SALAM SAHABAT



SELAMAT BERPOSA BUAT SEMUA SAHABAT LAMA....LAMA X DENGAR CITE...KT 20 TAHUN PUN ADA...


ANA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA BUAT SEMUA SAHABAT,MAAF ZAHIR BATIN....


IZADIN


Jomlah rasa Tart Nenas ini.







Tart Nenas yang sudah siap dibakar dan sedia untuk dimakan.

Bahan-bahan: (menghasilkan 200pcs)
1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur
1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Caranya:
Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut. Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi. Selamat mencuba.

SALAM AIDIL FITRI


Salam. Sempena ramadhan yang mulia dan syawal yang bakal menjelang tiba ni, aku nak ambil kesempatan ucapkan SALAM AIDIL FITRI pada semua kengkawan .Maafkan Zahir & Batin. Halalkan segala yang terutang dulu.....(kalau ader!)

Jemputlah dtg ke rumah kalau ke Melaka/balik rmh mertua ke/saje jalan2 ke.......Sudi-sudikanlah.....

Juadah I Ramadhan ke 18

Banyak makanan, tapi tak mampu nak makan.

COBAANNNN .......

Memandangkan semua kengkawan sibuk dengan kerja dan famili, aku cuba bagi idea untuk berbuka hari ini. Foto ini hanyalah gambaran sebenar dan aku tidak bertanggungjawab kepada kesan sampingan kepada sesiapa yang melihat.

Ayam Percik

Singgang Ikan
Asam Pedas Ikan Pari

Sambal Tempoyak & Ulaman

Trifles Mangga

Lagu pilu sempena Hari Raya ni...

Sempena nak menyambut raya ni... kita amati senikata lagu ini.. AYAH DAN IBU. Dan sesiapa yang masih ada ibu dan ayah.. hari raya nanti jangan lupa balik menjengah.

ayah dan ibu...ayah dan ibu...
itu lah permulaan kami....dapat melihat bulan dan matahari...
aaaahaaa....ayah dan ibu....ayah dan ibu...
itulah permulaan kami...dapat melihat bulan dan matahari...
ahaaaa....

yang dikurniakan dari illahi....
ahaaa...ayah dan ibu....
ayah dan ibu mestilah dihormati....

yang dikurniakan dari illahi....
ahaaaa...ayah dan ibu...ayah dan ibu la...
mesti dihormati...


ayah dan ibu...ayah dan ibu...
wali wali keramat...pada meraka kita beri hormat...
ahaaaaa....

pakai la tunjuk... ajar dan nasihat...
ahaaa...supaya hidup...supaya hidup....
kita akan selamat....

Untuk renungan semua

RAYUAN RAMADHAN




Salam Ramadhan Al Mubarak