Bangunan penting UTM wajar dipulihara, tak perlu diroboh

Tahniah atas pembangunan dan kemajuan yang dicapai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam mengungguli pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi dengan mengeluarkan ramai graduan dan ahli teknokrat negara.

Dengan terlaksananya satu lagi projek menaik taraf dan infrastruktur Kampus Kota yang kini akan dikenali sebagai Kampus Antarabangsa, ia akan lebih memacukan penghasilan ahli profesional terlatih khususnya bagi anak tempatan dan juga kedatangan penuntut luar negara.

Kampus Kota (City Campus) UTM yang ada sekarang adalah kompleks bangunan Maktab Teknik yang dibangunkan pada 1952. Pada 1960, Maktab Teknik menyelaraskan kursus bagi membolehkan pelajarnya menduduki peperiksaan iktisas kejuruteraan untuk Kejuru-teraan Awam, Elektrik dan Mekanikal dari United Kingdom.
Berikutan perkembangan kurikulum yang pesat, Maktab Teknik ini diperakui Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi sebagai Institut Teknologi pada 1969, yang kemudiannya dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan dan seterusnya diberi taraf sebagai sebuah universiti pada 1972.

Ia ditukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1 April 1975, iaitu universiti kelima ditubuhkan di Malaysia.

Seperti lazimnya, apabila sesuatu pembangunan baru dicadangkan, maka jalan mudah bagi merealisasikannya ialah dengan merobohkan bangunan sedia ada yang dikira tidak lagi sesuai dengan tuntutan kehendak kepenggunaan dan keadaan semasa.
Perkara sebegini juga tidak terkecuali berlaku pada pembangunan baru Kampus UTM di Jalan Semarak. Sebagai seorang bekas pelajar jurusan seni bina UTM dan pernah berada di kampus ini pada era 1980-an, saya berasa kecewa kerana pendekatan pemuliharaan beberapa bangunan penting yang mempunyai nilai sejarah tertubuhnya universiti ini tidak diambil perhatian.

Pihak berwajib sepatutnya lebih peka dan sensitif dalam memulihara bangunan yang menjadi nilai sejarah universiti dengan mengubah fungsi kegunaannya agar ia terpelihara dan menjadi mercu tanda tertubuhnya UTM itu sendiri.

Sebagai contoh, bangunan Muzium Elektrik yang dirasmikan pembukaannya pada sesi 1982/1983 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu simbol pencapaian universiti dalam bidang teknologi mahupun dari segi binaan dan juga fungsinya pada ketika itu.

Muzium ini dibina untuk menjadi pusat rujukan maklumat kemajuan teknologi kepada masyarakat pelajar khususnya bagi memupuk minat di dalam bidang sains dan teknologi. Dari segi kecemerlangan seni bina pula, bangunan ini menterjemahkan ciri-ciri seni bina tropika moden dalam mengadaptasikan kesesuaian iklim persekitaran dengan binaan bumbung lebar memayungi ruang bangunan di bawahnya.
Terjemahan ciri-ciri anjung pada ruang legar utamanya antara bangunan muzium dan auditorium mini adalah ruang interaksi yang amat berjaya sebagai ruang sosial pelajar ketika itu. Sistem pembinaan IBS (Industrialised Building System) tampak jelas pada penggunaan blok konkrit lopong pada binaan dinding bangunan muzium dan auditorium serta menjadi identiti bagi bangunan itu.

Penggunaan blok konkrit lopong ini juga membentuk satu penerimaan baru dalam masyarakat bahawa ia bukanlah hanya digunakan pada pembinaan rumah kos rendah semata-mata tetapi juga pada bangunan awam seperti muzium ini .

Lebih istimewanya lagi, bangunan ini adalah hasil reka bentuk bekas graduan seni bina UTM 1979 yang pada masa itu menjadi pensyarah di Jabatan Seni Bina UTM, Allahyarham Sulaiman Sharif.

Seni bina yang terperinci ini menjadi ikon kepada pelajar ketika itu termasuklah diri saya sebagai seorang pelajar di bawah pengawasan beliau.

Ini contoh terbaik yang dapat kita lihat kepentingan nilai sejarah dan warisannya yang patut kita kekalkan. Bangunan yang membawa gaya tropika moden dalam seni bina Malaysia ini adalah wajar untuk berdiri kukuh dalam membuktikan keunggulan Jabatan Seni bina UTM itu sendiri dan Universiti Teknologi Malaysia khasnya .

Sebagai arkitek profesional, saya berpendapat bangunan ini dapat diubah fungsi kegunaannya menjadi Bangunan Pusat Pelajar atau Bangunan Alumni UTM Kuala Lumpur. Ia juga boleh dikekalkan sebagai bangunan muzium iaitu Muzium Seni bina yang dapat mempamerkan karya seni bina Malaysia khususnya yang dihasilkan oleh firma arkitek tempatan yang terdiri daripada graduan seni bina UTM itu sendiri.

Saya ingin memohon jasa baik Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang, yang juga bekas graduan UTM agar dapat meneliti perkara ini dan memastikan sesuatu pembangunan itu dilaksanakan bertepatan dengan kecemerlangan ilmu yang kita pelajari.

Ar. MOHD KAMALUDIN ADAM,
Timbalan Pengerusi
SIG- Senibina Alumni UTM (2008-2009).

MINIT MESYUARAT 2 - (21-3-2009)

ALUMNI ISB 84/85
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh : 21 Mac 2009
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, 2 Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor

Kehadiran :
1. En. Abdul Wahab Basiran (AJK Grafik)
2. En. Kaharuddin Mohamed Sharif (AJK Grafik)
3. Pn. Norhayati Abdul Rahman (AJK Penginapan & Aktiviti)
4. Pn. Ra’alah Mohamad (AJK Penginapan & Aktiviti)
5. Mr. Yap Kern Ling (AJK Sponsor)
6. En. Zairul Hisham Baharudin (AJK Penginapan & Aktiviti)
7. En. Zakaria Mohammad (AJK Grafik)
8. Pn. Zalina Ismail (Pengerusi)
9. En. Zulkifli Aziz (AJK Grafik)


1.0 Pendahuluan

1.1
Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli AJK zon selatan dan mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat 1 diikuti perbentangan kerja oleh setiap AJK kecil.
- Makluman

1.2
Minit mesyuarat 1 di terima dengan sedikit penambahan/pembetulan seperti berikut:-
Perkara 4.2 (minit mesyuarat 1)
AJK penginapan dan aktiviti - ditambah ahli (Pn. Norhayati Abdul Rahman)
AJk Grafik – ditambah ahli (En. Zulkifli Aziz)
- Makluman

2.0 AJK Penginapan dan Aktiviti

2.1
Pn. Ra’alah membentangkan hasil dari mesyuarat AJK Penginapan dan Aktiviti pada 19/3/09, diputuskan bahawa 2 resort sahaja yang terpilih untuk dianjurkan majlis alumni ISB 84/98 2009 iaitu Pulai Springs Resort dan Sofitel.
- Makluman

2.2
Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

2.2.1
Bilik Penginapan yang mencukupi untuk seramai 50 – 60 keluarga.
2.2.2
Mempunyai ruang aktiviti dalaman dan luaran yang boleh menampung majlis yang berkonsepkan hari keluarga.
2.2.3
Kemudahan untuk menyokong aktiviti yang dicadangkan – rekreasi, telematch dan majlis makan malam
- Makluman

2.3
Setelah perbandingan terperinci dibuat, Pulai Springs Resort dipilih kerana:
i) Ianya menyediakan 4x makan lebih (4 extra meals) berbanding Sofitel.
ii) Tempat persekitaran yang lebih kondusif.
- Makluman

2.4
Budget awalan untuk majlis alumni berkonsep keluarga di PS adalah seperti berikut:-
i) RM450++/org (3 hari 2 Malam)
ii) RM250++/org (2 hari 1 malam)
- Makluman

2.5
Pihak AJK memilih untuk aturcara 3 hari 2 malam berdasarkan kriteria berikut:
i) ahli yang datang dari jauh dapat beristirehat lebih lama
ii) lebih masa dapat diluangkan untuk beramah mesra
iii) aturcara majlis lebih sempurna
- Makluman

2.6
En. Zairul mengutarakan keperluan untuk diedarkan borang soal selidik bagi menentukan perkara-perkara berikut:

i) Samada alumni untuk ahli sahaja atau beserta keluarga
ii) Bulan/masa yang sesuai untuk diadakan majlis alumni.
iii) Tempoh majlis diadakan samada 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam
iv) Kehadiran ahli samada berminat atau tidak.
- AJK penginapan/Aktiviti (Pn. Ra’alah)

2.7
En. Kaharuddin mencadangkan agar perkara-perkara berikut dapat diperhatikan untuk mengurangkan kos perbelanjaan:-
i) Tinggal di luar Resort (Cuma guna kemudahan yang disediakan – ruang, telematch, makan)
i)Makan disediakan oleh pihak luar seperti catering dewan alumni UTM
- AJK penginapan/Aktiviti

2.8
Pn. Zalina mencadangkan agar ‘cut cost exercise’ dapat dijalankan bagi semua AJK serta kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Resort dapat disenaraikan dalam borang soal selidik.
- AJK penginapan/Aktiviti

2.9
En. Zairul akan membuat senarai nama ahli alumni mengikut zon bagi tujuan pemantauan penyampaian maklumat dan sebagainya.
- Setiausaha (En. Zairul)

3.0 AJK Sponsor

3.1
Mr. Yap menyatakan bahawa nama-nama ahli korporat serta yang memegang jawatan dalam badan kerajaan beserta dengan jawatan masing-masing adalah diperlukan bagi menunjukkan kekuatan ahli alumni kepada sponsor/penderma yang berpotensi.
- Setiausaha (En. Zairul)

3.2
Antara matlamat yang perlu dicapai bagi pihak sponsor adalah untuk menampung perbelanjaan seperti berikut:
i) Cenderahati ‘doorgift’ bagi ahli dan anak-anak.
ii) Penyediaan bas ke UTM (5 bas)
iii) Penajaan makan malam serta cenderahati bagi pensyarah yang dijemput (10 x)
iv) Perbelanjaan bagi penyediaan banner, bunting, buku cenderahati serta
v) Hadiah telematch (21 x) AJK Sponsor (Mr. Yap)

4.0 AJK Grafik

4.1
Logo – En Zulkifli, En. Zakaria, En. Kaharuddin dan En. Wahab dari Pihak AJK grafik mempersembahkan 6 ’board’ persembahan bersaiz A3 untuk logo alumni ’jubilee Perak 25 tahun’. Mesyuarat telah memilih 1 rekabentuk (perlu diperbaiki lagi) dan mengucapkan terima kasih kepada pereka logo yang lainnya.
- AJK Grafik (En. Zakaria)

4.2
Tema/motto – Ahli-ahli AJK diperlukan untuk mencadangkan `motto/tema’ jika ada.
- Semua Ahli

4.3
Letterhead - Cadangan logo terpilih yang telah dibaiki perlu di email kepada AJK alumni 84/85 tahun 2009 secepat mungkin bagi persetujuan supaya ianya boleh digunakan dalam letterhead.
- AJK Grafik

4.4
Banner – sebanyak 2 nos. Banner diperlukan bersaiz (satu darinya untuk dijadikan `backdrop’ 20’ x 8’ majlis makan malam).
- AJK Grafik

4.5
Bunting – En. Zakaria mencadangkan 10 nos. Bunting diperlukan untuk diletakkan di tiang lampu. Pn. Norhayati menyarankan bahawa kelulusan Majlis diperlukan bagi meletakkan bunting di tiang-tiang elektrik. Kemungkinan ianya digunakan di jalan dalam Pulai Springs sahaja.
- AJK Grafik

4.6
Kad Jemputan – hanya 10 nos. Diperlukan bagi menjemput Pensyarah.
- AJK Grafik

4.7
Buku cenderahati – ianya akan memuatkan agenda, gambar-gambar ahli serta penaja.
- AJK Grafik

4.8
`Door gift’ – ianya berupa letter opener beserta business card holder dan pensil faber castell. Pensyarah jemputan juga menerima cenderahati yang sama dengan bungkusan yang lebih menarik (10 nos.)
- AJK Grafik

4.9
Cenderahati anak-anak – masih di dalam perhatian untuk cadangan yang bernas. Mungkin perlu diklasifikasi mengikut katagori umur.
- Semua Ahli

4.10
Tag nama untuk anak-anak ahli – diperlukan bagi mengenali mereka. Nama ahli alumni di atas diikuti nama anak-anak tersebut.
- AJK Grafik

5.0 Perkara-perkara berbangkit

5.1
`Budget’ atau perbelanjaan yang selesa bagi ahli alumni dicadangkan untuk dimuatkan ke dalam borang soal selidik.
- Setiausaha (En. Zairul)

5.2
Pn. Ra’alah mencadangkan agar kutipan derma diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan. Contohnya untuk keluarga Allahyarham En Rajeh.
-Makluman

6.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tarikh 19 April 2009 (Ahad) jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat, No 2 Jalan Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru.
Pengerusi akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan.
- Makluman

Disediakan oleh :
Pn. Zalina Ismail

Disahkan oleh:
En. Zairul Hisham Baharudin & Pn. Ra’alah Mohamad