JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bekerjasama dengan Universiti Taibah, Madinah bagi menyekat aliran naik paras air bumi dan mengelak ancamannya terhadap kota penting umat Islam itu termasuk struktur Masjid Nabawi.
Kajian itu dibiayai dengan kos RM4 juta dan memakan masa selama tiga tahun itu dianggap oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang sebagai cukup mencabar.
"Kita menganggap ia kajian yang sangat penting kerana masalah kenaikan paras air bumi itu boleh menjejaskan banyak kemudahan di Madinah serta struktur Masjid Nabawi," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Pengajian Pasca Ijazah, Universiti Taibah, Prof. Talal Halawani di UTM Skudai di sini semalam
UTM bantu selamatkan Kota Madinah
Posted by
BlogMaster
Friday, February 6, 2009
at
12:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment