DARURAT PILIHAN TERAKHIR TIADA LAGI DIJADIKAN SEBAGAI SATU ALASAN

MENJADI fenomena umat Islam di negara ini yang dilihat mudah 'melenting' apabila mengetahui sumber makanan atau minuman yang diambil selama ini disahkan adalah tidak halal.
Sehinggakan, perkara yang sering menjadi topik perbualan hangat itu di bawa ke peringkat atasan kerana didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam yang mengutamakan pengambilan sumber makanan halal.
Namun, sejauh mana pula sensitiviti umat Islam terhadap status halal dalam ubat-ubatan? Adakah dengan meletakkan sandaran darurat sebagai alasan membolehkan sesuatu yang tidak halal memasuki ke dalam tubuh?
Pensyarah Fiqh Pemakanan dan Kepenggunaan Semasa, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim berkata, istilah darurat tidak lagi boleh dijadikan sandaran yang membolehkan umat Islam menggunakan unsur haram ke anggota badan atau memasuki tubuh.
Sebaliknya ia katanya, merupakan pilihan terakhir selepas melalui peringkat tapisan yang digariskan selain benar-benar tiada pilihan yang boleh mengakibatkan kemudaratan.
Ini tambahnya, penting kerana ia bagi memelihara asas Maqasid Syariah (matlamat yang disyariatkan) yang diperintah oleh Alah SWT kepada umat Islam daripada tercemar.
Ia sebagaimana Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Setiap daging yang tumbuh daripada bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya". (riwayat al-Tarmizi)

"Apa yang berlaku sekarang ialah ramai yang meletakkan darurat sebagai sandaran utama dalam menggunakan ubat-ubatan import. Ia kerana dikatakan masih tiada ubat halal yang dihasilkan untuk merawat sesuatu penyakit.
"Tidak dinafikan begitu, tetapi sampai bila kita harus menggunakan alasan darurat tersebut untuk membolehkan unsur haram memasuki tubuh tanpa memikirkan alternatif dan usaha lain.
"Untuk meletakkan darurat bukan mudah. Ia hendaklah sudah tidak ada pilihan lain dan boleh mengakibatkan darurat seperti mengancam nyawa jika tidak digunakan," kata Izhar.
Beliau berkata demikian dalam Perbincangan Meja Bulat Chemical Company Malaysia Berhad (CCM) bersama media, baru-baru ini.
Yang turut hadir Pensyarah Kimia Perubatan dan Farmakognosi, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Profesor Zhari Ismail dan Profesor Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Wan Azman Wan Ahmad.
Mohd. Izhar berkata, istilah darurat sering diletakkan sebagai sandaran pertama dalam industri halal terutamanya farmaseutikal sedangkan ia perlu mengambil kira beberapa peringkat yang digariskan sebelum menetapkan ia ia adalah darurat.
"Terdapat enam garis panduan yang digariskan sebelum menetapkan sesuatu ubat-ubatan atau makanan itu halal atau haram. Ia hendaklah diteliti daripada jenis haiwan yang digunakan, proses sembelihan, bukan daripada najis, istihalah (berubah sifat sepenuhnya), maslahah umum dan terakhir darurat.
"Bagaimanapun, syarat darurat bukan boleh digunakan sewenang-wenangnya, tetapi hendaklah diambil hanya sekadar perlu dan pengguna harus memikirkan alternatif lain yang halal sekiranya ada," katanya yang juga ahli penasihat produk perubatan halal Jabatan Agama Islam Selangor.

Sementara itu, Wan Azman berkata, produk farmaseutikal halal kini boleh didapati di negara ini yang bertaraf antarabangsa dan terbukti keberkesanannya mengikut kajian yang dijalankan.
"Farmaseutikal halal di negara ini dilihat semakin berkembang dari semasa ke semasa. Buktinya beberapa jenis ubat-ubatan halal yang merawat penyakit kritikal telah berjaya dihasilkan.
"Sebagai contoh penggunaan ubat Clexane yang dianggap darurat kepada pesakit jantung bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta merta disahkan mengandungi unsur haram. Ia telah digantikan dengan Fondaparinux (arixtra) yang menggunakan sumber halal.
"Malah, kajian yang dilakukan ke atas lebih 20,000 pesakit mendapati lebih banyak kelebihan penggunaan ubat Fondaparinux (arixtra) berbanding Clexane. Begitu juga harga ubat-ubatan halal adalah lebih murah kira-kira 20 peratus hingga 40 peratus berbanding ubat-ubatan yang diimport," kata Wan Azman.
Selain daripada ubat-ubatan yang disebut di atas beberapa produk minuman kesihatan yang diusahakan berasaskan dari tumbuh-tumbuhan seperti JUS NYPA iaitu MINUMAN TRADISI MELAYU sejak berzaman banyak memberi manafaat kepada kesihatan sebagai penawar kepada beberapa jenis penyakit dunia moden yang tercemar seperti kencing manis,obesiti,gaut serta masalah buah pinggang iaitu kencing tidak lawas/kotor penyebab batu karang dan tidak ketinggalan penyakit kulit seperti kayap juga dapat disembuhkan.Jus nypa juga memberi kesan positif kepada kesihatan mulut dan gigi hanya dengan berkumur beberapa kali di waktu i)selepas bangun dan ii)sebelum tidur.Chitin yang terdapat di dalam chitosan dapat mengaktifkan sel tubuh manusia.Chitin chitosan yang terdapat pada jus nypa telahpun dipaten di WIPO iaitu badan berkanun di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Justeru, beliau berkata umat Islam diwajibkan memilih dan mengambil ubat-ubatan halal menggantikan ubat yang berunsur haram sekiranya ada.
"Penyakit tidak sesekali menggugurkan kita daripada patuh atau melanggar perintah Allah SWT. Sekiranya ada sumber yang halal, kita wajib berhenti menggunakan produk haram dan memilih yang halal.
"Ini kerana, sandaran darurat dalam industri farmaseutikal tidak lagi boleh digunakan dengan adanya produk halal bagi umat Islam. Ini kerana darurat ditetapkan apabila tiada sumber suci lain serta keadaan benar-benar kritikal.

"Bagaimanapun, pesakit perlu diberi penerangan mengenai status ubat tersebut dan mendapat keizinannya dan keluarga sebelum diberikan rawatan. Ini sebahagian daripada hak pesakit Islam dalam mendapatkan rawatan," jelasnya.                                                                                                                                                                                                                                       47 Produk Yang Telah Mendaftar KKM Mengandungi Bahan Beracun Disenarai Hitam .Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
·         Kintop
·         Body Beaus
·         BMI-9 Xylimming Capsule
·         Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
·         Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
·         Obexlim
·         Slimax Coffee
·         Beaute Fit Body Contour
·         Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
·         357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
·         Makjun Taufiq Dua Istimewa
·         Majun Dua Istimewa
·         Ginseng Jin Fui Wan
·         Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
·         Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
·         Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
·         Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
·         Makjun Syafiq 3 Istimewa
·         Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
·         Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
·         Eriesya Spa Beauty Cream
·         Atika Beauty Renewal Cream
·         Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
·         Ratna Sari Whitening Night Cream
·         Tia Amelia Krim Jeragat
·         Chantique Whitening Night Cream
·         RZAC White Pearl Cream
·         Nuriz Day and Night Cream
·         Elite Rias Er Cream
·         R&Z Whitening Night Cream
·         Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
·         Pigmentation Recovery Complex
·         Zara Rejuvenation Cream
·         Natasya Krim Herba Gold
·         De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
·         Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
·         Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
·         Qian Tong Dan
·         Raja Ubat Resdung
·         Coral Plus UA 350MG   KE LAMAN UTAMA

                                                                                                                                   KECELARUAN DALAM HIDUP KERANA KURANG DIDIKAN AGAMA  

                                                                                                                                                               SEDIKIT RENUNGAN BUAT SAUDARA SEAGAMA"Yang dekat dengan kita adalah kematian,yang jauh dengan kita adalah masa yang dah belalu,Yang berat adalah Memegang amanah manakala perkara yang ringan adalah meninggalkan solat lima waktu,yang besar adalah nafsu manakala yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA" Renung-renungkan maksud di atas.

AKHLAK, peribadi mulia elemen penting pembentukan sahsiah diri seorang mukmin unggul

Assalamualaikum saudara seagama mari kita perhatikan kehidupan makluk Allah yang bernama manusia yang mengakui diri mereka sebagai umat RASULULLAH SAW pada era ini.

SERING ramai menyalahkan Islam apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak baik. Mereka mendakwa Islam menindas dan menghalang pembangunan. Ada juga yang mengaitkan Islam dengan terorisme dan keganasan. Malah ada yang mengatakan sekiranya kita mengamalkan Islam maka kita tidak akan maju dan mengecapi kejayaan. Tanggapan sebegini sebenarnya hasil daripada mereka yang gagal melihat keindahan Islam kerana orang Islam yang tidak mengamalkan agama Islam sebagai sebuah tata kehidupan. Model atau ikon yang mereka peroleh bukanlah daripada kalangan orang Islam.

Sebagai sebuah tatacara yang mengawal kehidupan seharian, Islam menggariskan panduan yang lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah serta ibadah kepada Pencipta. Islam amat menekankan pembangunan modal insan yang berasaskan kepada ciri-ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ini adalah kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan khalifah yang diberi kelebihan dan kekuatan ilmu. Keunggulan peribadi manusia hendaklah disulami dengan akhlak yang mulia, ilmu pengetahuan yang berpaksikan kepada keesaan Allah dan ketakwaan kepada-Nya. Inilah sebabnya Islam mengambil berat peranan moral atau akhlak dalam pembentukan sahsiah diri. Hatta dalam soal perbezaan pendapat pun Islam telah menggariskan adab yang perlu diikuti.

Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, kita melihat umat Islam tidak menjadi contoh kepada orang lain. Umat Islam tidak memiliki akhlak yang mulia ataupun menjadi idola kepada orang lain. Lebih dahsyat lagi umat Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang kerana mereka meninggalkan agama dalam kehidupan mereka. Apa saja yang dinasabkan kepada Islam dikatakan mundur, ketinggalan zaman dan tidak sesuai.

Natijahnya, semua perkara dilihat hanya dari lensa Barat saja dan mengenepikan panduan dan syariat yang telah digariskan oleh Islam. Bagi menjadi bangsa yang kuat umat Islam perlu melengkapkan diri mereka dengan keperibadian yang unggul. Ciri keperibadian yang unggul ini pernah diperincikan oleh Hassan Al Banna.

Mengikut Hassan Al Banna, manusia ada sekurang-kurangnya 10 ciri yang jitu lagi mantap. Kesemua ciri ini saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam. Antara ciri itu ialah akidah yang bersih. Ciri ini adalah amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan yang sebenar. Dengan adanya aqidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir dari landasan syariat Islam yang betul. Ia juga suatu piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan di dalam solat.

Begitu juga ibadat yang betul menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi mulia. Ini menunjukkan ibadat itu mestilah bersumberkan nas yang betul terdiri daripada al-Quran dan sunnah serta sumber lain yang diterima oleh ulama. Ibadat dilakukan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi manifestasi pengabdian diri kepada Maha Pencipta.

Akhlak mulia juga elemen penting pembentukan sahsiah diri. Perilaku ini harus dimiliki oleh setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk tetapi juga hubungan antara makhluk dan Penciptanya. Di samping itu pula kekuatan jasmani tidak boleh diketepikan. Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama yang optimum amatlah diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah. Ini amat jelas dilihat kerana beberapa amalan di dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani juga adalah pencegahan kepada pelbagai penyakit. Kekuatan jasmani akan menjamin kecerdasan berfikir. Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh yang demikian seorang Muslim perlu memiliki wawasan yang luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui oleh orang lain.

Tekad untuk berjuang melawan nafsu juga suatu kelebihan bagi membentuk peribadi Muslim. Kesungguhan melawan hawa nafsu ini perlu disemai di dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.

Pandai menjaga waktu adalah faktor yang penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Islam mengajar perancangan waktu seperti solat di awal waktu. Solat di awal waktu ini perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan perlu dirancang mengikut waktu yang sesuai.

Kejituan diri mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya hanya boleh dilakukan sekiranya kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan, ekonomi dan sebagainya. Dengan jatidiri ini, umat Islam akan bermanfaat kepada orang lain. Ciri ini akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada orang lain. Seseorang Muslim perlu berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan juga sahabat handai.

wassalam

0 comments: