Bangunan penting UTM wajar dipulihara, tak perlu diroboh

Tahniah atas pembangunan dan kemajuan yang dicapai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam mengungguli pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi dengan mengeluarkan ramai graduan dan ahli teknokrat negara.

Dengan terlaksananya satu lagi projek menaik taraf dan infrastruktur Kampus Kota yang kini akan dikenali sebagai Kampus Antarabangsa, ia akan lebih memacukan penghasilan ahli profesional terlatih khususnya bagi anak tempatan dan juga kedatangan penuntut luar negara.

Kampus Kota (City Campus) UTM yang ada sekarang adalah kompleks bangunan Maktab Teknik yang dibangunkan pada 1952. Pada 1960, Maktab Teknik menyelaraskan kursus bagi membolehkan pelajarnya menduduki peperiksaan iktisas kejuruteraan untuk Kejuru-teraan Awam, Elektrik dan Mekanikal dari United Kingdom.
Berikutan perkembangan kurikulum yang pesat, Maktab Teknik ini diperakui Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi sebagai Institut Teknologi pada 1969, yang kemudiannya dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan dan seterusnya diberi taraf sebagai sebuah universiti pada 1972.

Ia ditukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1 April 1975, iaitu universiti kelima ditubuhkan di Malaysia.

Seperti lazimnya, apabila sesuatu pembangunan baru dicadangkan, maka jalan mudah bagi merealisasikannya ialah dengan merobohkan bangunan sedia ada yang dikira tidak lagi sesuai dengan tuntutan kehendak kepenggunaan dan keadaan semasa.
Perkara sebegini juga tidak terkecuali berlaku pada pembangunan baru Kampus UTM di Jalan Semarak. Sebagai seorang bekas pelajar jurusan seni bina UTM dan pernah berada di kampus ini pada era 1980-an, saya berasa kecewa kerana pendekatan pemuliharaan beberapa bangunan penting yang mempunyai nilai sejarah tertubuhnya universiti ini tidak diambil perhatian.

Pihak berwajib sepatutnya lebih peka dan sensitif dalam memulihara bangunan yang menjadi nilai sejarah universiti dengan mengubah fungsi kegunaannya agar ia terpelihara dan menjadi mercu tanda tertubuhnya UTM itu sendiri.

Sebagai contoh, bangunan Muzium Elektrik yang dirasmikan pembukaannya pada sesi 1982/1983 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu simbol pencapaian universiti dalam bidang teknologi mahupun dari segi binaan dan juga fungsinya pada ketika itu.

Muzium ini dibina untuk menjadi pusat rujukan maklumat kemajuan teknologi kepada masyarakat pelajar khususnya bagi memupuk minat di dalam bidang sains dan teknologi. Dari segi kecemerlangan seni bina pula, bangunan ini menterjemahkan ciri-ciri seni bina tropika moden dalam mengadaptasikan kesesuaian iklim persekitaran dengan binaan bumbung lebar memayungi ruang bangunan di bawahnya.
Terjemahan ciri-ciri anjung pada ruang legar utamanya antara bangunan muzium dan auditorium mini adalah ruang interaksi yang amat berjaya sebagai ruang sosial pelajar ketika itu. Sistem pembinaan IBS (Industrialised Building System) tampak jelas pada penggunaan blok konkrit lopong pada binaan dinding bangunan muzium dan auditorium serta menjadi identiti bagi bangunan itu.

Penggunaan blok konkrit lopong ini juga membentuk satu penerimaan baru dalam masyarakat bahawa ia bukanlah hanya digunakan pada pembinaan rumah kos rendah semata-mata tetapi juga pada bangunan awam seperti muzium ini .

Lebih istimewanya lagi, bangunan ini adalah hasil reka bentuk bekas graduan seni bina UTM 1979 yang pada masa itu menjadi pensyarah di Jabatan Seni Bina UTM, Allahyarham Sulaiman Sharif.

Seni bina yang terperinci ini menjadi ikon kepada pelajar ketika itu termasuklah diri saya sebagai seorang pelajar di bawah pengawasan beliau.

Ini contoh terbaik yang dapat kita lihat kepentingan nilai sejarah dan warisannya yang patut kita kekalkan. Bangunan yang membawa gaya tropika moden dalam seni bina Malaysia ini adalah wajar untuk berdiri kukuh dalam membuktikan keunggulan Jabatan Seni bina UTM itu sendiri dan Universiti Teknologi Malaysia khasnya .

Sebagai arkitek profesional, saya berpendapat bangunan ini dapat diubah fungsi kegunaannya menjadi Bangunan Pusat Pelajar atau Bangunan Alumni UTM Kuala Lumpur. Ia juga boleh dikekalkan sebagai bangunan muzium iaitu Muzium Seni bina yang dapat mempamerkan karya seni bina Malaysia khususnya yang dihasilkan oleh firma arkitek tempatan yang terdiri daripada graduan seni bina UTM itu sendiri.

Saya ingin memohon jasa baik Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang, yang juga bekas graduan UTM agar dapat meneliti perkara ini dan memastikan sesuatu pembangunan itu dilaksanakan bertepatan dengan kecemerlangan ilmu yang kita pelajari.

Ar. MOHD KAMALUDIN ADAM,
Timbalan Pengerusi
SIG- Senibina Alumni UTM (2008-2009).

3 comments:

BlogMaster April 14, 2009 at 1:29 PM

Artikel ini aku dapat dari bharian.com.my - info dari sms Ghazanee

mail lambong July 6, 2009 at 7:43 PM

jangan share dosa dengan sekular.. halalkan judi,arak...sebab benda tu menguntungkan konon..padahal merosakkan anak melayu islam tu sendiri..dah islam kata benda tu haram..ada lagi yang dok kata benda tu halal bila ada lesen..memang fasik betul..siap buat bandar lagi.. lahir lah bandar keparat..bukit bintang..bandar yang penuh isi-isi neraka..sampai lalu situ pun rasa meluat sebab negara islam aku ni dah dirompak oleh orang-orang keparat..janji kantung negara penuh..aku tak nak itu semua..buat apa kalau duit haram...yang dok sokong tu mmg penumpang segala benda-benda haram..itu pun dok nafikan lagi..sepatutnya sedar benda tu tak layak kat negara islam tetapi sebab adanya orang melayu islam yang tak berapa nak islam tu lah buat negara islam dinodai dengan arak dan judi..siap bangga lagi..kerana berjaya memajukan negara..hahahahahah... sesiapa yang masih nak share tu sokong laaaa..barisan nasional tu

Anonymous January 8, 2011 at 7:07 AM

assalamualaikum saudara....jgn salah tafsif, projek ethanol dari nira nipah tu bukan nak buat ark atupun tuak.Sebenarnya ethanol yang kita nak buat tu adalah bahan bakar untuk menggerakan enjin kenderaan seperti motosikal,motokar,kapal terbang,menggantikan ataupun alternatif bahan bakar sediada seperti petrol yang kita gunakan sekarang...rajin rajinlah mengenali ilmu allah yang dikurniakan...penggunaan bio-ethanol dari nira nipah ini sebenarnya adalah satu penemuan baru dalam ilmu kajian sains...seperti tayar ,ia dibuat drpd.getah (pokok GETAH) iaitu sumber asalnya dari Rancangan yang di ilhamkan oleh Allahyarham TUN ABD. RAZAK.Jangan kita jumudkan diri kita....JADILAH insan yang berilmu DUNIA DAN AKHIRAT.