MINIT MESYUARAT 1 - 2009

MINIT MESYUARAT 1
ALUMNI ISB 84/85
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh : 22 Februari 2009
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat,2 Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor

Kehadiran :
1. Kaharuddin Mohamed Sharif
2. Nor Azlin Yunus
3. Ra’alah Mohamad
4. Wan Arjuna Wan Mustafa
5. Yap Kern Ling
6. Zairul Hisham Baharudin
7. Zakaria Mohammad
8. Zalina Ismail

1.0
Pendahuluan

1.1
Mesyuarat ini di pengerusi oleh Zalina Ismail.

1.2
Ra’alah memaklumkan bahawa Goh, Wahab dan Zainal Ngat ada mengirim sms menyatakan tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini atas sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Mereka meminta maaf dan berkirim salam.

2.0
Perbincangan Daripada Pertemuan Awal

Zalina memaklumkan pada 22 Januari 2009, satu pertemuan awal secara kasual telah diadakan di rumah Zainab dan dihadiri oleh Nor Azlin, Ra’alah, Zainab dan Zalina. Susulan daripada itu mesyuarat pertama untuk Alumni 84/85 Zon Selatan ini telah diadakan pada tarikh hari ini.

Antara perkara yang menjadi agenda di dalam perbincangan ini adalah:

-Menekankan bahawa alumni 2009 yang bakal diadakan kali ini adalah bersempena genap 25 tahun (jubli perak) alumni kita

-Cadangan bahawa pertemuan tahun ini mengumpulkan alumni berserta keluarga masing-masing

-Konsep perjumpaan yang akan diadakan berupa konsep hari keluarga, mengambil tempoh 3 hari 2 malam, menginap di resort sekitar Johor Bahru – Skudai

-Lokasi pilihan yang teratas – Pulai Spring Resort, Skudai

Makluman

3.0
Cadangan Tarikh Alumni dan Lokasi Alumni

3.1
Tarikh yang dicadangkan paling sesuai adalah di cuti persekolahan panjang hujung tahun yakni pada 18 hingga 20 Disember (Jumaat, Sabtu dan Ahad) kerana hari Jumaat adalah cuti sempena Maal Hijrah.
-Makluman

3.2
Cadangan awal menjadikan Pulai Spring Resort, Skudai sebagai lokasi alumni tahun ini di persetujui oleh Juna dan disokong oleh Yap. Zairul mencadangkan maklumat lebih terperinci perlu diperolehi terlebih dahulu untuk membantu mesyuarat membuat keputusan samada Pulai Spring adalah tempat yang terbaik. Perbandingan dengan resort lain juga adalah perlu untuk keputusan yang terbaik.
-AJK Aktiviti

3.3
Mesyuarat mencadangkan kita mencari sponsor untuk membantu meringankan beban kewangan bagi menjayakan alumni ini.
-AJK Sponsor

4.0
Perlantikan AJK Selatan Alumni 2009

4.1
Mesyuarat mengenalpasti nama-nama ahli Alumni Zon Selatan. Selain daripada nama-nama yang hadir, mereka ialah seperti berikut:
1. Abd Wahab Basiran - Johor
2. Goh Chung Hee - Johor
3. Hisham Ali - Melaka
4. Mereyati Mapoh - Johor
5. Mohamad Ismail Othman - Melaka
6. Norhayati Abd Rahman - Melaka
7. Zainab Baba – Johor
8. Zainal Ngat - Johor
9. Zulkifli Aziz - Johor
Mesyuarat mengalu-alukan mereka untuk hadir dan memberi input di dalam mesyuarat-mesyuarat yang akan datang.
-Makluman

4.2
Mesyuarat melantik nama-nama AJK dan portfolio jawatan seperti berikut:

Pengerusi – Zalina
Timbalan Pengerusi – Wan Arjuna
Setiausaha – Zairul
Bendahari – Ku Suryani & Rohani (Melibatkan ajk lama untuk kesinambungan)
AJK Aktiviti (Penginapan & Aktiviti) – Ra’alah, NorAzlin, Norhayati Abd Rahman, Zalina & Zairul
AJK Sponsor – Yap, Bakhtiar
AJK Grafik (Grafik, Souvenir, Hadiah, Booklet) – Zakaria, Kahar, Wahab
AJK Publisiti (Publisiti dan Promosi) – Wan Arjuna
Wakil Zon Utara – Shukor, Ahmad Abd Razak
Wakil Zon Timur – Jamalee, Zunaidi
-Makluman

4.3
Mesyuarat mencadangkan kepala surat alumni yang menggunakan alamat 2 Pakis 2 direkabentuk dan disediakan oleh AJK grafik.
-AJK Grafik

5.0
Sasaran ‘Dateline’

-Awal Mac
Penyebaran berita tentang majlis, tarikh cadangan dan Pengesahan oleh AJK

-Akhir April
Pelan kasar mengenai bajet, tarikh, masa dan aktiviti

-Akhir Jun
Pengesahan Kehadiran

Pengerusi meminta setiap AJK mengadakan mesyuarat kecil masing-masing sebelum berlangsung mesyuarat induk rasmi bagi melancarkan perlaksanaan portfolio masing-masing.
-Makluman

6.0
Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengahari.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tarikh 21 Mac 2009 (Sabtu) jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat, No 2 Jalan Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru.

Pengerusi akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan.


Disediakan oleh :
Zairul Hisham Baharudin & Ra’alah Mohamad

Disahkan oleh:
Zalina Ismail

0 comments: