Mesyuarat ke 3

TARIKH : 10 MEI 2008
MASA : 5.00 PM
TEMPAT : RESTORAN NZ KLSC, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.

KEHADIRAN :
1. AHMAD BAKHTIAR TAPLIL PENGERUSI
2. WAN ARJUNA WAN MUSTAFA TIMB. PENGERUSI
3. ROHANI HJ.ABDUL RAHIM SETIAUSAHA
4. KU SURIYANI KU YAACOB BENDAHARI
5. MAH MADRASDI WAN HAMAT AJK( CENTRAL REGION )
6. DIN ABU BAKAR AJK ( NORTHERN REGION )
7. GHAZANEE GHAZALEE
8. NORHAYATI OMAR

TIDAK HADIR :
1. MOHD ROSLI SUFII AJK ( CENTRAL REGION )
2. MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN

Agenda 1 – Ucapan Pengerusi
Saudara Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan yang hadir untuk teh tarik session untuk kali ketiga bagi membincangkan dengan lebih lanjut dan terperinci untuk Majlis Alumni ISB 84/85 buat julung kalinya.

Beliau yakin dengan semangat dan kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada AJK, Majlis Alumni ISB ini akan dapat dilaksanakan. Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa telah diputuskan majlis tersebut akan diadakan di Kelab Darul Ehsan pada 21 Jun 2008.

Beliau berharap pengesahan kehadiran dapat dibuat sebelum atau pada 31 Mei 2008. Beliau juga berharap supaya semua AJK dapat memaklumkan dan cuba menghubungi mana-mana ahli yang masih belum membuat pengesahan tersebut secepat mungkin. Seterusnya beliau membentangkan agenda Bil 3/08, dan meminta AJK menyemak minit yang lepas serta mengesahkan minit tersebut.

PERKARA

Agenda 2- Pengesahan Minit Bil 2/08 :

Pembetulan kepada nama tersebut telah dibuat.

Sdr Ahmad Bakhtiar dilantik selaku Pengerusi Tetap untuk Majlis Makan Malam ISB 84/85 tersebut begitu juga dengan semua AJK yang dilantik.

Berhubung dengan website, Sdri Norhayati Omar memaklumkan bahawa website tersebut telah aktif dan beliau berharap semua ahli boleh melayari http://groups.yahoo.com/group/arkitekno/ Beliau juga memaklumkan bahawa semua aktiviti boleh dimasukkan di dalam website tersebut supaya semua ahli di seluruh Malaysia dapat mengikuti perkembangan terkini aktiviti untuk Majlis Makan Malam ISB 84/85.

Seterusnya minit mesyuarat Bil 2/08 disahkan dan disokong sebulat suara tanpa bantahan.

Agenda 3-Perbincangan Program :

3.1 Akaun Bank :

Bendahari telah memaklumkan bahawa akaun bersama telah dibuka bersama dengan setiausaha. No akaun adalah di atas nama Rohani Abdul Rahim dan Ku Suriyani Ku Yaacob : CIMB- 14340000974208 Bayaran RM 50.00 setiap orang.

Setiausaha juga memaklumkan bahawa no akaun tersebut telah dimaklumkan melalui sms dan juga email kepada semua ahli.

3.2 Pengesahan kehadiran dan pembayaran

Setiausaha mengesahkan bahawa sehingga kini seramai 30 orang telah membuat pengesahan kehadiran. Terdapat juga ahli yang mengesahkan tidak dapat hadir pada malam iaitu : sdri Muntamah, Alamah, Aiza, dan Zunaini serta sdr Julastri, Fikri dan Ridzwan Jalinus. Bendahari juga memaklumkan bahawa ada ahli yang telah membuat pembayaran melalui akaun tersebut.

PERKARA

3.3 Aktiviti Alumni Nite :

Sebagaimana yang pernah dibincangkan sebelum ini terdapat beberapa cadangan untuk malam tersebut seperti berikut :
- Buku Cenderamata
- Door Gift
- Karaoke

Semua AJK bersetuju perlu melantik AJK kecik bagi memastikan kelancaran perjalanan kerja-kerja yang perlu dibuat.

a) Buku cenderamata:

Sdri Norhayati diminta menyediakan buku cenderamata. Di dalam buku cenderamata perlu dimasukkan aturcara majlis, senarai nama dan gambar AJK, senarai nama dan contact semua ahli. Setiausaha dikehendaki ’update’ data-data dan senarai nama ahli. Ini bertujuan untuk mengeratkan silatulahim sesama ahli. Berikut adalah aturcara majlis :

ATURCARA :

7.30 - 8.00mlm : pendaftaran dan ketibaan jemputan.
8.00 mlm : Ucapan alu-aluan oleh Timb Pengerusi
8.05 mlm : Ucapan Pengerusi
8.15 mlm : Jamuan makan
8.45 -11.30mlm: Persembahan bermula :
- slide show presented by Ghazanee Dan Rasdi
- bermain gitar dan menyanyi by Goh
- Jamming Unpluged by Hisham, Juna
- Persembahan spontan- Jamalee dan Wan Bazli
- Perbincangan ringkas
11.30mlm : Bersurai

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi akan mendapatkan maklumbalas daripada ahli yang membuat persembahan. AJK sebulat suara bersetuju persembahan karaoke dikeluarkan dari agenda untuk aktiviti malam tersebut, memandangkan bajet yang agak terhad.
PERKARA

b) Buku cenderamata & Buku kedatangan:

Sdri Norhayati diminta menyediakan draf buku cenderamata. Perlu dimasukkan aturcara majlis, senarai nama serta gambar AJK Malam Alumni ISB 84/85 bil 1 dan juga senarai nama dan contact semua ahli bagi mengeratkan silatulrahim sesama ahli. Selain dari itu, perlu menyediakan buku sketch sebagai buku kedatangan.

c) Door Gift :

Timbalan Pengerusi dan Sdr Ismail diminta membuat survey harga untuk ’door gift’. Dicadangkan ’name card holder’, mug atau yang seumpamanya dijadikan sebagai cenderahati kenangan. Perlu dimasukkan tag seperti berikut :
Malam Alumni ISB 84/85 Bil 1
21 Jun 2008
Kelab Darul Ehsan

Hal-hal lain :

4.1 Sebagaimana yang sediamaklum lokasi untuk Majlis Makan Malam Alumni ISB 84/85 Bil 1, akan diadakan di Kelab Darul Ehsan ( KDE ) seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu.
Masa : 7.30pm hingga 11.30pm.
Venue Hall’ : Dewan Melati.
Dress code : Smart Casual.

4.2 Penyediaan makan minum adalah berbentuk buffet. Majlis makan malam akan diadakan dalam konsep santai.

4.3 Setiausaha memaklumkan bahawa pihak KDE boleh menyediakan ’backdrop’ secara percuma bagi backdrop yang tidak melebihi 50 huruf. Walau bagaimanapun caj sebanyak RM 0.50 akan dikenakan bagi setiap huruf tambahan.

’Design’ hendaklah dikemukakan sekurang-kurang 7 hari sebelum Majlis tersebut. Sdr Din Abu Bakar diminta membantu Timbalan Pengerusi bagi penyediaan ’design’ tersebut.

4.4 ‘Banner’ untuk diletakkan di ‘main entrance’ KDE akan ditaja oleh Timb Pengerusi.

4.5 Bagi tugasan penyediaan ‘slide show’ akan dibuat oleh Sdr Ghazanee dan Rasdi. Beliau meminta mana-mana ahli yang masih menyimpan gambar-gambar semasa pengajian hendaklah di ‘scan’ dan di ‘email’kan kepada beliau secepat mungkin atau selewat-lewatnya pada 31
Mei 2008.

4.6 Timb. Pengerusi juga memaklumkan bahawa sdri Helen akan ‘scan’ gambar-gambar dalam simpanan beliau.

4.7 Timb. Pengerusi memaklumkan Malam Alumni PSUTM akan diadakan pada 5 Julai 2008 bertempat di UTM, Kampus Jalan Semarak. Senarai nama ahli telah diserahkan kepada Sdr Mohd Kamaluddin Adam.

4.8 ‘Teh Tarik Session’ Bil 4/08 akan diadakan pada ketentuan seperti berikut :
Tarikh : 23 Mei 2008 ( Jumaat )
Masa : 9.00 malam
Tempat : NZ Restoran, KLSC, Wangsa Maju.

Agenda 5 : Ucapan Penangguhan

Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan berharap kerja sama semua pihak secara berterusan dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan.
Mesyuarat ditangguhkan jam 7.15 malam.

Din Bakar datang ofis aku

Kelmarin pukul 4.00 ptg lebih kurang, Din Bakar datang ofis aku. Fuyooo...... sori sedikit pembetulan ... Mejar Din Bakar. Full uniform dia datang .... ada meeting kat tingkat 26. jadi dia singgah kat tingkat 14 ofis aku. Ofis mate hairan bila masa aku ada kawan Air Force. Anak dara ofis aku dok jeling-jeling kat Mejar Din, maklumlah Din ni maintain, lepas tu control macho la pulak. Memang lama aku tak pernah jumpa Din, lepas konvo sampai la ni baru jumpa. Fuyooo lama tuuu... Punya dok sembang sampai aku terlupa nak ambil gambar dengan Din. Digital kamera selalu dalam poket pun boleh terlupa. Chisss....

Siapa ada guna YM

Hari ni aku ada dapat reply Yahoo Messenger, dari rosli sufi, rasa seronok sebab lama betul aku tak jumpa rosli sufi ni. dapat chat pun tak apa lah. nampaknya ada juga yang mengikuti pasal internet ni. aku ingat depa dah tak ambil tau. itu pun rosli sorang yang reply. macamana yang lain tak dengar berita pun ?????

Jumpa Rocky

Petang tadi selepas kerja, aku singgah kejap kat 'Giant' Prangin Mall nak cari barang sikit. Dalam dok mencari barang aku terserempak dengan Rocky. aku ingat hampa kenai dia. Kalau tak silap aku nama dia Mohd. Zaini. Lama juga tak jumpa dia. Aku rasa 'name list' yang Madrasdi bagi tak ada nama dia, tak apa nanti aku update.
Dia pun dah tahu pasal Majlis Reunion tu, katanya dia tahu melalui Somchai. Insyallah dia pun berminat nak hadir. Rupanya dia masih berhubung dengan Somchai. Aku dah lama tak jumpa Somchai. Sawa dee kapp ...... Kap kunn kappp......

24 tahun berlalu . . . .

Fuyoooo ....... lama tu ! ! ! ! ada sesiapa dah ada cucu kah ? aku ingat wak jamalee dah ada kut ?
Aku harap ramai kengkawan kita dapat hadir pada malam Majlis Reunion dan Makan Malam Pertama ini. Rasa rindu plak nak jumpa. Tapi mungkin dah tak kenal maklumlah dah banyak perubahan, terutamanya dari segi fizikal, aku harap mental tak berubah.
Aku kat Penang asyik-asyik dok terjumpa Mat Panjang, Yusof TP Kunji dan Amani Azahari. Din Bakar aku tak pernah jumpa pun, kalau jumpa aku nak kena tabik pulak...
Yusof TP Kunji dok ajak aku pi India. Oii rupa-rupanya TP Kunjipathy adalah keluarga orang kaya di India. Aku tak ingat tempat dia. Di India depa tak tulis TP tetapi depa tulis TEE PEE.

Mesyuarat Kedua

TARIKH : 19 APRIL 2008
MASA : 5.00 PM
TEMPAT : RESTORAN NZ KLSC, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.


KEHADIRAN :
1. AHMAD BAKHTIAR TAPLIL - PENGERUSI
2. WAN ARJUNA WAN MUSTAFA - TIMB. PENGERUSI
3. ROHANI HJ.ABDUL RAHIM - SETIAUSAHA
4. KU SURIYANI KU YAACOB - BENDAHARI
5. MOHD ROSLI SUFII - AJK ( CENTRAL REGION )
6. MAH MADRASDI WAN HAMAT - AJK( CENTRAL REGION )
7. MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN
8. DIN ABU BAKAR - AJK ( NORTHERN REGION )
9. GHAZANEE GHAZALEE


Agenda 1 – Ucapan Pengerusi

Saudara Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan yang hadir ke Mesyuarat Majlis Alumni ISB 84/85 Bil 2/08 atau dikenali dengan nama ’Teh Tarik Session’.

Beliau yakin dengan semangat dan kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada AJK, Majlis Alumni ini akan dapat dilaksanakan. Tujuan perjumpaan ini adalah bagi membincang perkara-perkara penting terutama bagi penetapan tarikh, masa dan tempat untuk menjayakan Majlis Makan Malam Alumni ISB UTM Bil 1. Selain dari itu beliau berharap pengesahan kehadiran ahli dapat dibuat dalam tempoh seminggu dari tarikh mesyuarat bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan seterusnya. Tanpa melengahkan masa, beliau membentangkan agenda Bil 2/08, dan meminta AJK menyemak minit yang lepas serta mengesahkan minit tersebut.

Agenda 2- Pengesahan Minit Bil 1/08 :

Sebelum minit mesyuarat Majlis Alumni ISB 84/85 disahkan, Sdr Wan Arjuna, selaku Timbalan Pengerusi meminta dibuat pembetulan kepada ejaan nama “Ku Suryani“ kepada “Ku Suriyani“.

Seterusnya merujuk kepada agenda 1- TP memaklumkan bahawa sdr Ahmad Bakhtiar dilantik selaku Pengerusi
Tetap dan bukan Pengerusi sementara, begitu juga dengan semua AJK yang dilantik adalah kekal sehingga sekiranya terdapat cadangan baru dibuat selepas Majlis Makan Malam tersebut.

Merujuk kepada agenda 2- berkaitan dengan website, Pengerusi dan Timb. Pengerusi, berharap perkara tersebut perlu dipercepatkan bagi memberi kemudahan kepada setiap ahli untuk mengikuti perkembangan lanjut dan terkini berhubung dengan aktiviti yang dijalankan.

Sdri Rohani ( S.U ) memaklumkan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Sdri Norhayati Omar. Walau bagaimanapun sdr Rosli sedia membantu dalam hal tersebut bg memudahkan semua ahli berhubung kelak.

Berkaitan dengan perlantikan AJK perlu dikekal sehingga selesai Majlis Makan Malam tersebut. Pengerusi telah mendapat maklumbalas dari sdr Jamalee ( wakil eastern region ), bahawa beliau agak sibuk. Dengan itu dicadangkan sdr Zunaidi dilantik untuk membantu beliau.

Seterusnya minit mesyuarat Bil 1/08 disahkan dan disokong sebulat suara tanpa bantahan.


Agenda 3-Perbincangan Program :

3.1 Akaun Bank :

Untuk memudahkan pembayaran tersebut, Pengerusimencadangkan supaya perlu dibuka akaun bersama. Beliau meminta, supaya Bendahari dan Setiausaha membuka akaun bersama secepat mungkin.

3.2 ”Quotation” ( tempat/function-Dinner or Hi-Tea )

Setiausaha telah mengemukakan 7 ”quotation” iaitu :
a. Hote Holiday Villa
b. Hotel Flamingo
c. Hotel De Palma
d. Hotel Swiss Garden
e. Intekma Resort & Convention Center
f. Kelab Darul Ehsan ( KDE ),Ampang
g. D’Saji Felda Villa

Mesyuarat bersetuju memilih Kelab Darul Ehsan ( KDE ), untuk Majlis Makan Malam Alumni ISB 84/85 Bil 1, itu nanti. Ini adalah berdasarkan bajet, kemudahan tempat letak kereta yang disediakan, hotel berhampiran dan lain-lain kemudahan yang disediakan. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu.
Masa : 7.30pm hingga 11.30pm.
Venue Hall’ : akan dimaklumkan kemudian.
Dress code : Smart Casual.

Penyediaan makan minum adalah berbentuk buffet. Majlis makan malam akan diadakan dalam konsep santai. Dengan ini ianya memberi peluang kepada semua ahli untuk beramah mesra sesama sendiri.

3.3 Pengesahan Kehadiran :

Mesyuarat bersetuju supaya pengesahan kehadiran dibuat selewat-lewatnya pada 4 Mei 2008 dan pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada 11 Mei 2008. Ini adalah kerana pembayaran 50% kepada KDE perlu dibuat pada minggu tersebut.

3.4 Website/ promosi-demo/brief by Sdri Yati Omar :

Tidak dapat dibuat memandangkan Sdri Yati tidak hadir. Pengerusi meminta supaya promosi dan website perlu dibuat dengan segera memandangkan ianya bertujuan untuk kemudahan setiap ahli mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan aktiviti dan perkembangan lanjut Majlis Makan Malam Alumni tersebut. Sdr Rosli diminta untuk membantu dalam perkara tersebut.


Agenda 4- Hal-hal lain ( Laporan Wakil Region )

Pengerusi memaklumkan terdapat cadangan dan maklum balas yang diterima dari wakil region supaya kehadiran dibuka juga kepada pasangan.

Pembayaran untuk setiap orang adalah RM 50.00. Pengerusi dan Timb. Pengerusi meminta Bendahari dan Setiausaha membuka akaun bersama dengan segera bagi memudahkan pembayaran dibuat.

Sdr Rosli mencadangkan supaya menyediakan ’door gift’ pada semua yang hadir sebagai kenangan.

Timb. Pengerusi menyatakan cadangan tersebut boleh dipertimbangkan, walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada bajet.

Setiausaha memaklumkan caj tambahan akan dikenakan untuk ’backdrop’ . Walau bagaimana ‘p.a system’ berserta ‘rostrum’ disediakan oleh pihak KDE.

Timb. Pengerusi mencadangkan supaya menyediakan ‘bunting sahaja. Ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa. Walau bagaimanapun beliau akan menyemak dari segi harga.

Bendahari diminta menyediakan anggaran bajet untuk keperluan malam tersebut seperti : penyediaan ‘bunting’, karoke set atau lain-lain yang difikirkan perlu sebelum diputuskan dalam “ Next Teh Tarik Session “.

‘Teh Tarik Session’ akan diadakan pada 10 Mei 2008 bersamaan hari Sabtu pada jam 5.00 ptg. Tempat akan dimaklumkan kemudian.


Agenda 5 : Ucapan Penangguhan

Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan berharap kerja sama semua pihak secara berterusan dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 7.15 malam.

Mesyuarat Pertama

Satu mesyuarat pertama telah diadakan untuk menyatusemula bekas pelajar pada,

TARIKH : 4 APRIL 2008
MASA : 9.00 PM
TEMPAT : RESTORAN NZ KLSC, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.


KEHADIRAN :
1. AHMAD BAKHTIAR TAPLIL - PENGERUSI
2. WAN ARJUNA WAN MUSTAFA - TIMB. PENGERUSI
3. ROHANI HJ.ABDUL RAHIM - SETIAUSAHA
4. KU SURYANI KU YAACOB - BENDAHARI
5. MOHD ROSLI SUFII AJK - (CENTRE REGION)
6. MAH MADRASDI WAN HAMAT AJK - (CENTRE REGION)
7. MOHAMMAD ISMAIL OTHMAN
8. DIN ABU BAKAR AJK - (NORTHERN REGION)
9. GHAZANEE GHAZALEE


Agenda 1 – Ucapan Pengerusi Sementara

Ahli yang hadir sebulat suara melantik saudara Ahmad Bakhtiar selaku Pengerusi Sementara.

Saudara Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan yang hadir ke Mesyuara (Pro-Temp) Majlis Alumni ISB 84/85 Bil1/08, memandangkan semua ahli sibuk dengan tugas masing-masing.

Beliau memaklumkan bahawa tujuan utama mesyuarat adalah bagi membincangkan Majlis Alumni yang julung kali akan diadakan dan melibatkan secara keseluruhan bekas pelajar Intergrasi Senibina ( ISB ) Sesi 84/85 Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ). Beliau sangat berharap agar majlis ini dapatdilaksanakan dalam tempoh 2 bulan dari sekarang. Beliau berharap Majlis tersebut sebagai langkah pertama dan ianya akan berterusan dengan skop dan matlamat yang lebih jauh pada masa akan datang dapat dilaksanakan.
Bagi menjayakan program tersebut, Ahli Jawatan Kuasa perlu dilantik bagi memastikan segala kerja-kerja dapat dibuat dengan lancar.

Beliau berharap walaupun selepas program ini dilaksanakan, mesyuarat atau perjumpaan ( Teh Tarik Session ) boleh di adakan sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengeratkan silatulrahim disamping merancang untuk program-program pada masa akan datang seperti mengadakan perlawanan futsal, bowling, family day dan sebagainya.


