Mesyuarat ke 3

TARIKH : 10 MEI 2008
MASA : 5.00 PM
TEMPAT : RESTORAN NZ KLSC, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.

KEHADIRAN :
1. AHMAD BAKHTIAR TAPLIL PENGERUSI
2. WAN ARJUNA WAN MUSTAFA TIMB. PENGERUSI
3. ROHANI HJ.ABDUL RAHIM SETIAUSAHA
4. KU SURIYANI KU YAACOB BENDAHARI
5. MAH MADRASDI WAN HAMAT AJK( CENTRAL REGION )
6. DIN ABU BAKAR AJK ( NORTHERN REGION )
7. GHAZANEE GHAZALEE
8. NORHAYATI OMAR

TIDAK HADIR :
1. MOHD ROSLI SUFII AJK ( CENTRAL REGION )
2. MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN

Agenda 1 – Ucapan Pengerusi
Saudara Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan yang hadir untuk teh tarik session untuk kali ketiga bagi membincangkan dengan lebih lanjut dan terperinci untuk Majlis Alumni ISB 84/85 buat julung kalinya.

Beliau yakin dengan semangat dan kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada AJK, Majlis Alumni ISB ini akan dapat dilaksanakan. Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa telah diputuskan majlis tersebut akan diadakan di Kelab Darul Ehsan pada 21 Jun 2008.

Beliau berharap pengesahan kehadiran dapat dibuat sebelum atau pada 31 Mei 2008. Beliau juga berharap supaya semua AJK dapat memaklumkan dan cuba menghubungi mana-mana ahli yang masih belum membuat pengesahan tersebut secepat mungkin. Seterusnya beliau membentangkan agenda Bil 3/08, dan meminta AJK menyemak minit yang lepas serta mengesahkan minit tersebut.

PERKARA

Agenda 2- Pengesahan Minit Bil 2/08 :

Pembetulan kepada nama tersebut telah dibuat.

Sdr Ahmad Bakhtiar dilantik selaku Pengerusi Tetap untuk Majlis Makan Malam ISB 84/85 tersebut begitu juga dengan semua AJK yang dilantik.

Berhubung dengan website, Sdri Norhayati Omar memaklumkan bahawa website tersebut telah aktif dan beliau berharap semua ahli boleh melayari http://groups.yahoo.com/group/arkitekno/ Beliau juga memaklumkan bahawa semua aktiviti boleh dimasukkan di dalam website tersebut supaya semua ahli di seluruh Malaysia dapat mengikuti perkembangan terkini aktiviti untuk Majlis Makan Malam ISB 84/85.

Seterusnya minit mesyuarat Bil 2/08 disahkan dan disokong sebulat suara tanpa bantahan.

Agenda 3-Perbincangan Program :

3.1 Akaun Bank :

Bendahari telah memaklumkan bahawa akaun bersama telah dibuka bersama dengan setiausaha. No akaun adalah di atas nama Rohani Abdul Rahim dan Ku Suriyani Ku Yaacob : CIMB- 14340000974208 Bayaran RM 50.00 setiap orang.

Setiausaha juga memaklumkan bahawa no akaun tersebut telah dimaklumkan melalui sms dan juga email kepada semua ahli.

3.2 Pengesahan kehadiran dan pembayaran

Setiausaha mengesahkan bahawa sehingga kini seramai 30 orang telah membuat pengesahan kehadiran. Terdapat juga ahli yang mengesahkan tidak dapat hadir pada malam iaitu : sdri Muntamah, Alamah, Aiza, dan Zunaini serta sdr Julastri, Fikri dan Ridzwan Jalinus. Bendahari juga memaklumkan bahawa ada ahli yang telah membuat pembayaran melalui akaun tersebut.

PERKARA

3.3 Aktiviti Alumni Nite :

Sebagaimana yang pernah dibincangkan sebelum ini terdapat beberapa cadangan untuk malam tersebut seperti berikut :
- Buku Cenderamata
- Door Gift
- Karaoke

Semua AJK bersetuju perlu melantik AJK kecik bagi memastikan kelancaran perjalanan kerja-kerja yang perlu dibuat.

a) Buku cenderamata:

Sdri Norhayati diminta menyediakan buku cenderamata. Di dalam buku cenderamata perlu dimasukkan aturcara majlis, senarai nama dan gambar AJK, senarai nama dan contact semua ahli. Setiausaha dikehendaki ’update’ data-data dan senarai nama ahli. Ini bertujuan untuk mengeratkan silatulahim sesama ahli. Berikut adalah aturcara majlis :

ATURCARA :

7.30 - 8.00mlm : pendaftaran dan ketibaan jemputan.
8.00 mlm : Ucapan alu-aluan oleh Timb Pengerusi
8.05 mlm : Ucapan Pengerusi
8.15 mlm : Jamuan makan
8.45 -11.30mlm: Persembahan bermula :
- slide show presented by Ghazanee Dan Rasdi
- bermain gitar dan menyanyi by Goh
- Jamming Unpluged by Hisham, Juna
- Persembahan spontan- Jamalee dan Wan Bazli
- Perbincangan ringkas
11.30mlm : Bersurai

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi akan mendapatkan maklumbalas daripada ahli yang membuat persembahan. AJK sebulat suara bersetuju persembahan karaoke dikeluarkan dari agenda untuk aktiviti malam tersebut, memandangkan bajet yang agak terhad.
PERKARA

b) Buku cenderamata & Buku kedatangan:

Sdri Norhayati diminta menyediakan draf buku cenderamata. Perlu dimasukkan aturcara majlis, senarai nama serta gambar AJK Malam Alumni ISB 84/85 bil 1 dan juga senarai nama dan contact semua ahli bagi mengeratkan silatulrahim sesama ahli. Selain dari itu, perlu menyediakan buku sketch sebagai buku kedatangan.

c) Door Gift :

Timbalan Pengerusi dan Sdr Ismail diminta membuat survey harga untuk ’door gift’. Dicadangkan ’name card holder’, mug atau yang seumpamanya dijadikan sebagai cenderahati kenangan. Perlu dimasukkan tag seperti berikut :
Malam Alumni ISB 84/85 Bil 1
21 Jun 2008
Kelab Darul Ehsan

Hal-hal lain :

4.1 Sebagaimana yang sediamaklum lokasi untuk Majlis Makan Malam Alumni ISB 84/85 Bil 1, akan diadakan di Kelab Darul Ehsan ( KDE ) seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu.
Masa : 7.30pm hingga 11.30pm.
Venue Hall’ : Dewan Melati.
Dress code : Smart Casual.

4.2 Penyediaan makan minum adalah berbentuk buffet. Majlis makan malam akan diadakan dalam konsep santai.

4.3 Setiausaha memaklumkan bahawa pihak KDE boleh menyediakan ’backdrop’ secara percuma bagi backdrop yang tidak melebihi 50 huruf. Walau bagaimanapun caj sebanyak RM 0.50 akan dikenakan bagi setiap huruf tambahan.

’Design’ hendaklah dikemukakan sekurang-kurang 7 hari sebelum Majlis tersebut. Sdr Din Abu Bakar diminta membantu Timbalan Pengerusi bagi penyediaan ’design’ tersebut.

4.4 ‘Banner’ untuk diletakkan di ‘main entrance’ KDE akan ditaja oleh Timb Pengerusi.

4.5 Bagi tugasan penyediaan ‘slide show’ akan dibuat oleh Sdr Ghazanee dan Rasdi. Beliau meminta mana-mana ahli yang masih menyimpan gambar-gambar semasa pengajian hendaklah di ‘scan’ dan di ‘email’kan kepada beliau secepat mungkin atau selewat-lewatnya pada 31
Mei 2008.

4.6 Timb. Pengerusi juga memaklumkan bahawa sdri Helen akan ‘scan’ gambar-gambar dalam simpanan beliau.

4.7 Timb. Pengerusi memaklumkan Malam Alumni PSUTM akan diadakan pada 5 Julai 2008 bertempat di UTM, Kampus Jalan Semarak. Senarai nama ahli telah diserahkan kepada Sdr Mohd Kamaluddin Adam.

4.8 ‘Teh Tarik Session’ Bil 4/08 akan diadakan pada ketentuan seperti berikut :
Tarikh : 23 Mei 2008 ( Jumaat )
Masa : 9.00 malam
Tempat : NZ Restoran, KLSC, Wangsa Maju.

Agenda 5 : Ucapan Penangguhan

Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan berharap kerja sama semua pihak secara berterusan dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan.
Mesyuarat ditangguhkan jam 7.15 malam.

4 comments:

Yatte Omar May 22, 2008 at 3:40 AM

Shukor, yang kau paste tu email groups. Ini link yang sebetulnya. http://groups.yahoo.com/group/arkitekno/

If don mind.. pls update. Tq.

BlogMaster May 22, 2008 at 5:38 PM

Yati, saya cuma copy dan paste dari minit mesyuarat yang di hantar oleh Hani.
btw, saya akan update address yang baru ini.

Anonymous May 28, 2008 at 9:33 AM

Shukor,

Kenapa tukar wajah. Hari tu lagi ok tak... senang baca.. esp kami2 ni yang dah mula rabun.. he he he.

BlogMaster May 30, 2008 at 9:58 AM

yang dulu tu template standard blogspot, jadi saja nak ubah design sikit, nanti jemu lah pulak.