Aku nak menghangatkan lagi blog ni dengan satu pertanyaan kepada kengkawan. Harap-harap dapat menjadi rujukan dan pertimbangan oleh AJK ALUMNI 2009. DIMANAKAH TEMPAT DI JOHOR BAHRU, YANG ANDA RASA PALING SESUAI DIADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI 2009.
Majlis Alumni 2009
Posted by
BlogMaster
Sunday, July 6, 2008
at
10:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
nak buat kat mana tu tak dapat ilham lagi. tapi minta ajk 2009 masuk kan menu goreng pisang cicah cili kicap makcik tmn sri skudai, kerak mau lebih.
aku ingat ek.., zainal ngat kena sediakan menu tu. betul tak ek.. itu lah makanan petang yang tak mungkin aku lupa, ek.
mee lan janggut ada lagi tak? Ingat lagi mamat yang selalu nyanyi gan gitar dia kat gerai tepi komtar tu bila pekena mee lan janggut?
Lan Janggut dah meninggal, yang ada mee hj wahid dengan wak enal mee rebus tulang ketuk. Budak main gitar last aku tengok kat CM KL. lepas tu tak tau hilang kat mana.
shahrin ni ahli batch 8485 dia tak update tapi masyarakat tepi komtar dia ikut sampai cam tu.
ok laa tu..akupun suka gak mee lan janggut. dulu aku takut nak try.. tapi sekarang ni teringat le pulak mee lan janggut.
aku pernah try. dia ckp sekali makan nak lagi.. aku pun dok plan bila p johor nanti nak p pekena mee lan janggut...
lagi satu aku suka mee bandung muar yang tepi jalan tu.. ada lagi ke?
Rohani...kan aku dah kata lan janggut dah meninggal......mee bandung johor yang best dekat tampoi simpang angsana tapi menuju balai polis marin. buka 24 jam!!!tapi org rumah aku buat lagi sedap.
mamat yang main gitar tu aku penah jumpa dok buat persembahan kat kaki lima KOMTAR Penang 5 tahun lepas
Apa kata kali ni buat bersama family. Hari keluarga Alumni 2009. So kita stay kat mana2 resort yang ok, malam tu boleh karaoke sampai puas dan paginya boleh ber telematch. Sponsor bisa diurus....
bagus gak cadangan yati omar tu.
Shahrin, mee rebus tulang ketuk tu dekat bangunan JKR ke? Meleleh ayor lior teman. Tengah lapar ni..
Mungkin mamat gitar tu dah dah buat rekording kot. Macamana kau dan shukoq boleh cam dia? Sebab muka ka sebab suara dia memang pecah rumah!!!
apa kata untuk Alumni 2009 kita start buat collection dari sekarang.
ramai yang cadang bawa family, so the best thing, malam untuk kita la.. the next morning untuk family.
hai AJK selatan bole start planning dari sekarang. dah bole cari quotation mana2 resort dan plan aktiviti utk tahun depan. tahun ni tinggal 4 bulan lebih je...
aku cadangkan kita buat di dewan makan je murah dan banyak kenangan..tidur d rumah tetamu utm di kampung linden..tempat pokya kena kacau hantu(ntah betul ke tidak pokya ni..asyik dia je kena kacau..sebut pasal goreng pisang cicah kicap masih ada di skudai tapi kat dalam sikit..dekat jalan tembaga 14..kalau tak silap..tapi kicap tu x boleh makan lebih..nanti sendawa bau bawang putih..
en jak cadngkan buat kat rumah alumni utm jb,,compound besar tapi mintak lynn and the gang bincang dengan lebih lanjut..mungkin next year cari sponsor..(boleh ke..depa cakap tahun depan ekonomi meleset lagi)
mat,budak yang suka nyanyi di tepi komtar nama dia ramli sirap..masih boleh jumpa di central market kl..dah pindah kl dah mamat tu..
tempat tu tak kisah lah. yang penting.. kita boleh jumpa dan sembang puas2. hari tu mmg tak puas sbb cepat sgt masa berlalu. kita mmg kena overnight so baru ada masa bercerita panjang.
tapi kalu gang selatan dapat cari saki baki members yang missing in action lagi bagus. baru rasa suasana masa dulu.. biar anak2 kita tgk mcm mana hubungan kita dulu, kini dan selamanya.
seronok sgt..rasanya.
agak2 aku yg hampa dok sebut pasai mamat yg dok main gitar tu di komtar jb dulu tu,seingat aku dia tu budak layang2 johor,rasa2 aku nama dia tu SELAMAT,tapi la ni tak tau la pulak dia tu selamat ka tak selamat,yg selamat la ni yg aku tau hariraya,hariguru,hariibu,haribapa,haribulan,hari-hari mau,huuuuuuuhuuuu...........
tak kesah la nak buat di mana tempat tu,yg penting,area jb,yg lebih penting lagi tu,ekonomi...bagi harga minyak petrol & diesel yg naik tu kita nak buat macamana,ada minyak lain yg naik harga kita tak berapa kisah sangat,misalnya minyak rambut,minyak kapak,minyak urut,minyak angin....apa yg lebih mustahak,perjumpaan kita tu diberkati Allah,rapat silaturrahim...bukan setakat ani rahim saja....macam2 rahim lagi kita boleh rapat..huuuuu....mana la tau esok2 anak si A bertemu anak si B.. nanti pakat2 jadi besan ....tapi kalau nak main acara sukan yg paling sesuai utk siang esok tu, aku shorkan kita main dam ulaq dah la kot,bukan apa nak tengok sapa sabaq atau pun dak,...ada yg suka kecoh...maka ada la yg nak bertengkaq, boleh tengok laaaaaaa....sukan yq tak payah nak pikiaq,yg penting enjoy....wassalam.....
Hai,...tinggal beberapa hari lagi b4 2009 menjelang. Yes, lynn tengah nak keep in touch member kat johor ni utk organize alumni 2009 yg dicadangkan di JB. YM some of them...tapi x jawab. Klu sesiapa kat johor terbaca ni....give me a call...atau drop a note kat email...lynn_151_hamdan@yahoo.com.sg.....seriously!!
Hamdan aku cadangkan kita buat dekat pantai area desaru , teluk Rumenia , chalet murah pun ada .
Post a Comment