Siapa ada guna YM

Hari ni aku ada dapat reply Yahoo Messenger, dari rosli sufi, rasa seronok sebab lama betul aku tak jumpa rosli sufi ni. dapat chat pun tak apa lah. nampaknya ada juga yang mengikuti pasal internet ni. aku ingat depa dah tak ambil tau. itu pun rosli sorang yang reply. macamana yang lain tak dengar berita pun ?????

3 comments:

BlogMaster May 11, 2008 at 9:58 AM

tak ada kah yang lain menggunakan YM ni?

ahmad razak May 13, 2008 at 11:28 AM

dah lama tak dengar berita dari kawan2 lama.Selain dari Ucop dan Rock yang selalu jumpa, member2 mcm amani walau keja di penang tapi dah lama tak jumpa walau selalu call. Woi!!! amani nak p sg pahang lagi kaa??? Aku teringat member kita yang namanya tak ada iaitu Chandran budak melaka. Mana pegi hilangnya kawan2 kita. Muga mlm alumni ni semua dapat jumpa semula. kita boleh tengok kawan2 dulu yang pakai seluar saiz 24 dh terbalik ke saiz 42. Kalau dulu rambut lebat sampai malas nak sikat , sekarang dok belek rambut untuk disikat. Kalau dulu slim, sekarang kalau pakai t-shirt Chicago Bull, kepala lembu nampak 3dimensi!!! Itulah perjalanan masa. Tapi yang hebatnya, kita ni sentiasa terasa muda seolah kita masih kekal pada wajah-wajah tahun 1984. Masa terhenti kerana banyak kenangan yang telah kita himpunkan. Hanya fizikal yang berubah, minda dan semangat akan sentiasa muda. Waktu aku pegi Sabah jumpa Neil Bakry. Stail sama..tone pun sama gak mcm dulu. Enick tak sempat jumpa sebab sibuk dengan pesta keamaatan waktu 2. Cuma sempat cakap kat hp je. nak jumpa Kwan tak dapat contact. Harap lepas ni ramai yang join blog ni supaya kita boleh sama2 kongsi pengalaman. Jumpa lagi!!!

Anonymous May 21, 2008 at 5:43 PM

Hi.. memang lama tak dengar berita. Aku (guna AKU lah ehh.. lebih mesra gitu) sekarang ni di JKR, bersama Hisham Ali, Haslina dan Ani Ali. Tapi paling sukar nak jumpa Ani Ali lah.

Hisham (yang dulu musuh ketat aku.. he he he.. sekarang tak lagi kan Hisham?) selalulah aku jumpa sebab sama cawangan. Lin sekali sekala.. tapi kami selalu call.

Kalau nak YM.. aku selalu online guna id maizana_imran