Agenda 2-Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa

Bagi memastikan program tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar, Ahli Jawatan Kuasa Sementara telah dilantik seperti berikut :

Pengerusi : Saudara Ahmad Bakhtiar Taplil
Timb. Pengerusi : Saudara Wan Arjuna Wan Mustafa
Setiausaha : Saudari Rohani Hj Abdul Rahim
Bendahari : Saudari Ku Suryani Ku Yaacob
AJK : Saudari Norhayati Omar ( I.T/ Promosi )
: Saudara Din Abu Bakar & Saudara Ahmad
Abdul Razak ( Northern Region )
: Saudara Mah Madrasdi Wan Hamat,
Saudara Rosli Sufii & Saudara Wan Arjuna
( Centre Region )
: Saudari Raalah Mohammad ( Southern
Region )
: Saudara Jamalee Mansor ( Eastern
Region )
: Saudari Enick Kiron & Saudari Helen Paul
( Sabah & Sarawak )

Walau bagaimanapun saudara pengerusi berharap lebih ramai bekas pelajar ISB 84/85 UTM terlibat bagi menjayakan Majlis Alumni ISB 84/85 Bil 1 serta program-program pada masa akan datang. Segala idea dan cadangan dari mana-mana ahli amatlah dialu-alukan. Semua bekas pelajar ISB 84/85 adalah secara automatik menjadi ahli.
Agenda 3-Perbincangan Program :

Seterusnya Saudara Bakhtiar mempengerusikan mesyuarat Majlis Alumni ISB 84/85 UTM Bil 1/08.

3.1 Perhubungan Awam/ Laman Web/ Promosi/ Wakil region :

Bagi memastikan program dapat berjalan lancar, Saudari Norhayati Omar akan mengendalikan laman web. Ini akan memudahkan semua ahli dapat membuat
pendaftaran serta dapat mengikuti perkembangan lanjut dari masa ke semasa. Pelancaran tersebut akan diuar-uarkan kelak.

Wakil-wakil region juga dilantik bagi memudahkan pengumpulan dan penyebaran maklumat kepada ahli-ahli di kawasan tersebut dari segi maklum balas ahli-ahli di kawasan masing-masing. Setakat ini terdapat seramai 85 orang ahli yang telah disenaraikan. Adalah menjadi tanggungjawab wakil region menghubungi dan
memaklumkan setiap perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat serta mendapat maklum balas dari ahli.

a. Northern – Perlis, P.Pinang & Perak
b. Centre – Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan & Melaka
c. Southern – Johor & Singapura
d. Eastern – Kelantan, Terengganu & Pahang
e. Sabah & Sarawak


3.2 Penetapan Tarikh, Masa & Tempat :

Pengerusi mencadangkan Majlis tersebut diadakan 2 minggu selepas cuti sekolah iaitu pada 21 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu, dan telah dipersetuju semua ahli.
Bagi tempat dan masa akan ditentukan kemudian. Setiausaha akan cuba dapatkan beberapa quotation dari Hotel-hotel ataupun rumah kelab di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Setakat ini mesyuarat masih belum memutuskan samada Untuk mengadakan Majlis Makan Malam ataupun H-Tea Tertakluk kepada bajet dan juga kesesuaian tempat.

Mesyuarat sebulat suara bersetuju penyertaan hanya kepada ahli sahaja.


3.3 Sumber Kewangan :

Memandangkan perlantikan AJK adalah secara tidak formal dan hanya semata-mata bagi menjaya program Majlis Alumni sahaja, yuran tidak perlu dikutip buat masa ini dan pengerusi mencadangkan supaya setiap ahli membayar sebanyak RM 50.00 dahulu untuk Majlis Alumni tersebut.

Timbalan Pengerusi mencadangkan akaun bersama dibuka bagi memudahkan ahli membuat pembayaran dan telah dipersetujui dalam mesyuarat. Bendahari perlu
membuka akaun bersama.


Agenda 4 : Hal-hal lain :

Timb. Pengerusi mencadangkan supaya mesyuarat bersekali dengan
‘teh tarik session’ diadakan pada 19 April 2008 ( Sabtu ) pada pukul 5.00 – 7.00 petang bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai ahli terutamanya kaum wanita.

Saudara Rosli mencadangkan agar setiap ahli menghantar email berserta gambar bagi memudahkan dikenali memandangkan lebih 20 tahun tidak berjumpa.