Ucapan Tahniah dan Terima Kasih buat AJK

Saya dan rakan-rakan alumni ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Makan Malam Alumni Senibina 84/85 Tahun 2008 yang telah berlangsung pada hari Sabtu 21-6-2008 lalu dengan jayanya. Tanpa usaha mereka tak mungkin kita semua dapat bertemu semula dalam suasana yang amat selesa. Terima kasih buat,

AHMAD BAKHTIAR TAPLIL

WAN ARJUNA WAN MUSTAFA

ROHANI HJ. ABDUL RAHIM

KU SURYANI KU YAACOB

MOHD ROSLI SUFII

MAH MADRASDI WAN HAMAT

MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN

DIN BAKAR

GHAZANEE GHAZALEE

NORHAYATI OMAR

usaha-usaha murni anda tetap di kenang dan semoga mendapat berkat ikatan silaturahim
dari Allah s.w.t.

11 comments:

ahmad razak June 24, 2008 at 2:04 PM

Tahniah untuk jawatankuasa malam alumni atas usaha menjayakan majlis tersebut. Terima kasih daun keladi...

Untuk berjumpa kawan lama secara berseorangan pun payah sebab semua sibuk. Jadi kalau tak datang memang rugi. Malam alumni ramai kawan2 ada. Ramai gak yang aku masih boleh ingat.

Cuma aku jer kawan2 dah confuse..mamat mana ni..? Itulah dia, aku pusing 369 darjah!!! Itulah akibat tak jumpa 24 tahun.
Semua berubah secara fizikal.

Muga tahun depan lebih ramai yang dapat datang ke malam alumni. Usaha yang zunaidi buat menjejak kawan kita 'Pok Chik' patut kita sama2 ikut. Jangan biar kawan2 kita hilang sebab mereka adalah sebahagian dari kenangan kita tahun 84-85!!

wanarjuna June 24, 2008 at 7:25 PM

aku rasa terkilan sbb tak banyak masa berborak dgn kawan2..dan aku lupa nak mohon maaf kalau masa aku dgn mail jadi mc tersilap terkasar bahasa..wa mintak maaf byk2.tahniah kepada zuraidi kerana dapat jejak pakcik..nanti kita bawak dia ke johor..walaupun dia x sempat ke johor.aku harap gathering next year lagi gempak..zalina ang the gang boleh buat yang terbaik.harap kao org semua boleh dtg sekali lagi pada 5hb julai nanti di rumah alumni utm,jalan semarak..mai jgn x mai..lagi best dpt jumpa senior sekali.satu benda lagi aku dan fauzi mungkin akan melawat dn esham di kluang johor..siapa nak ikut call aku ..k

wanarjuna June 24, 2008 at 7:30 PM

seperkara lagi..geng penang..tunggu..aku nak pi sana

wanarjuna June 24, 2008 at 7:33 PM

shukoq,kita patut ramai2 ucap terimakasih kepada rohani..dia lah yang bersemangat nak buat perjumpaan batch kita..kalau x dak dia ingat tak jadi dan x buat lansung..aku harap semoga dia dapat jemput kita bila nak buat kenduri nanti...nak tahu kenduri apa..tanya lah dia sendiri...

hani'z June 25, 2008 at 10:17 PM

hai juna... aku tahu kau akan kacau aku selagi aku tak jawab... dari mula bila kau dapat tahu.. kau dah tak sabar2 nak annouce ya.

Insyaallah aku tak lupa kawan2. tapi kau doa2 le yang terbaik untuk aku kan.

ada rezeki ada le... kau org le sahabat sejati..

aku rasa ramai kawan2 yang tak bole guess apa2 kot.apa2 pun kena tunggu green light. lampu merah kena stop dan keep silent. bak kata dato siti.."no komen" or Biar lah rahsia... kah! kah! Kah1

bak kata azwan ali... "TUNGGU..............."

shaharinHASHIM June 25, 2008 at 11:21 PM

Juna, hang ada alamt rumah DN. sbb aku selalu turun JB. manatau nak singgah pekena kopi keluang station boleh tengok2 DN.

shaharinHASHIM June 25, 2008 at 11:23 PM

APASAL TIME POSTING TAK BETUL??

BlogMaster June 26, 2008 at 9:22 AM

ayen, aku dah pebetui time, harap tak lari lagi.....

ahmad razak June 26, 2008 at 1:08 PM

Juna, bila nak mai penang?? Aku cuba kumpul geng penang terutama rocky bila hang mai. Bgtau awal kalau nak datang.

Member kita Taufik last sekali aku jumpa agak 2 tahun lalu kat Penang. Dia kerja Kastam. Sekarang ni sdg cari gak dia kalau2 masih kat sini. Muka dia dah bulat macam kita semua. Kalau korang kat airport ker yang ada pegawai kastam, tengok baik2 sb mungkin dia Taufik.

Tapi jaga2 gak takut mrk ingat kau seludup rokok kretek pulak!!! kekeke...

Zaharudin Saaya June 27, 2008 at 3:46 PM

Aslkm..
Satu pertemuan yang sangat baik sebagai permulaan dan mungkin akan bertambah baik apabila kita bertemu lagi di JB. Next time di JB mungkin boleh buat outdoor dengan bawa bersama keluarga supaya lebih meriah. Anyway taniah kepada semua yang berusaha menjayakan perjumpaan ini.Kalau dtg putrajaya jgn lupa call saya ok!

Y.azmuddin Ayob June 28, 2008 at 1:34 PM

Asslkm, Juna kalu ko gi rumah DN, sampai kan Salam..Assalamualaikum..
Aku amat simpati.. last sekali aku jumpa dia lebih kurang 1-2 tahun yang lepas kat Einstek, Senawang.. under TH Property Development.. masa tu dia ok je..