TG Dato Dr HARUN DIN TUMPASKAN MUBALIGH ANGKUH


by Syed Khaizan
Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja.
Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat. Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .
Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung.Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut.
Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalambahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.
Sedang asyik mengikuti perbincang?an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentakapabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?
Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak
diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber?jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan
kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.
Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk
bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang
bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.
Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.
Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut,kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta
kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.
Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih
menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.
Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama- kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.
Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.
Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; ” Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
” Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh,sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh
Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.
Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.
Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.
Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”
“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi
penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.
“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebatdengan beliau,” jelasnya.
Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.
“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab?kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.
“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan
agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.
“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.
Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.
Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada
saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.
“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.
“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,” ujarnya bersungguh?sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.
catitan :
Benarlah bahawa Hidayah Allah hanya untuk hamba yang dikehendaki-NYA sahaja. Selagi hayat dikandung badan, kita mesti hapuskan gerakan mengkristiankan umat Islam di Malaysia. Semakin lambat kita bertindak, ditakuti bilangan orang murtad ini akan bertambah. Bertindaklah, walau dengan apa jua sekalipun, paling tidak kita doakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam dari fitnah Kristian ini selepas solat fardhu. Apa yang paling saya kesalkan bahawa isu
ini dipandang sepi oleh sesetengah pihak dan kita tidak boleh lagi menuding jari serta mengharapkan kepada kerajaan, JAKIM Jabatan Agama Negeri dan sebagainya, Syiar Islam itu diamanahkan kepada setiap individu Islam dan bukannya kepada kerajaan atau mana-mana pertubuhan sekalipun.
Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita.Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang
beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi,pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi.
Kenapa mereka ini di gam?
Disekat terus menerus?
Mengapa?

UTUSAN ONLINE(05/01/2007)

DALAM NEGERI

PERAK JADIKAN NIRA NIPAH (ETHANOL) SUMBER KEKAYAAN BARU

TAIPING 4 Jan. – Perak akan menjadikan projek nira nipah bagi menghasilkan Etanol sebagai satu lagi sumber kekayaan baru kepada negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, ini kerana projek biofuel ini akan memberikan sumber pendapatan baru kepada negeri ini apabila kilang penapisan nira nipah pertama untuk dijadikan Etanol dijangka siap.



Katanya, melalui projek biofuel ini akan menghasilkan punca hasil baru sebanyak RM324 juta setahun.(10 % daripada pendapatan kasar dari pemaju.)
Beliau berkata, bagi merealisasikannya, kerajaan negeri telah mengenal pasti seluas 25,000 hektar pokok nipah yang hidup liar di sepanjang pantai di negeri ini menghasilkan nira nipah bagi tujuan pengeluaran Etanol.
‘‘Kita juga bersetuju untuk merezabkan tanah seluas 1,000 hektar di Bagan Datuh yang ditanam kelapa sebelum ini untuk ditanam dengan pokok nipah kerana kawasan ini selalu banjir dan sesuai untuk ditanam nipah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek biofuel negara berasaskan Ethanol di Tapak Gerbang Trong, Taiping di sini, hari ini.
Buat permulaan, pemaju projek Etanol, Pioneer Bio Industries Sdn. Bhd. (PBIC)
akan melabur sebanyak RM1.4 bilion untuk membina kilang penapisan nira nipah untuk dijadikan Etanol di Trong, di sini.
Katanya, buat permulaan kerajaan negeri akan mengenal pasti nipah-nipah yang tumbuh meliar di sepanjang pantai negeri ini supaya diuruskan secara komersial.
Sebelum ini, Menteri Besar mengumumkan bahawa Perak bakal menjadi pengeluar Etanol pertama di dunia daripada nira nipah apabila loji pemprosesannya dibina menjelang pertengahan tahun depan.
Etanol dari pokok nipah ini telah terbukti sebagai bahan terpenting dalam penghasilan bio-petrol dan ia akan diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan serta berpotensi untuk pasaran dunia.
Perak kini mempunyai sebanyak 35,000 hektar pokok nipah yang tumbuh di sepanjang pantai negeri ini dan ia mampu menghasilkan Etanol bermutu tinggi.
Pelancaran tapak loji pertama Etanol ini bakal dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, April ini.
‘‘Kita mungkin menjadi pengeluar utama Etanol dunia jika mempunyai kawasan nipah seluas lebih 100,000 hektar.
‘‘Jika ini benar-benar berlaku dan projek ini menjadi kenyataan kemungkinan Perak akan menjadi negeri pertama menghapuskan kemiskinan melalui projek Etanol ini,” katanya.

Bangunan penting UTM wajar dipulihara, tak perlu diroboh

Tahniah atas pembangunan dan kemajuan yang dicapai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam mengungguli pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi dengan mengeluarkan ramai graduan dan ahli teknokrat negara.

Dengan terlaksananya satu lagi projek menaik taraf dan infrastruktur Kampus Kota yang kini akan dikenali sebagai Kampus Antarabangsa, ia akan lebih memacukan penghasilan ahli profesional terlatih khususnya bagi anak tempatan dan juga kedatangan penuntut luar negara.

Kampus Kota (City Campus) UTM yang ada sekarang adalah kompleks bangunan Maktab Teknik yang dibangunkan pada 1952. Pada 1960, Maktab Teknik menyelaraskan kursus bagi membolehkan pelajarnya menduduki peperiksaan iktisas kejuruteraan untuk Kejuru-teraan Awam, Elektrik dan Mekanikal dari United Kingdom.
Berikutan perkembangan kurikulum yang pesat, Maktab Teknik ini diperakui Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi sebagai Institut Teknologi pada 1969, yang kemudiannya dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan dan seterusnya diberi taraf sebagai sebuah universiti pada 1972.

Ia ditukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1 April 1975, iaitu universiti kelima ditubuhkan di Malaysia.

Seperti lazimnya, apabila sesuatu pembangunan baru dicadangkan, maka jalan mudah bagi merealisasikannya ialah dengan merobohkan bangunan sedia ada yang dikira tidak lagi sesuai dengan tuntutan kehendak kepenggunaan dan keadaan semasa.
Perkara sebegini juga tidak terkecuali berlaku pada pembangunan baru Kampus UTM di Jalan Semarak. Sebagai seorang bekas pelajar jurusan seni bina UTM dan pernah berada di kampus ini pada era 1980-an, saya berasa kecewa kerana pendekatan pemuliharaan beberapa bangunan penting yang mempunyai nilai sejarah tertubuhnya universiti ini tidak diambil perhatian.

Pihak berwajib sepatutnya lebih peka dan sensitif dalam memulihara bangunan yang menjadi nilai sejarah universiti dengan mengubah fungsi kegunaannya agar ia terpelihara dan menjadi mercu tanda tertubuhnya UTM itu sendiri.

Sebagai contoh, bangunan Muzium Elektrik yang dirasmikan pembukaannya pada sesi 1982/1983 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu simbol pencapaian universiti dalam bidang teknologi mahupun dari segi binaan dan juga fungsinya pada ketika itu.

Muzium ini dibina untuk menjadi pusat rujukan maklumat kemajuan teknologi kepada masyarakat pelajar khususnya bagi memupuk minat di dalam bidang sains dan teknologi. Dari segi kecemerlangan seni bina pula, bangunan ini menterjemahkan ciri-ciri seni bina tropika moden dalam mengadaptasikan kesesuaian iklim persekitaran dengan binaan bumbung lebar memayungi ruang bangunan di bawahnya.
Terjemahan ciri-ciri anjung pada ruang legar utamanya antara bangunan muzium dan auditorium mini adalah ruang interaksi yang amat berjaya sebagai ruang sosial pelajar ketika itu. Sistem pembinaan IBS (Industrialised Building System) tampak jelas pada penggunaan blok konkrit lopong pada binaan dinding bangunan muzium dan auditorium serta menjadi identiti bagi bangunan itu.

Penggunaan blok konkrit lopong ini juga membentuk satu penerimaan baru dalam masyarakat bahawa ia bukanlah hanya digunakan pada pembinaan rumah kos rendah semata-mata tetapi juga pada bangunan awam seperti muzium ini .

Lebih istimewanya lagi, bangunan ini adalah hasil reka bentuk bekas graduan seni bina UTM 1979 yang pada masa itu menjadi pensyarah di Jabatan Seni Bina UTM, Allahyarham Sulaiman Sharif.

Seni bina yang terperinci ini menjadi ikon kepada pelajar ketika itu termasuklah diri saya sebagai seorang pelajar di bawah pengawasan beliau.

Ini contoh terbaik yang dapat kita lihat kepentingan nilai sejarah dan warisannya yang patut kita kekalkan. Bangunan yang membawa gaya tropika moden dalam seni bina Malaysia ini adalah wajar untuk berdiri kukuh dalam membuktikan keunggulan Jabatan Seni bina UTM itu sendiri dan Universiti Teknologi Malaysia khasnya .

Sebagai arkitek profesional, saya berpendapat bangunan ini dapat diubah fungsi kegunaannya menjadi Bangunan Pusat Pelajar atau Bangunan Alumni UTM Kuala Lumpur. Ia juga boleh dikekalkan sebagai bangunan muzium iaitu Muzium Seni bina yang dapat mempamerkan karya seni bina Malaysia khususnya yang dihasilkan oleh firma arkitek tempatan yang terdiri daripada graduan seni bina UTM itu sendiri.

Saya ingin memohon jasa baik Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang, yang juga bekas graduan UTM agar dapat meneliti perkara ini dan memastikan sesuatu pembangunan itu dilaksanakan bertepatan dengan kecemerlangan ilmu yang kita pelajari.

Ar. MOHD KAMALUDIN ADAM,
Timbalan Pengerusi
SIG- Senibina Alumni UTM (2008-2009).

MINIT MESYUARAT 2 - (21-3-2009)

ALUMNI ISB 84/85
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh : 21 Mac 2009
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, 2 Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor

Kehadiran :
1. En. Abdul Wahab Basiran (AJK Grafik)
2. En. Kaharuddin Mohamed Sharif (AJK Grafik)
3. Pn. Norhayati Abdul Rahman (AJK Penginapan & Aktiviti)
4. Pn. Ra’alah Mohamad (AJK Penginapan & Aktiviti)
5. Mr. Yap Kern Ling (AJK Sponsor)
6. En. Zairul Hisham Baharudin (AJK Penginapan & Aktiviti)
7. En. Zakaria Mohammad (AJK Grafik)
8. Pn. Zalina Ismail (Pengerusi)
9. En. Zulkifli Aziz (AJK Grafik)


1.0 Pendahuluan

1.1
Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli AJK zon selatan dan mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat 1 diikuti perbentangan kerja oleh setiap AJK kecil.
- Makluman

1.2
Minit mesyuarat 1 di terima dengan sedikit penambahan/pembetulan seperti berikut:-
Perkara 4.2 (minit mesyuarat 1)
AJK penginapan dan aktiviti - ditambah ahli (Pn. Norhayati Abdul Rahman)
AJk Grafik – ditambah ahli (En. Zulkifli Aziz)
- Makluman

2.0 AJK Penginapan dan Aktiviti

2.1
Pn. Ra’alah membentangkan hasil dari mesyuarat AJK Penginapan dan Aktiviti pada 19/3/09, diputuskan bahawa 2 resort sahaja yang terpilih untuk dianjurkan majlis alumni ISB 84/98 2009 iaitu Pulai Springs Resort dan Sofitel.
- Makluman

2.2
Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

2.2.1
Bilik Penginapan yang mencukupi untuk seramai 50 – 60 keluarga.
2.2.2
Mempunyai ruang aktiviti dalaman dan luaran yang boleh menampung majlis yang berkonsepkan hari keluarga.
2.2.3
Kemudahan untuk menyokong aktiviti yang dicadangkan – rekreasi, telematch dan majlis makan malam
- Makluman

2.3
Setelah perbandingan terperinci dibuat, Pulai Springs Resort dipilih kerana:
i) Ianya menyediakan 4x makan lebih (4 extra meals) berbanding Sofitel.
ii) Tempat persekitaran yang lebih kondusif.
- Makluman

2.4
Budget awalan untuk majlis alumni berkonsep keluarga di PS adalah seperti berikut:-
i) RM450++/org (3 hari 2 Malam)
ii) RM250++/org (2 hari 1 malam)
- Makluman

2.5
Pihak AJK memilih untuk aturcara 3 hari 2 malam berdasarkan kriteria berikut:
i) ahli yang datang dari jauh dapat beristirehat lebih lama
ii) lebih masa dapat diluangkan untuk beramah mesra
iii) aturcara majlis lebih sempurna
- Makluman

2.6
En. Zairul mengutarakan keperluan untuk diedarkan borang soal selidik bagi menentukan perkara-perkara berikut:

i) Samada alumni untuk ahli sahaja atau beserta keluarga
ii) Bulan/masa yang sesuai untuk diadakan majlis alumni.
iii) Tempoh majlis diadakan samada 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam
iv) Kehadiran ahli samada berminat atau tidak.
- AJK penginapan/Aktiviti (Pn. Ra’alah)

2.7
En. Kaharuddin mencadangkan agar perkara-perkara berikut dapat diperhatikan untuk mengurangkan kos perbelanjaan:-
i) Tinggal di luar Resort (Cuma guna kemudahan yang disediakan – ruang, telematch, makan)
i)Makan disediakan oleh pihak luar seperti catering dewan alumni UTM
- AJK penginapan/Aktiviti

2.8
Pn. Zalina mencadangkan agar ‘cut cost exercise’ dapat dijalankan bagi semua AJK serta kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Resort dapat disenaraikan dalam borang soal selidik.
- AJK penginapan/Aktiviti

2.9
En. Zairul akan membuat senarai nama ahli alumni mengikut zon bagi tujuan pemantauan penyampaian maklumat dan sebagainya.
- Setiausaha (En. Zairul)

3.0 AJK Sponsor

3.1
Mr. Yap menyatakan bahawa nama-nama ahli korporat serta yang memegang jawatan dalam badan kerajaan beserta dengan jawatan masing-masing adalah diperlukan bagi menunjukkan kekuatan ahli alumni kepada sponsor/penderma yang berpotensi.
- Setiausaha (En. Zairul)

3.2
Antara matlamat yang perlu dicapai bagi pihak sponsor adalah untuk menampung perbelanjaan seperti berikut:
i) Cenderahati ‘doorgift’ bagi ahli dan anak-anak.
ii) Penyediaan bas ke UTM (5 bas)
iii) Penajaan makan malam serta cenderahati bagi pensyarah yang dijemput (10 x)
iv) Perbelanjaan bagi penyediaan banner, bunting, buku cenderahati serta
v) Hadiah telematch (21 x) AJK Sponsor (Mr. Yap)

4.0 AJK Grafik

4.1
Logo – En Zulkifli, En. Zakaria, En. Kaharuddin dan En. Wahab dari Pihak AJK grafik mempersembahkan 6 ’board’ persembahan bersaiz A3 untuk logo alumni ’jubilee Perak 25 tahun’. Mesyuarat telah memilih 1 rekabentuk (perlu diperbaiki lagi) dan mengucapkan terima kasih kepada pereka logo yang lainnya.
- AJK Grafik (En. Zakaria)

4.2
Tema/motto – Ahli-ahli AJK diperlukan untuk mencadangkan `motto/tema’ jika ada.
- Semua Ahli

4.3
Letterhead - Cadangan logo terpilih yang telah dibaiki perlu di email kepada AJK alumni 84/85 tahun 2009 secepat mungkin bagi persetujuan supaya ianya boleh digunakan dalam letterhead.
- AJK Grafik

4.4
Banner – sebanyak 2 nos. Banner diperlukan bersaiz (satu darinya untuk dijadikan `backdrop’ 20’ x 8’ majlis makan malam).
- AJK Grafik

4.5
Bunting – En. Zakaria mencadangkan 10 nos. Bunting diperlukan untuk diletakkan di tiang lampu. Pn. Norhayati menyarankan bahawa kelulusan Majlis diperlukan bagi meletakkan bunting di tiang-tiang elektrik. Kemungkinan ianya digunakan di jalan dalam Pulai Springs sahaja.
- AJK Grafik

4.6
Kad Jemputan – hanya 10 nos. Diperlukan bagi menjemput Pensyarah.
- AJK Grafik

4.7
Buku cenderahati – ianya akan memuatkan agenda, gambar-gambar ahli serta penaja.
- AJK Grafik

4.8
`Door gift’ – ianya berupa letter opener beserta business card holder dan pensil faber castell. Pensyarah jemputan juga menerima cenderahati yang sama dengan bungkusan yang lebih menarik (10 nos.)
- AJK Grafik

4.9
Cenderahati anak-anak – masih di dalam perhatian untuk cadangan yang bernas. Mungkin perlu diklasifikasi mengikut katagori umur.
- Semua Ahli

4.10
Tag nama untuk anak-anak ahli – diperlukan bagi mengenali mereka. Nama ahli alumni di atas diikuti nama anak-anak tersebut.
- AJK Grafik

5.0 Perkara-perkara berbangkit

5.1
`Budget’ atau perbelanjaan yang selesa bagi ahli alumni dicadangkan untuk dimuatkan ke dalam borang soal selidik.
- Setiausaha (En. Zairul)

5.2
Pn. Ra’alah mencadangkan agar kutipan derma diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan. Contohnya untuk keluarga Allahyarham En Rajeh.
-Makluman

6.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tarikh 19 April 2009 (Ahad) jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat, No 2 Jalan Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru.
Pengerusi akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan.
- Makluman

Disediakan oleh :
Pn. Zalina Ismail

Disahkan oleh:
En. Zairul Hisham Baharudin & Pn. Ra’alah Mohamad

Salam dari Wan Salman

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,

Cuti sekolah baru-baru ni aku balik kampung di Besut, Terengganu dan berkesempatan jumpa dengan kawan kita Wan Salman yang lama dah tak jumpa. Bermula tahun 2009 Wan Salman mula bertukar mengajar di bekas sekolah aku semasa aku ting. 1 hingga ting. 3 iaitu Sekolah Menengah Kuala Besut. sebelum ini dia mengajar di Sekolah Menengah Tg. Mahmud. ( Dekat dengan kampung Wan Arjuna )

Wan Salman kirim salam kepada semua. Ni dia gambar terbaru Wan Salman.



PENGUMUMAN DARI AJK AKTIVITI

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera

Sebagai makluman setakat ini 'organizing comitee' bahagian Selatan sedang di dalam perancangan untuk menjayakan Majlis bersejarah untuk alumni kita nanti.

Kami dari AJK Aktiviti sedang dalam usaha untuk memutuskan konsep, lokasi dan agenda aktiviti bagi perhimpunan Jubli Perak kita nanti. Oleh itu kami berhasrat untuk mengedarkan borang soal selidik (rujuk attachment Soal Selidik Penganjuran) bagi mendapatkan maklumbalas rakan-rakan tentang penganjuran majlis tersebut. Kami mengharapkan kerjasama rakan-rakan untuk memulangkan borang soal selidik masing-masing secepat mungkin kepada Ra'alah / Zairul ke alamat email citabayu@yahoo.com atau fax ke pejabat Zairul 075271685 selewat-lewatnya 7 April 2009 untuk tindakan selanjutnya.

Bagi melancarkan proses pengiriman email kepada ahli, kami telah mengklasifikasikan ahli-ahli mengikut zon dan melantik wakil-wakil bagi setiap zon untuk menyebarkan borang dan maklumat melalui email (rujuk attachme. Wakil-wakil tersebut adalah

Zon Selatan - Norhayati Abd Rahman
Zon Tengah - Mohd Rosli Sufi dan Rohani Rahim
Zon Utara - Ahmad Abd Razak dan Abdul Shukor (penyebaran thru blog)
Zon Timur - Jamalee Mansor
Zon Sabah Sarawak - Enick Kiron

Saya amat menghargai sekiranya wakil2 zon dapat mengemaskini data yang masih tidak lengkap samada email atau no telefon ahli-ahli di bawah zon mereka dan meng email kembali kepada saya.

Sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi kami di telefon 0137443886 (Raalah) atau 0197553885 (Zairul)

Sekian terima kasih.

Yang benar
Ra'alah



Saudara/i telah dipilih untuk menjadi wakil bagi zon-zon tertentu bagi mengagihkan borang-borang soal selidik untuk Majlis Alumni Jubli Perak

MINIT MESYUARAT 1 - 2009

MINIT MESYUARAT 1
ALUMNI ISB 84/85
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh : 22 Februari 2009
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat,2 Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor

Kehadiran :
1. Kaharuddin Mohamed Sharif
2. Nor Azlin Yunus
3. Ra’alah Mohamad
4. Wan Arjuna Wan Mustafa
5. Yap Kern Ling
6. Zairul Hisham Baharudin
7. Zakaria Mohammad
8. Zalina Ismail

1.0
Pendahuluan

1.1
Mesyuarat ini di pengerusi oleh Zalina Ismail.

1.2
Ra’alah memaklumkan bahawa Goh, Wahab dan Zainal Ngat ada mengirim sms menyatakan tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini atas sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Mereka meminta maaf dan berkirim salam.

2.0
Perbincangan Daripada Pertemuan Awal

Zalina memaklumkan pada 22 Januari 2009, satu pertemuan awal secara kasual telah diadakan di rumah Zainab dan dihadiri oleh Nor Azlin, Ra’alah, Zainab dan Zalina. Susulan daripada itu mesyuarat pertama untuk Alumni 84/85 Zon Selatan ini telah diadakan pada tarikh hari ini.

Antara perkara yang menjadi agenda di dalam perbincangan ini adalah:

-Menekankan bahawa alumni 2009 yang bakal diadakan kali ini adalah bersempena genap 25 tahun (jubli perak) alumni kita

-Cadangan bahawa pertemuan tahun ini mengumpulkan alumni berserta keluarga masing-masing

-Konsep perjumpaan yang akan diadakan berupa konsep hari keluarga, mengambil tempoh 3 hari 2 malam, menginap di resort sekitar Johor Bahru – Skudai

-Lokasi pilihan yang teratas – Pulai Spring Resort, Skudai

Makluman

3.0
Cadangan Tarikh Alumni dan Lokasi Alumni

3.1
Tarikh yang dicadangkan paling sesuai adalah di cuti persekolahan panjang hujung tahun yakni pada 18 hingga 20 Disember (Jumaat, Sabtu dan Ahad) kerana hari Jumaat adalah cuti sempena Maal Hijrah.
-Makluman

3.2
Cadangan awal menjadikan Pulai Spring Resort, Skudai sebagai lokasi alumni tahun ini di persetujui oleh Juna dan disokong oleh Yap. Zairul mencadangkan maklumat lebih terperinci perlu diperolehi terlebih dahulu untuk membantu mesyuarat membuat keputusan samada Pulai Spring adalah tempat yang terbaik. Perbandingan dengan resort lain juga adalah perlu untuk keputusan yang terbaik.
-AJK Aktiviti

3.3
Mesyuarat mencadangkan kita mencari sponsor untuk membantu meringankan beban kewangan bagi menjayakan alumni ini.
-AJK Sponsor

4.0
Perlantikan AJK Selatan Alumni 2009

4.1
Mesyuarat mengenalpasti nama-nama ahli Alumni Zon Selatan. Selain daripada nama-nama yang hadir, mereka ialah seperti berikut:
1. Abd Wahab Basiran - Johor
2. Goh Chung Hee - Johor
3. Hisham Ali - Melaka
4. Mereyati Mapoh - Johor
5. Mohamad Ismail Othman - Melaka
6. Norhayati Abd Rahman - Melaka
7. Zainab Baba – Johor
8. Zainal Ngat - Johor
9. Zulkifli Aziz - Johor
Mesyuarat mengalu-alukan mereka untuk hadir dan memberi input di dalam mesyuarat-mesyuarat yang akan datang.
-Makluman

4.2
Mesyuarat melantik nama-nama AJK dan portfolio jawatan seperti berikut:

Pengerusi – Zalina
Timbalan Pengerusi – Wan Arjuna
Setiausaha – Zairul
Bendahari – Ku Suryani & Rohani (Melibatkan ajk lama untuk kesinambungan)
AJK Aktiviti (Penginapan & Aktiviti) – Ra’alah, NorAzlin, Norhayati Abd Rahman, Zalina & Zairul
AJK Sponsor – Yap, Bakhtiar
AJK Grafik (Grafik, Souvenir, Hadiah, Booklet) – Zakaria, Kahar, Wahab
AJK Publisiti (Publisiti dan Promosi) – Wan Arjuna
Wakil Zon Utara – Shukor, Ahmad Abd Razak
Wakil Zon Timur – Jamalee, Zunaidi
-Makluman

4.3
Mesyuarat mencadangkan kepala surat alumni yang menggunakan alamat 2 Pakis 2 direkabentuk dan disediakan oleh AJK grafik.
-AJK Grafik

5.0
Sasaran ‘Dateline’

-Awal Mac
Penyebaran berita tentang majlis, tarikh cadangan dan Pengesahan oleh AJK

-Akhir April
Pelan kasar mengenai bajet, tarikh, masa dan aktiviti

-Akhir Jun
Pengesahan Kehadiran

Pengerusi meminta setiap AJK mengadakan mesyuarat kecil masing-masing sebelum berlangsung mesyuarat induk rasmi bagi melancarkan perlaksanaan portfolio masing-masing.
-Makluman

6.0
Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengahari.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tarikh 21 Mac 2009 (Sabtu) jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat, No 2 Jalan Pakis 2, Taman Sri Pulai, Johor Bahru.

Pengerusi akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan.


Disediakan oleh :
Zairul Hisham Baharudin & Ra’alah Mohamad

Disahkan oleh:
Zalina Ismail

PULAI SPRINGS RESORT


A world-class golf and recreation resort designed as an ancient royal Malay palace. Vaulting roofs, exposed timber structures, ingenious use of traditional motif in the interior design echo traditional graciousness. Intricately carved wooden and parastone murals with exquisite Qing antiques blend with rich themes of the Orient. Truly country club charm with a touch of elegance.

Crafted by international architects and designers such as Chao Tse Ann & Associates, Hirsch Bedner & Associates and Robert Trent Jones Jr., Pulai Springs Resort boasts of architecture and interiors which preserve the diverse mix of ethnic cultures typical to Malaysia and its history.

Further enhanced by its natural setting of flora & fauna nestled at the foothills of Mount Pulai, the Resort and its Golf Courses are naturally endowed with breath-taking views and sweeping panoramas of rolling greens and undulating hills. Incorporating the timeless ambience of an exotic tropical resort, it is dedicated to providing the discerning with an unmatched golfing and recreation experience.

Visit the resort at www.pulaisprings.com

UTM bantu selamatkan Kota Madinah


JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bekerjasama dengan Universiti Taibah, Madinah bagi menyekat aliran naik paras air bumi dan mengelak ancamannya terhadap kota penting umat Islam itu termasuk struktur Masjid Nabawi.

Kajian itu dibiayai dengan kos RM4 juta dan memakan masa selama tiga tahun itu dianggap oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang sebagai cukup mencabar.

"Kita menganggap ia kajian yang sangat penting kerana masalah kenaikan paras air bumi itu boleh menjejaskan banyak kemudahan di Madinah serta struktur Masjid Nabawi," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Pengajian Pasca Ijazah, Universiti Taibah, Prof. Talal Halawani di UTM Skudai di sini semalam

UTM tampil imej baru


JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini berimej baru.
Imej baru itu melibatkan penambahbaikan terhadap logo, slogan dan penampilan yang lebih dikenali dan berdaya saing.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, penjenamaan semula imej tersebut dilakukan bagi memudahkan orang ramai mengenali universiti berkenaan.

Sebelum ini, UTM, katanya hanya memaparkan logo dan agak mengelirukan orang ramai.

"Ini kerana terdapat 20 institut pengajian tinggi awam di negara ini. Bagaimanapun, dengan imej baru ini orang ramai akan dapat mengenali UTM dengan lebih mudah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran imej baru universiti itu di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai di sini semalam.

Menurut Zaini, usaha penjenamaan imej baru tersebut dilakukan sejak empat bulan lalu oleh beberapa pensyarah dan kakitangan universiti.

Katanya, UTM akan menggunakan logo yang mengandungi nama pusat pengajian tinggi itu di sebelah kanan lambang universiti dalam semua urusan.

Pencinta Wanita versi Kelantan

Lagu ini dituju khas untuk member-member kelantan, Mat Jani, Mad Rasdi, Roslee, Haiyi dan Affendi. Dengan ucapan 'Hambo meme suko kat orang tino'

Apo Kono Eh jang

Lagu ini ditujukan untuk member lama orang nogori Ahmad Fauzi Rahman a.k.a GUNTUR. Kalau tak silap aku CHOT yang bagi gelaran GUNTUR ni, dan dia amat meminati lagu dan senikata lagu ini..

Ribaibaru (Revival) - Mayumi Itsuwa

Lagu ni pulak bila aku masuk bilik Azam Towkey. Tak berhenti berkumandang di bilik dia. Irama sedap didengar, tapi tak faham sepatah abuk, hampehh.... Maharaja Hirohito patut bagi sesuatu mengenangkan jasa Azam Towkey. mungkin pedang samurai tak pun selipar jepun.

"Bagaimana hendak jadi kaya?"

We will not go down (Song for Gaza)

Song Title: We Will Not Go Down (For Gaza)
Written and Performed by: Michael Heart
Dedicated to all the Palestinians in Gaza

Lyrics
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

Lagu Mat Lutfi Rock Tangkap Leleh - Di Antara Gadis - Dinamik

Dulu kalau aku masuk bilik Mat Lut, lagu ni lah yang dia dok pasang, sampai BINGIT telinga aku kata Ijad. (tinggal kenangan) Seluar jean ketat hang ada lagi ka?

Doris Day - Que Sera Sera

ESQ LEADERSHIP TRAINING

ASSALAMUALAIKUM....

BUAT TEMAN-TEMAN TERSAYANG, ANI BARU JE BALIK DARI MENGIKUTI KURSUS DI ATAS. SUBHANALLAH.....RASANYA RUGI KALU TAK SHARE DENGAN KALIAN. ACTUALY NAK KATA KURSUS, BUKAN LE KURSUS, NAK KATA BENGKEL, BUKAN BENGKEL, BUT ITS MORE ON TRAINING TO BECOME A GOOD LEADER, U HAVE TO BE GOOD TO YOURSELF. HARUS MENJADI PEMIMPIN KEPADA KEPADA DIRI SENIDIRI, SEBELUM MEMIMPIN ORG LAIN. PERLU MENCARI JATI SENDIRI, MENGENALI ANTARA EMOSI DAN SUARA HATI KERANA IANYA ADALAH 2 PERKARA YANG BERBEZA.

OVERALL KURSUS INI BANYAK BERMAIN DENGAN HATI DAN PERASAAN DAN MINDA, HUBUNGAN DENGAN ALLAH AMAT DITEKAN DALAM APA2 TINDAKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. DIKUPAS SATU-SATU FIRMAN ALLAH. PERINSIP ESQ 165 MEANS THAT- 1-IHSAN, 6-IMAN, 5- ISLAM. DITERANGKAN JUGA SECARA MENDALAM BACAAN DAN PERLAKUAN DALAM SHOLAT. TERASA BETAPA HINANYA DAN KERDIL KITA DI SISI ALLAH SWT. DIKUPAS SATU-SATU SIFAT-SIFAT ALLAH-ASMA-UL HUSNA, YANG SELAMA NI MUNGKIN KITA AMBIK MUDAH DAN TAK PERNAH MENGKAJI DAN MEMAHAMI APA YANG ADA DIDALAM SIFAT-SIFAT ALLAH. ALLAH UNTUK MENCAPAI INSAN KAMIL PERLU ADA IMAN, YAKNI MERUJUK KEPADA RUKUN IMAN ISLAM UNTUK MENJADIKAN KEHIDUPAN KITA SENTIASA DIREDHAI-NYA. APA YANG TERMAKTUB DALAM RUKUN ISLAM SEBAGAI HAMBA ALLAH KITA WAJIB MEMBUAT PENGAKUAN KEPADA IAITU DENGAN MENGUCAP SHAHADAH. SEBELUM KITA LAHIR KE DUNIA KITA TELAH BERJANJI DENGAN ALLAH, BAHAWA KITA AKAN MENYEMBAH ALLAH DAN AKAN TAAT KEPADA PERINTAH-PERINTAHNYA. DALAM SETIAP SHOLAT KITA AKAN TERUS BERJANJI AKAN TAAT DAN MENYEMBAH ALLAH, SEDANGKAN HIDUP KITA MASIH TERUMBANG-AMBING DENGAN HAL-HAL DUNIAWI. MASIH MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MUNGKAR. APAKAH UCAPAN SHAHADAH KITA HANYA DIBIBIR SAHAJA.

TEMAN YANG DIKASIHI...

MARILAHKITA RENUNGKAN SEJENAK, APA YANG TELAH KITA LAKUKAN SELAMA HIDUP DIDUNIA INI. ADAKAH KITA MENJADI HAMBA YANG TAAT, SEBAGAIMANA BUMI DAN SEKALIAN GALAKSI YANG TIDAK BERHENTI BERPUTAR DI ATAS PAKSI MASING-MASING SAMBIL BERZIKIR KEPADA ALLAH, SEHINGGALAH SEL-SEL DNA KITA YANG SENTIASA BERZIKIR KPD ALLAH. ADAKALA KITA MASIH TERLEKA DAN TIDAK MENYEDARI BAHAWA SEMAKIN LAMA KITA AKAN PERGI MENINGGALKAN DUNIA YANG FANA INI.SESUNGGUHNYA KITA MASIH DIBERIKAN UDARA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...MATAHARI UNTUK CAHAYA, CAHAYA BULAN LAMBANG KELEMBUTAN SETIAP APA YANG ALLAH JADIKAN MEMPUNYAI FUNGSI-FUNGSI TERSENDIRI. DAN SESUNGGUHNYA APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BUMI DAN SEKALIAN GALAKSI BERHENTI BERPUTAR ATAU BERPUTAR TIDAK DI DALAM ORBITNYA....SESUNGGUHNYA LETUPAN BESAR AKAN BERLAKU....AKAN MENGHANCURKAN DUNIA IAITU QIAMAT.. SESUNGGUH ALLAH AMAT MENYAYANGI HAMBANYA. APAKAH YANG TELAH KITA LAKUKAN DEMI BUKTI KECINTAAN KITA KEPADA-NYA. FIKIRKAN LAH....

SESUNGGUHNYA TEMAN......

SEGALA PERLAKUAN KITA DALAM SHOLAT TERDAPAT SIFAT JUJUR, TANGGUNGJAWAB, DISIPLIN, KERJASAMA, PERIHATIN, ADIL DAN SEBAGAINYA. INILAH NILAI -NILAI MURNI DAN MERUPAKAN SIFAT-SIFAT ALLAH. TEMAN APAKAH KITA SEBAGAI HAMBANYA DHAIF SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN DARI-NYA. BETAPA RUGINYA KITA SEKIRANYA KITA MASIH BERSIKAP ANGKUH, SOMBONG DAN BONGKAK TANPA ENGGAN MEMOHON AMPUN DAN TAUBAT KEPADA ALLAH DI ATAS SEGALA DOSA-DOSA YANG TELAH KITA LAKUKAN.

INGATLAH TEMAN...

BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW, ADALAH PEMIMPIN YANG PERLU DICONTOHI-FAST. SEHINGGA NABI SEBELUM WAFATNYA MASIH MENGINGATI DAN MENYAYANGI UMAT-UMATNYA, WALAUPUN BELIAU TIDAK PERNAH MELIHAT UMAT SELEPAS BELIAU WAFAT, BOLEH MENYAYANGI UMATNYA. APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI UMATNYA, SENTIASA MENGINGATINYA. MARILAH KITA SAMA-SAMA SENTIASA SALAWAT KE ATAS NABI KERANA MOHON DI BERI SYAFAAT-NYA PADA HARI QIAMAT KELAK.

TEMAN YANG DISAYANGI...

