Tart Nenas yang sudah siap dibakar dan sedia untuk dimakan.
Bahan-bahan: (menghasilkan 200pcs)
1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur
1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)
Caranya:
Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut. Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi. Selamat mencuba.
3 comments:
La.... mudah je rupanya. Selama ni saya fikir susah sangat nak buatnya. Sebab tu selama ni main tempah je. InsyAllah tahun depan saya buat sendiri.
Anyway SELAMAT HARI RAYA untuk yati sekeluarga.
Ya lah... tak susahlah As..
I baru buat jem nenas 10 biji... nanti I bagi resepi jem nenas lak.. selalu orang kata serik nak buat jem nenas ni sebab dia memercik (kan sakit tangan bila kena gula panas).. saya ada caranya macam mana tak nak bagi dia memercik..
Selamat Hari Raya buat As juga.. balik BP ke?
banyaknya... Okey jangan lupa bagi petuanya. 10 biji nanas untuk berapa banyak tart?
Rayani saya balik batu Pahat.
Post a Comment