINGGA NABI SEBELUM WAFATNYA MASIH MENGINGATI DAN MENYAYANGI UMAT-UMATNYA, WALAUPUN BELIAU TIDAK PERNAH MELIHAT UMAT SELEPAS BELIAU WAFAT, BOLEH MENYAYANGI UMATNYA. APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI UMATNYA, SENTIASA MENGINGATINYA. MARILAH KITA SAMA-SAMA SENTIASA SALAWAT KE ATAS NABI KERANA MOHON DI BERI SYAFAAT-NYA PADA HARI QIAMAT KELAK.

TEMAN YANG DISAYANGI...

INI MERUPAKAN SECEBIS ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI DARI KURSUS TERSEBUT. SEMOGA KITA DAPT MANFAAT BERSAMA... MOGA KALIAN BOLEH EXPLORE SENDIRI DENGAN MELAWATI LAMAN WEB : www.esqway165.com
PELBAGAI CARA TELAH DILAKUKAN MENGIKUT KESESUAIAN LAPISAN UMUR- ESQ KIDS, ESQ TEEN, MAHASISWA DLL.

SESUNGGUHNYA TAK DAPAT NAK GAMBARKAN DENGAN KATA-KATA.. TEPUK DADA TANYA SELERA.....

AMIN, SEGALA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH, DAN YANG BURUK ITU, KELEMAHAN DIRI INI. KEMENANGAN ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMECAHKAN BELENGU YANG MENGHALANG DIRI.

SEKIRANYA ADA KELAPANGAN KITA JUMPA LAGI..MASIH BANYAK YANG INGIN DIKONGSIKAN BERSAMA...

SEKIAN, WASSALAM.

HANI'Z-LOVE ALLAH, LOVE U ALL....

LATEST ACTIVITIES.

Kalau Ani post latest photo.. I nak paste latest activity lah kat sini. I baru berjinak-jinak dengan Clay Craft Flowers (Kraf Bunga Tanah Liat). Bunga-bunga yang dihasilkan looks like real... Kat bawah ni.. I paste hasil-hasil kerja hobi terbaru...


Dendrobium


Phlieonopsis

Phlieonopsis

Phlieonopsis


Selain dapat bunga yang nampak macam real.. mendalami juga spesis2 orkid.

LATEST PHOTOS


BERSAMA OFFICE-MATE




BERSAMA SITI SEMASA OPEN HOUSE RUMAH KAKAK DATO K DI KEMENSAH HEIGHTS




gambar terbaru buat tatapan kalian, saja suka posing.