INI MERUPAKAN SECEBIS ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI DARI KURSUS TERSEBUT. SEMOGA KITA DAPT MANFAAT BERSAMA... MOGA KALIAN BOLEH EXPLORE SENDIRI DENGAN MELAWATI LAMAN WEB : www.esqway165.com
PELBAGAI CARA TELAH DILAKUKAN MENGIKUT KESESUAIAN LAPISAN UMUR- ESQ KIDS, ESQ TEEN, MAHASISWA DLL.

SESUNGGUHNYA TAK DAPAT NAK GAMBARKAN DENGAN KATA-KATA.. TEPUK DADA TANYA SELERA.....

AMIN, SEGALA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH, DAN YANG BURUK ITU, KELEMAHAN DIRI INI. KEMENANGAN ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMECAHKAN BELENGU YANG MENGHALANG DIRI.

SEKIRANYA ADA KELAPANGAN KITA JUMPA LAGI..MASIH BANYAK YANG INGIN DIKONGSIKAN BERSAMA...

SEKIAN, WASSALAM.

HANI'Z-LOVE ALLAH, LOVE U ALL....

LATEST ACTIVITIES.

Kalau Ani post latest photo.. I nak paste latest activity lah kat sini. I baru berjinak-jinak dengan Clay Craft Flowers (Kraf Bunga Tanah Liat). Bunga-bunga yang dihasilkan looks like real... Kat bawah ni.. I paste hasil-hasil kerja hobi terbaru...


Dendrobium


Phlieonopsis

Phlieonopsis

Phlieonopsis


Selain dapat bunga yang nampak macam real.. mendalami juga spesis2 orkid.

LATEST PHOTOS


BERSAMA OFFICE-MATE




BERSAMA SITI SEMASA OPEN HOUSE RUMAH KAKAK DATO K DI KEMENSAH HEIGHTS




gambar terbaru buat tatapan kalian, saja suka posing.

Tahun baru azam baru

Isnin lepas kita sambut Awal Muharam 1430 H , pastinya ramai memasang azam yang baru. Esok 2009 pastikan azam baru anda kekal. Kenapa bila tahun baru kita buat azam baru ? hari lain pun boleh buat azam baru apa ?

Promote Forum Lam Part 3

Salam buat semua.

Lama tak jengah blog ni.. makin sayu jer.. ramai yang tak masuk... mana menghilang semuanya selepas raya ni..

Kat sini I nak promote laman untuk sesiapa yang bercadang nak berkongsi maklumat dan ilmu.

Abdul Haiyi 013 9047875

Alhamdulillah, Pagi ni aku dapat bercakap dengan Haiyi pulak. Aku dapat no dia dari Affendi. Sekarang ni dia jadi kontraktor kat klate. No tel dia spt di atas tu.

LAGI MEMBER KITA

Assalamualaikum, apa khabar semua?

Lama aku tak buat posting ke blog. Sibuk sikit sekarang ni. Sekali sekala tu bukak juga.

Aku baru dapat msg dari Pok Cik Salman, dia bagi aku no kekawan kita geng klate.

1) Nik Anuar 012 3421502

( sekarang bekerja di pejabat kesihatan Kelana Jaya )

2) Abdullah Affendi 0199356776

( sekarang bekerja di Pejabat Tanah Jajahan Machang, Kelantan )

Ok, jumpa lagi, tk.

HISHAM ALI DAH KEMBALI

Aslmkm buat semua kengkawan.
Aku just nak beri perkhabaran tentang Sham Ali. Pagi ni dia baru je lapor diri bertugas kat pejabat aku di JKR Melaka sebagai Arkitek J41. Dulupun dia TA disini, lepas sambung blajar dia kena posting kat HQ KL . Tapi dia tangguh bertugas sebulan sb nak selesaikan tugas di HQ.So...bulan 11 nanti baru dia dtg .
Lepas ni blog kita tentu lebih meriah dengan bertambahnya kengkawan kita ni!

Zainun Lani

Pagi tadi, I singgah kat Bangunan Grand Saga untuk membeli kad Touch & Go. Kelar dari kereta.. tiba-tiba ada call dari no yang tak dikenali... mula-mula ingatkan Julie. rupa-rupanya Zainun Lani.

Hmmm.... dah bertahun tak jumpa.. kisahnya dah ada anak 5.. ramai tu. Ingatkan dia terjumpa laman blog ni.. rupanya.. dia dapat no. Suriyani dari Mek Lin. So.. minta Shukor update nombor kontek Zainun 019-3456886. Email zainunlani@yahoo.com

Selamat kembali buat Zainun... nanti kita jumpa.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin kepada semua kengkawan. Saya juga memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan saya. Semoga kengkawan semua berhari raya dalam suasana yang selesa dan di berkati Allah swt. Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampong.

Daripada: Abdul Shukor Husain dan keluarga dari Batu Ferringhi, Penang.

SALAM SAHABAT



SELAMAT BERPOSA BUAT SEMUA SAHABAT LAMA....LAMA X DENGAR CITE...KT 20 TAHUN PUN ADA...


ANA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA BUAT SEMUA SAHABAT,MAAF ZAHIR BATIN....


IZADIN


Jomlah rasa Tart Nenas ini.







Tart Nenas yang sudah siap dibakar dan sedia untuk dimakan.

Bahan-bahan: (menghasilkan 200pcs)
1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur
1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Caranya:
Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut. Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi. Selamat mencuba.