Mesyuarat Pertama

Satu mesyuarat pertama telah diadakan untuk menyatusemula bekas pelajar pada,

TARIKH : 4 APRIL 2008
MASA : 9.00 PM
TEMPAT : RESTORAN NZ KLSC, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.


KEHADIRAN :
1. AHMAD BAKHTIAR TAPLIL - PENGERUSI
2. WAN ARJUNA WAN MUSTAFA - TIMB. PENGERUSI
3. ROHANI HJ.ABDUL RAHIM - SETIAUSAHA
4. KU SURYANI KU YAACOB - BENDAHARI
5. MOHD ROSLI SUFII AJK - (CENTRE REGION)
6. MAH MADRASDI WAN HAMAT AJK - (CENTRE REGION)
7. MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN
8. DIN ABU BAKAR AJK - (NORTHERN REGION)
9. GHAZANEE GHAZALEE


Agenda 1 – Ucapan Pengerusi Sementara

Ahli yang hadir sebulat suara melantik saudara Ahmad Bakhtiar selaku Pengerusi Sementara.

Saudara Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan yang hadir ke Mesyuara (Pro-Temp) Majlis Alumni ISB 84/85 Bil1/08, memandangkan semua ahli sibuk dengan tugas masing-masing.

Beliau memaklumkan bahawa tujuan utama mesyuarat adalah bagi membincangkan Majlis Alumni yang julung kali akan diadakan dan melibatkan secara keseluruhan bekas pelajar Intergrasi Senibina ( ISB ) Sesi 84/85 Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ). Beliau sangat berharap agar majlis ini dapatdilaksanakan dalam tempoh 2 bulan dari sekarang. Beliau berharap Majlis tersebut sebagai langkah pertama dan ianya akan berterusan dengan skop dan matlamat yang lebih jauh pada masa akan datang dapat dilaksanakan.
Bagi menjayakan program tersebut, Ahli Jawatan Kuasa perlu dilantik bagi memastikan segala kerja-kerja dapat dibuat dengan lancar.

Beliau berharap walaupun selepas program ini dilaksanakan, mesyuarat atau perjumpaan ( Teh Tarik Session ) boleh di adakan sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengeratkan silatulrahim disamping merancang untuk program-program pada masa akan datang seperti mengadakan perlawanan futsal, bowling, family day dan sebagainya.


Agenda 2-Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa

Bagi memastikan program tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar, Ahli Jawatan Kuasa Sementara telah dilantik seperti berikut :

Pengerusi : Saudara Ahmad Bakhtiar Taplil
Timb. Pengerusi : Saudara Wan Arjuna Wan Mustafa
Setiausaha : Saudari Rohani Hj Abdul Rahim
Bendahari : Saudari Ku Suryani Ku Yaacob
AJK : Saudari Norhayati Omar ( I.T/ Promosi )
: Saudara Din Abu Bakar & Saudara Ahmad
Abdul Razak ( Northern Region )
: Saudara Mah Madrasdi Wan Hamat,
Saudara Rosli Sufii & Saudara Wan Arjuna
( Centre Region )
: Saudari Raalah Mohammad ( Southern
Region )
: Saudara Jamalee Mansor ( Eastern
Region )
: Saudari Enick Kiron & Saudari Helen Paul
( Sabah & Sarawak )

Walau bagaimanapun saudara pengerusi berharap lebih ramai bekas pelajar ISB 84/85 UTM terlibat bagi menjayakan Majlis Alumni ISB 84/85 Bil 1 serta program-program pada masa akan datang. Segala idea dan cadangan dari mana-mana ahli amatlah dialu-alukan. Semua bekas pelajar ISB 84/85 adalah secara automatik menjadi ahli.
Agenda 3-Perbincangan Program :

Seterusnya Saudara Bakhtiar mempengerusikan mesyuarat Majlis Alumni ISB 84/85 UTM Bil 1/08.

3.1 Perhubungan Awam/ Laman Web/ Promosi/ Wakil region :

Bagi memastikan program dapat berjalan lancar, Saudari Norhayati Omar akan mengendalikan laman web. Ini akan memudahkan semua ahli dapat membuat
pendaftaran serta dapat mengikuti perkembangan lanjut dari masa ke semasa. Pelancaran tersebut akan diuar-uarkan kelak.

Wakil-wakil region juga dilantik bagi memudahkan pengumpulan dan penyebaran maklumat kepada ahli-ahli di kawasan tersebut dari segi maklum balas ahli-ahli di kawasan masing-masing. Setakat ini terdapat seramai 85 orang ahli yang telah disenaraikan. Adalah menjadi tanggungjawab wakil region menghubungi dan
memaklumkan setiap perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat serta mendapat maklum balas dari ahli.

a. Northern – Perlis, P.Pinang & Perak
b. Centre – Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan & Melaka
c. Southern – Johor & Singapura
d. Eastern – Kelantan, Terengganu & Pahang
e. Sabah & Sarawak


3.2 Penetapan Tarikh, Masa & Tempat :

Pengerusi mencadangkan Majlis tersebut diadakan 2 minggu selepas cuti sekolah iaitu pada 21 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu, dan telah dipersetuju semua ahli.
Bagi tempat dan masa akan ditentukan kemudian. Setiausaha akan cuba dapatkan beberapa quotation dari Hotel-hotel ataupun rumah kelab di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Setakat ini mesyuarat masih belum memutuskan samada Untuk mengadakan Majlis Makan Malam ataupun H-Tea Tertakluk kepada bajet dan juga kesesuaian tempat.

Mesyuarat sebulat suara bersetuju penyertaan hanya kepada ahli sahaja.


3.3 Sumber Kewangan :

Memandangkan perlantikan AJK adalah secara tidak formal dan hanya semata-mata bagi menjaya program Majlis Alumni sahaja, yuran tidak perlu dikutip buat masa ini dan pengerusi mencadangkan supaya setiap ahli membayar sebanyak RM 50.00 dahulu untuk Majlis Alumni tersebut.

Timbalan Pengerusi mencadangkan akaun bersama dibuka bagi memudahkan ahli membuat pembayaran dan telah dipersetujui dalam mesyuarat. Bendahari perlu
membuka akaun bersama.


Agenda 4 : Hal-hal lain :

Timb. Pengerusi mencadangkan supaya mesyuarat bersekali dengan
‘teh tarik session’ diadakan pada 19 April 2008 ( Sabtu ) pada pukul 5.00 – 7.00 petang bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai ahli terutamanya kaum wanita.

Saudara Rosli mencadangkan agar setiap ahli menghantar email berserta gambar bagi memudahkan dikenali memandangkan lebih 20 tahun tidak berjumpa.

0 comments: