MENJADI fenomena umat Islam di negara ini yang dilihat mudah
'melenting' apabila mengetahui sumber makanan atau minuman yang diambil selama
ini disahkan adalah tidak halal.
Sehinggakan, perkara yang sering menjadi topik perbualan
hangat itu di bawa ke peringkat atasan kerana didakwa menyentuh sensitiviti
umat Islam yang mengutamakan pengambilan sumber makanan halal.
Namun, sejauh mana pula sensitiviti umat Islam terhadap
status halal dalam ubat-ubatan? Adakah dengan meletakkan sandaran darurat
sebagai alasan membolehkan sesuatu yang tidak halal memasuki ke dalam tubuh?
Pensyarah Fiqh Pemakanan dan Kepenggunaan Semasa, Jabatan
Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd. Izhar
Ariff Mohd. Kashim berkata, istilah darurat tidak lagi boleh dijadikan sandaran
yang membolehkan umat Islam menggunakan unsur haram ke anggota badan atau
memasuki tubuh.
Sebaliknya ia katanya, merupakan pilihan terakhir selepas
melalui peringkat tapisan yang digariskan selain benar-benar tiada pilihan yang
boleh mengakibatkan kemudaratan.
Ini tambahnya, penting kerana ia bagi memelihara asas Maqasid
Syariah (matlamat yang disyariatkan) yang diperintah oleh Alah SWT kepada umat
Islam daripada tercemar.
Ia sebagaimana Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Setiap
daging yang tumbuh daripada bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang
lebih layak baginya". (riwayat al-Tarmizi)
"Apa yang berlaku sekarang ialah ramai yang meletakkan
darurat sebagai sandaran utama dalam menggunakan ubat-ubatan import. Ia kerana
dikatakan masih tiada ubat halal yang dihasilkan untuk merawat sesuatu
penyakit.
"Tidak dinafikan begitu, tetapi sampai bila kita harus
menggunakan alasan darurat tersebut untuk membolehkan unsur haram memasuki
tubuh tanpa memikirkan alternatif dan usaha lain.
"Untuk meletakkan darurat bukan mudah. Ia hendaklah
sudah tidak ada pilihan lain dan boleh mengakibatkan darurat seperti mengancam
nyawa jika tidak digunakan," kata Izhar.
Beliau berkata demikian dalam Perbincangan Meja Bulat
Chemical Company Malaysia Berhad (CCM) bersama media, baru-baru ini.
Yang turut hadir Pensyarah Kimia Perubatan dan Farmakognosi,
Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Profesor Zhari Ismail
dan Profesor Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Wan Azman Wan
Ahmad.
Mohd. Izhar berkata, istilah darurat sering diletakkan
sebagai sandaran pertama dalam industri halal terutamanya farmaseutikal
sedangkan ia perlu mengambil kira beberapa peringkat yang digariskan sebelum
menetapkan ia ia adalah darurat.
"Terdapat enam garis panduan yang digariskan sebelum
menetapkan sesuatu ubat-ubatan atau makanan itu halal atau haram. Ia hendaklah
diteliti daripada jenis haiwan yang digunakan, proses sembelihan, bukan daripada
najis, istihalah (berubah sifat sepenuhnya), maslahah umum dan terakhir
darurat.
"Bagaimanapun, syarat darurat bukan boleh digunakan
sewenang-wenangnya, tetapi hendaklah diambil hanya sekadar perlu dan pengguna
harus memikirkan alternatif lain yang halal sekiranya ada," katanya yang
juga ahli penasihat produk perubatan halal Jabatan Agama Islam Selangor.
Sementara itu, Wan Azman berkata, produk farmaseutikal halal
kini boleh didapati di negara ini yang bertaraf antarabangsa dan terbukti
keberkesanannya mengikut kajian yang dijalankan.
"Farmaseutikal halal di negara ini dilihat semakin
berkembang dari semasa ke semasa. Buktinya beberapa jenis ubat-ubatan halal
yang merawat penyakit kritikal telah berjaya dihasilkan.
"Sebagai contoh penggunaan ubat Clexane yang dianggap
darurat kepada pesakit jantung bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara
serta merta disahkan mengandungi unsur haram. Ia telah digantikan dengan
Fondaparinux (arixtra) yang menggunakan sumber halal.
"Malah, kajian yang dilakukan ke atas lebih 20,000
pesakit mendapati lebih banyak kelebihan penggunaan ubat Fondaparinux (arixtra)
berbanding Clexane. Begitu juga harga ubat-ubatan halal adalah lebih murah
kira-kira 20 peratus hingga 40 peratus berbanding ubat-ubatan yang
diimport," kata Wan Azman.
Selain daripada ubat-ubatan yang disebut di atas beberapa produk minuman kesihatan yang diusahakan berasaskan dari tumbuh-tumbuhan seperti JUS NYPA iaitu MINUMAN TRADISI MELAYU sejak berzaman banyak memberi manafaat kepada kesihatan sebagai penawar kepada beberapa jenis penyakit dunia moden yang tercemar seperti kencing manis,obesiti,gaut serta masalah buah pinggang iaitu kencing tidak lawas/kotor penyebab batu karang dan tidak ketinggalan penyakit kulit seperti kayap juga dapat disembuhkan.Jus nypa juga memberi kesan positif kepada kesihatan mulut dan gigi hanya dengan berkumur beberapa kali di waktu i)selepas bangun dan ii)sebelum tidur.Chitin yang terdapat di dalam chitosan dapat mengaktifkan sel tubuh manusia.Chitin chitosan yang terdapat pada jus nypa telahpun dipaten di WIPO iaitu badan berkanun di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Selain daripada ubat-ubatan yang disebut di atas beberapa produk minuman kesihatan yang diusahakan berasaskan dari tumbuh-tumbuhan seperti JUS NYPA iaitu MINUMAN TRADISI MELAYU sejak berzaman banyak memberi manafaat kepada kesihatan sebagai penawar kepada beberapa jenis penyakit dunia moden yang tercemar seperti kencing manis,obesiti,gaut serta masalah buah pinggang iaitu kencing tidak lawas/kotor penyebab batu karang dan tidak ketinggalan penyakit kulit seperti kayap juga dapat disembuhkan.Jus nypa juga memberi kesan positif kepada kesihatan mulut dan gigi hanya dengan berkumur beberapa kali di waktu i)selepas bangun dan ii)sebelum tidur.Chitin yang terdapat di dalam chitosan dapat mengaktifkan sel tubuh manusia.Chitin chitosan yang terdapat pada jus nypa telahpun dipaten di WIPO iaitu badan berkanun di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Justeru, beliau berkata umat Islam diwajibkan memilih dan
mengambil ubat-ubatan halal menggantikan ubat yang berunsur haram sekiranya
ada.
"Penyakit tidak sesekali menggugurkan kita daripada
patuh atau melanggar perintah Allah SWT. Sekiranya ada sumber yang halal, kita
wajib berhenti menggunakan produk haram dan memilih yang halal.
"Ini kerana, sandaran darurat dalam industri
farmaseutikal tidak lagi boleh digunakan dengan adanya produk halal bagi umat
Islam. Ini kerana darurat ditetapkan apabila tiada sumber suci lain serta
keadaan benar-benar kritikal.
"Bagaimanapun, pesakit perlu diberi penerangan mengenai
status ubat tersebut dan mendapat keizinannya dan keluarga sebelum diberikan
rawatan. Ini sebahagian daripada hak pesakit Islam dalam mendapatkan
rawatan," jelasnya. 47 Produk Yang Telah Mendaftar KKM Mengandungi Bahan Beracun
Disenarai Hitam .Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan
tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana
dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh
memudaratkan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian
Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu
mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi
kandungan produk herba.
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi
mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan
segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita
Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk
ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan
campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat
doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan
berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada
pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur
bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik
dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional
dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di
pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan
ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di
pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas
dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai
ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan
tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan
meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522
(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta
Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan
Dadah, denda maksimum RM50,000.
INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
· Kintop
· Body Beaus
· BMI-9
Xylimming Capsule
· Senna Plus
Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
· Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
· Obexlim
· Slimax
Coffee
· Beaute Fit
Body Contour
· Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
· 357 Nasal
Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
· Makjun
Taufiq Dua Istimewa
· Majun Dua
Istimewa
· Ginseng Jin
Fui Wan
· Maajun
Tenaga Herba Ubi Jaga
· Jamu
Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
· Red Brand
Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
· Ren Sem Tu
Chon Chin Kuo Pill
· Makjun
Syafiq 3 Istimewa
· Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
· Air Ikan
Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin
atau salah satu:
· Eriesya Spa
Beauty Cream
· Atika Beauty
Renewal Cream
· Temulawak
Whitening Pearl Cream Papaya
· Ratna Sari
Whitening Night Cream
· Tia Amelia
Krim Jeragat
· Chantique
Whitening Night Cream
· RZAC White
Pearl Cream
· Nuriz Day
and Night Cream
· Elite Rias
Er Cream
· R&Z
Whitening Night Cream
· Beauty Line
Beautitude Multipurpose Cream
· Pigmentation
Recovery Complex
· Zara
Rejuvenation Cream
· Natasya Krim
Herba Gold
· De Putih
Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
· Eng Leong
Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
· Pil Zhen Zhu
Bai Fong Wan
· Qian Tong
Dan
· Raja Ubat
Resdung
· Coral Plus
UA 350MG KE LAMAN UTAMA
KECELARUAN DALAM HIDUP
KERANA KURANG DIDIKAN AGAMA
SEDIKIT
RENUNGAN BUAT SAUDARA SEAGAMA"Yang dekat dengan kita adalah kematian,yang
jauh dengan kita adalah masa yang dah belalu,Yang berat adalah Memegang amanah
manakala perkara yang ringan adalah meninggalkan solat lima waktu,yang besar
adalah nafsu manakala yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA"
Renung-renungkan maksud di atas.
AKHLAK, peribadi mulia elemen
penting pembentukan sahsiah diri seorang mukmin unggul
Assalamualaikum saudara seagama
mari kita perhatikan kehidupan makluk Allah yang bernama manusia yang mengakui
diri mereka sebagai umat RASULULLAH SAW pada era ini.
