PERAK JADIKAN NIRA NIPAH (ETHANOL) SUMBER KEKAYAAN BARU
TAIPING 4 Jan. – Perak akan menjadikan projek nira nipah bagi menghasilkan Etanol sebagai satu lagi sumber kekayaan baru kepada negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, ini kerana projek biofuel ini akan memberikan sumber pendapatan baru kepada negeri ini apabila kilang penapisan nira nipah pertama untuk dijadikan Etanol dijangka siap.
Katanya, melalui projek biofuel ini akan menghasilkan punca hasil baru sebanyak RM324 juta setahun.(10 % daripada pendapatan kasar dari pemaju.)
Beliau berkata, bagi merealisasikannya, kerajaan negeri telah mengenal pasti seluas 25,000 hektar pokok nipah yang hidup liar di sepanjang pantai di negeri ini menghasilkan nira nipah bagi tujuan pengeluaran Etanol.
‘‘Kita juga bersetuju untuk merezabkan tanah seluas 1,000 hektar di Bagan Datuh yang ditanam kelapa sebelum ini untuk ditanam dengan pokok nipah kerana kawasan ini selalu banjir dan sesuai untuk ditanam nipah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek biofuel negara berasaskan Ethanol di Tapak Gerbang Trong, Taiping di sini, hari ini.
Buat permulaan, pemaju projek Etanol, Pioneer Bio Industries Sdn. Bhd. (PBIC)
Katanya, buat permulaan kerajaan negeri akan mengenal pasti nipah-nipah yang tumbuh meliar di sepanjang pantai negeri ini supaya diuruskan secara komersial.
Sebelum ini, Menteri Besar mengumumkan bahawa Perak bakal menjadi pengeluar Etanol pertama di dunia daripada nira nipah apabila loji pemprosesannya dibina menjelang pertengahan tahun depan.
Etanol dari pokok nipah ini telah terbukti sebagai bahan terpenting dalam penghasilan bio-petrol dan ia akan diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan serta berpotensi untuk pasaran dunia.
Perak kini mempunyai sebanyak 35,000 hektar pokok nipah yang tumbuh di sepanjang pantai negeri ini dan ia mampu menghasilkan Etanol bermutu tinggi.
Pelancaran tapak loji pertama Etanol ini bakal dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, April ini.
‘‘Kita mungkin menjadi pengeluar utama Etanol dunia jika mempunyai kawasan nipah seluas lebih 100,000 hektar.
‘‘Jika ini benar-benar berlaku dan projek ini menjadi kenyataan kemungkinan Perak akan menjadi negeri pertama menghapuskan kemiskinan melalui projek Etanol ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment