Jumaat lalu lepas lawat tapak kat Alor Star aku cal member kita kat alor star, lutfi. Masa tu tengah cari tempat nak lunch lepas solat jumaat kat masjid Bukhary. Lut pun ajak datang rumah. Lepas tanya arah aku pun sampai. Dia tunggu depan rumah. Maka sampailah aku kat rumah yang dia design sendiri. Kalau kat situ rumah dia paling sempoi. Ada beberapa pelantar lepak yang dia design. Tempat ni kalau lepak habis sekotak rokok 20 batang. Maka lut pun bawa aku kat pelantar tepi courtyard. Syok duduk kat situ. Maka bersembanglah kami sambil dihidangkan dengan gulai rebong, sambal belachan, ulam, ikan goreng. Dipendekkan cerita, 2 pinggan penuh aku belasah. Sebab tu dah jadi lebar sekarang. Macam2 cerita kita bualkan sampai pukul 4:30ptg baru aku balik Penang. Terima kasih byk2 lut !!
Bagitau lut aku nak buat program "Jom lepak kat Penang". Trip 2H/1M sambil piknik & program kat pantai untuk member2 yang boleh join. Hotel kat Tg. Bungah boleh dpt dlm RM160 semalam gan b/fast. Kalau tak nak bermlm boleh join piknik. Last sekali northern region buat agak2 4-5tahun lalu kat Bukit Merah resort. Buat barbeque kat balkoni sebab management tak bagi buat kat kawasan penginapan. Berpeluh gak nak hidupkan api. Yang organise waktu tu nazeri suib. Antara yang join dengan keluarga msg2 adalah aku, lut, ucup dan azam. Cuti sekolah pun dah tak lama kalau nak set tarikh. Byeee...
Terima kasih Lut & Jom mai Penang!
Posted by
ahmad razak
Sunday, July 27, 2008
at
11:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Aku kalau pi dekat-dekat boleh la. Minyak la ni mahal oi!
aku akan pi Penang lagi 16hb ogos nanti.............hari tu pi tak sempat nak call korang.
ok mat....cadangan yg hang buat tu pd pandangan aku adalah sesuatu yg aku rasa memang elok pun.kita kena buat mat,jangan tak buat,pasai bila kita jumpa, masing2 dgn famili ,baru meriah.macam majlis kenduri kawin kita buat mat...baru enjoy mat.pasai penginapan tu boleh diatoq,atoq mat jgn tak atoq.mat,..cari tarikh yg sesuai mat...100% SETUJU
amani,aku lepas ni nak ikut cop tp naik basikal p haadyai..mai la..x payah pikiq pasal minyal..cuma nak kena pikie kederat ada ke tak de..aku lani dah rasa berat semacam..its about time back to normal weight..nanti aku ke utara kita kumpuyl ramai2
Juna.. aku rasa yang lelaki kebanyakannya out of shape dah...Aku rasa cadangan kau tu elok juna. kena put down weight. Aku bukan apa.. aku more concern pasai penyakit ni.. Apa kata kita sekali sekala kita pi main badminton kat dewan au 5 tu.. kalu ada gang aku nak join jugak.. aku bole bookingkan tapi nanti kita share bayar or gilir bayar sewa dewan. aku chk dulu berapa satu jam.. date tu kita kena bincang le... kurang2 bila ada exercise.. badan pun ok.. lps tu kena kawal pemakanan le pulak.. aku tiap2 ari selasa aku join kelas aerobik n modern dance... sbb nak buat sorang-sorang exercise ni malas le pulak...tapi lagi satu kena rajin dan consistense.. baru result ok.. betul.. kau sambut le cabaran aku... cari gang2 yang nak join. actually its good..lagi satu ari ahad kat area rumah kau tu ada org buat senamrobik.. kau bole join.. dulu aku rajin p ttwangsa... joging dan join senamrobik...sekarang ni coz anak aku tuition sunday tak dapat ke aku join. aku tunggu feed back u all ok.
AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT...
majulah sukan untuk negara....
MALAYSIA BOLEH!!!
Juna, Basikal aku dah karat tunggu time nak jual kat keling botoi. Apa kat first trip kita buat pusing Pulau pinang.
aaah aaah la..dah nak cuti sekolah. apa rancangan kau orang cuti sekolah ni. aku tak tau lagi, anak aku yang sorang nak exam pmr tahun ni.. entahlah asyik tgk tv je.. risau aku dibauatnya...
aku doa yang terbaik buat semua kekawan yg ada anak nak ambik exam tahun ni upsr, pmr dan spm. Amin
Basikal aku masih kat stor. Niat nak cycle dah lama tapi tak buat2. Ucop mmg dok cycle dari dulu lagi. sebab tu dia maintain.
Dia pi koh samui, hatyai dan byk tempat lagi. Kalau nak cuba dekat2 bolehlah. Risau semput kalau tiba2 nak p long distance.
Aku rasa cuti sekolah akhir tahun boleh buat program berbasikal. ucop boleh organise sebab dia taiko basikal.
Juna, kita kena build up stamina balik kalau nak g berbasikal ni. Tapi kena ada kereta ikut sama. Pozi Rahman boleh bawa range rover dia. Boleh stok nasi lemak, mana tau kalau lapar nanti. Hehe..
Sapa2 nak join kena ada basikal. Yang tak ada nak join bawa kereta ikut konvoi. Basikal baru ker.. basikal lama pun ok. Basikal roda tiga.. kena tanya ucop dulu. Sapa nak join bagi nama!!!
mat,
Hang kayuh, aku tumpang dok belakang.
Azam, Mat pakai basikal roda tiga anak dia, mana boleh tumpang. Hani, anak sulung saya - Siti Maryam & anak sulung Mat - Damiya, tahun ini periksa UPSR.
Post a Comment