SERING ramai menyalahkan Islam
apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak baik. Mereka mendakwa Islam menindas
dan menghalang pembangunan. Ada juga yang mengaitkan Islam dengan terorisme dan
keganasan. Malah ada yang mengatakan sekiranya kita mengamalkan Islam maka kita
tidak akan maju dan mengecapi kejayaan. Tanggapan sebegini sebenarnya hasil daripada
mereka yang gagal melihat keindahan Islam kerana orang Islam yang tidak
mengamalkan agama Islam sebagai sebuah tata kehidupan. Model atau ikon yang
mereka peroleh bukanlah daripada kalangan orang Islam.
Sebagai sebuah tatacara yang
mengawal kehidupan seharian, Islam menggariskan panduan yang lengkap,
sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada
matlamat mencari keredaan Allah serta ibadah kepada Pencipta. Islam amat
menekankan pembangunan modal insan yang berasaskan kepada ciri-ciri pembinaan
sahsiah dan keperibadian Muslim. Ini adalah kerana manusia adalah sebaik-baik
ciptaan Allah dan khalifah yang diberi kelebihan dan kekuatan ilmu. Keunggulan
peribadi manusia hendaklah disulami dengan akhlak yang mulia, ilmu pengetahuan
yang berpaksikan kepada keesaan Allah dan ketakwaan kepada-Nya. Inilah sebabnya
Islam mengambil berat peranan moral atau akhlak dalam pembentukan sahsiah diri.
Hatta dalam soal perbezaan pendapat pun Islam telah menggariskan adab yang
perlu diikuti.
Namun, apa yang menyedihkan
sekarang ini, kita melihat umat Islam tidak menjadi contoh kepada orang lain.
Umat Islam tidak memiliki akhlak yang mulia ataupun menjadi idola kepada orang
lain. Lebih dahsyat lagi umat Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang kerana
mereka meninggalkan agama dalam kehidupan mereka. Apa saja yang dinasabkan
kepada Islam dikatakan mundur, ketinggalan zaman dan tidak sesuai.
Natijahnya, semua perkara dilihat
hanya dari lensa Barat saja dan mengenepikan panduan dan syariat yang telah
digariskan oleh Islam. Bagi menjadi bangsa yang kuat umat Islam perlu
melengkapkan diri mereka dengan keperibadian yang unggul. Ciri keperibadian
yang unggul ini pernah diperincikan oleh Hassan Al Banna.
Mengikut Hassan Al Banna, manusia
ada sekurang-kurangnya 10 ciri yang jitu lagi mantap. Kesemua ciri ini saling
lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam. Antara ciri
itu ialah akidah yang bersih. Ciri ini adalah amat penting kerana ia menjadi
teras kepada pembangunan modal insan yang sebenar. Dengan adanya aqidah yang
mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir dari landasan syariat
Islam yang betul. Ia juga suatu piawaian ke arah penyerahan diri seperti
diikrarkan di dalam solat.
Begitu juga ibadat yang betul
menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi mulia. Ini menunjukkan
ibadat itu mestilah bersumberkan nas yang betul terdiri daripada al-Quran dan
sunnah serta sumber lain yang diterima oleh ulama. Ibadat dilakukan bukan
bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi manifestasi pengabdian diri kepada Maha
Pencipta.
Akhlak mulia juga elemen penting
pembentukan sahsiah diri. Perilaku ini harus dimiliki oleh setiap Muslim kerana
akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk tetapi juga
hubungan antara makhluk dan Penciptanya. Di samping itu pula kekuatan jasmani
tidak boleh diketepikan. Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan
tuntutan agama yang optimum amatlah diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak
pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah. Ini amat
jelas dilihat kerana beberapa amalan di dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal
yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani juga adalah
pencegahan kepada pelbagai penyakit. Kekuatan jasmani akan menjamin kecerdasan
berfikir. Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang
intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh yang demikian seorang Muslim perlu
memiliki wawasan yang luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui oleh
orang lain.
Tekad untuk berjuang melawan
nafsu juga suatu kelebihan bagi membentuk peribadi Muslim. Kesungguhan melawan
hawa nafsu ini perlu disemai di dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya
melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.
Pandai menjaga waktu adalah
faktor yang penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Islam mengajar
perancangan waktu seperti solat di awal waktu. Solat di awal waktu ini perlu
diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat.
Setiap tindakan perlu dirancang mengikut waktu yang sesuai.
Kejituan diri mempertahankan
kebenaran dan berjuang menegakkannya hanya boleh dilakukan sekiranya kita
memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan, ekonomi dan sebagainya.
Dengan jatidiri ini, umat Islam akan bermanfaat kepada orang lain. Ciri ini
akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada
orang lain. Seseorang Muslim perlu berusaha menjadikan dirinya bermanfaat
kepada orang lain. Jika tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya boleh
bermanfaat kepada ahli keluarga dan juga sahabat handai.
wassalam