Mesyuarat Kedua

TARIKH : 19 APRIL 2008
MASA : 5.00 PM
TEMPAT : RESTORAN NZ KLSC, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.


KEHADIRAN :
1. AHMAD BAKHTIAR TAPLIL - PENGERUSI
2. WAN ARJUNA WAN MUSTAFA - TIMB. PENGERUSI
3. ROHANI HJ.ABDUL RAHIM - SETIAUSAHA
4. KU SURIYANI KU YAACOB - BENDAHARI
5. MOHD ROSLI SUFII - AJK ( CENTRAL REGION )
6. MAH MADRASDI WAN HAMAT - AJK( CENTRAL REGION )
7. MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN
8. DIN ABU BAKAR - AJK ( NORTHERN REGION )
9. GHAZANEE GHAZALEE


Agenda 1 – Ucapan Pengerusi

Saudara Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan yang hadir ke Mesyuarat Majlis Alumni ISB 84/85 Bil 2/08 atau dikenali dengan nama ’Teh Tarik Session’.

Beliau yakin dengan semangat dan kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada AJK, Majlis Alumni ini akan dapat dilaksanakan. Tujuan perjumpaan ini adalah bagi membincang perkara-perkara penting terutama bagi penetapan tarikh, masa dan tempat untuk menjayakan Majlis Makan Malam Alumni ISB UTM Bil 1. Selain dari itu beliau berharap pengesahan kehadiran ahli dapat dibuat dalam tempoh seminggu dari tarikh mesyuarat bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan seterusnya. Tanpa melengahkan masa, beliau membentangkan agenda Bil 2/08, dan meminta AJK menyemak minit yang lepas serta mengesahkan minit tersebut.

Agenda 2- Pengesahan Minit Bil 1/08 :

Sebelum minit mesyuarat Majlis Alumni ISB 84/85 disahkan, Sdr Wan Arjuna, selaku Timbalan Pengerusi meminta dibuat pembetulan kepada ejaan nama “Ku Suryani“ kepada “Ku Suriyani“.

Seterusnya merujuk kepada agenda 1- TP memaklumkan bahawa sdr Ahmad Bakhtiar dilantik selaku Pengerusi
Tetap dan bukan Pengerusi sementara, begitu juga dengan semua AJK yang dilantik adalah kekal sehingga sekiranya terdapat cadangan baru dibuat selepas Majlis Makan Malam tersebut.

Merujuk kepada agenda 2- berkaitan dengan website, Pengerusi dan Timb. Pengerusi, berharap perkara tersebut perlu dipercepatkan bagi memberi kemudahan kepada setiap ahli untuk mengikuti perkembangan lanjut dan terkini berhubung dengan aktiviti yang dijalankan.

Sdri Rohani ( S.U ) memaklumkan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Sdri Norhayati Omar. Walau bagaimanapun sdr Rosli sedia membantu dalam hal tersebut bg memudahkan semua ahli berhubung kelak.

Berkaitan dengan perlantikan AJK perlu dikekal sehingga selesai Majlis Makan Malam tersebut. Pengerusi telah mendapat maklumbalas dari sdr Jamalee ( wakil eastern region ), bahawa beliau agak sibuk. Dengan itu dicadangkan sdr Zunaidi dilantik untuk membantu beliau.

Seterusnya minit mesyuarat Bil 1/08 disahkan dan disokong sebulat suara tanpa bantahan.


Agenda 3-Perbincangan Program :

3.1 Akaun Bank :

Untuk memudahkan pembayaran tersebut, Pengerusimencadangkan supaya perlu dibuka akaun bersama. Beliau meminta, supaya Bendahari dan Setiausaha membuka akaun bersama secepat mungkin.

3.2 ”Quotation” ( tempat/function-Dinner or Hi-Tea )

Setiausaha telah mengemukakan 7 ”quotation” iaitu :
a. Hote Holiday Villa
b. Hotel Flamingo
c. Hotel De Palma
d. Hotel Swiss Garden
e. Intekma Resort & Convention Center
f. Kelab Darul Ehsan ( KDE ),Ampang
g. D’Saji Felda Villa

Mesyuarat bersetuju memilih Kelab Darul Ehsan ( KDE ), untuk Majlis Makan Malam Alumni ISB 84/85 Bil 1, itu nanti. Ini adalah berdasarkan bajet, kemudahan tempat letak kereta yang disediakan, hotel berhampiran dan lain-lain kemudahan yang disediakan. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu.
Masa : 7.30pm hingga 11.30pm.
Venue Hall’ : akan dimaklumkan kemudian.
Dress code : Smart Casual.

Penyediaan makan minum adalah berbentuk buffet. Majlis makan malam akan diadakan dalam konsep santai. Dengan ini ianya memberi peluang kepada semua ahli untuk beramah mesra sesama sendiri.

3.3 Pengesahan Kehadiran :

Mesyuarat bersetuju supaya pengesahan kehadiran dibuat selewat-lewatnya pada 4 Mei 2008 dan pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada 11 Mei 2008. Ini adalah kerana pembayaran 50% kepada KDE perlu dibuat pada minggu tersebut.

3.4 Website/ promosi-demo/brief by Sdri Yati Omar :

Tidak dapat dibuat memandangkan Sdri Yati tidak hadir. Pengerusi meminta supaya promosi dan website perlu dibuat dengan segera memandangkan ianya bertujuan untuk kemudahan setiap ahli mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan aktiviti dan perkembangan lanjut Majlis Makan Malam Alumni tersebut. Sdr Rosli diminta untuk membantu dalam perkara tersebut.


Agenda 4- Hal-hal lain ( Laporan Wakil Region )

Pengerusi memaklumkan terdapat cadangan dan maklum balas yang diterima dari wakil region supaya kehadiran dibuka juga kepada pasangan.

Pembayaran untuk setiap orang adalah RM 50.00. Pengerusi dan Timb. Pengerusi meminta Bendahari dan Setiausaha membuka akaun bersama dengan segera bagi memudahkan pembayaran dibuat.

Sdr Rosli mencadangkan supaya menyediakan ’door gift’ pada semua yang hadir sebagai kenangan.

Timb. Pengerusi menyatakan cadangan tersebut boleh dipertimbangkan, walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada bajet.

Setiausaha memaklumkan caj tambahan akan dikenakan untuk ’backdrop’ . Walau bagaimana ‘p.a system’ berserta ‘rostrum’ disediakan oleh pihak KDE.

Timb. Pengerusi mencadangkan supaya menyediakan ‘bunting sahaja. Ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa. Walau bagaimanapun beliau akan menyemak dari segi harga.

Bendahari diminta menyediakan anggaran bajet untuk keperluan malam tersebut seperti : penyediaan ‘bunting’, karoke set atau lain-lain yang difikirkan perlu sebelum diputuskan dalam “ Next Teh Tarik Session “.

‘Teh Tarik Session’ akan diadakan pada 10 Mei 2008 bersamaan hari Sabtu pada jam 5.00 ptg. Tempat akan dimaklumkan kemudian.


Agenda 5 : Ucapan Penangguhan

Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan berharap kerja sama semua pihak secara berterusan dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 7.15 malam.

1 comments:

BlogMaster May 4, 2008 at 6:33 AM
This comment has been removed by the author.